Seperti mana yang kita sedia tahu, hari Jumaat ialah hari yang paling mulia dan merupakan penghulu segala hari.
"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi. Pada hari Jumaat juga Adam dimatikan. Di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat pula akan terjadinya kiamat. Tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)
Banyak amalan-amalan sunnah dan adab-adab hari Jumaat. Antaranya:
Apa lagi. Manfaatkan sebaik-baiknya kelebihan hari Jumaat dengan amalan-amalan dan adab-adab yang Rasulullah swt lakukan sebagaimana disebut dalam hadis di atas. InsyaAllah, semua perbuatan mulia kita diterima oleh-Nya. Amin
SINI
- Mandi dan membersihkan diri bagi yang mahu menunaikan solat Jumaat
- Memotong kuku
- Mencabut bulu ketiak, mengguting misai dan mencukur bulu ari-ari
- Memakai wangi-wangian, minyak rambut
- Memakai pakaian yang bersih dan cantik . Warna putih sangat digalakkan
- Membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat dan siangnya
- Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah
"Perbanyakkan selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat. Maka, barang siapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku" (Hadis Riwayat Baihagi dengan sanad shahih)
- Memperbanyakkan doa
- Memperbanyakkan amalan kebaikan seperti sedekah
- Datang awal ke masjid
- Mendirikan solat sunat Tahiyyatul Masjid walaupun imam sedang berkhutbah
- Diam ketika berkhutbah
- Makruh melangkah tengkuk atau bahu orang lain untuk ke saf depan
Apa lagi. Manfaatkan sebaik-baiknya kelebihan hari Jumaat dengan amalan-amalan dan adab-adab yang Rasulullah swt lakukan sebagaimana disebut dalam hadis di atas. InsyaAllah, semua perbuatan mulia kita diterima oleh-Nya. Amin
Read More