Tuesday, August 20, 2013

Random Giveaway by FD



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah pilihan: Coklat & teddy bear, MP3 dan Crumple shawl



Read More

Cerita Raya Tahun 2013



-Jangan cuba cari aku dalam gambar sebab aku tiada dalam gambar. hihi-

Hai anda anda dan anda semua. Moga sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. 

Lama rasanya blog ditinggalkan bermula seminggu sebelum raya. Maklumlah, balik rumah memang tidak berpeluang nak update apa-apa entri. Duk rumah kemas rumah, buat kuih raya, kek raya. Nak rasa? Meh datang rumah. Hihi

Raya tahun ini agak sederhana dan sibuk daripada tahun-tahun sebelumnya. Hanya berpeluang melawat ke rumah saudara-mara pada hari raya pertama sahaja. Hari raya kedua sudah ke PD, Shah Alam dan seterusnya ke Temerloh, Pahang. Buat apa? Kerja oke, kerja. Alhamdulillah, itu merupakan job pertama untuk bulan Syawal ini.

Raya sebulan, so masih berkesempatan nak beraya lagi. Last week, balik rumah. Sampai sahaja kat rumah, "Ayah, jom beraya" hehehe

Itu cerita raya aku untuk tahun ini. Tidak ada yang menarik. Bagaimana pula korang? Duit raya banyak dapat? Atau korang yang si pemberi duit raya? Hihihi





Read More

Tuesday, August 6, 2013

Doodle: Freebies Doodle Perempuan Berbaju Raya Peplum



Seperti mana yang dijanjikan, inilah dia doodle perempuan berbaju raya peplum. Mungkin ia tidak secantik mana, tapi sekurang-kurangnya ia ikhlas pemberian dari hati. Suka? Boleh ambil mana yang berkenan. Hihi

Sebelum ambil, jom klik iklan di bawah. Ikhlas, tiada paksaan 








 


Akhir kata, ucapan ikhlas dari hati sempena Hari Raya yang bakal menjelma.





Read More

Monday, August 5, 2013

Jom Kumpul Duit Raya



            
KLIK BANNER UNTUK SIGN UP SAYS.COM

Mahu mendapat duit raya RM5? Hanya perlu sign up Says.com dan RM5 akan automatik di masukkan dalam akaun Says anda. Jom sign up sebelum 7 Ogos ini. Kumpul duit raya sebanyak mungkin. Weee 


Read More

Sunday, August 4, 2013

Hadiah Sudah Selamat Sampai


 

Maaf, snap pakai camera phone cikai. Hikhik

Alhamdulillah, hadiah giveaway sudah selamat sampai ke rumah. Hadiah apa? Hadiahnya adalah seperti tertera pada gambar di atas.

Ini merupakan buat pertama kalinya dapat hadiah giveaway macam ini. Selalunya menang topap, keychain, brooch. Tetapi kelainan kali ini. 

Terima kasih pada kak Azura atas hadiah yang diberi. Ini merupakan kali pertama mahu mencuba minum BBplus ini. Apa rasa kita tak tahu. Tunggu lepas bebuka, baru boleh cuba. hihi

Jom kita serbu reramai blog kak Azura.


 


Read More

Thursday, August 1, 2013

Yeahh! Balik Kampung!


 


Itulah perasaan seorang mahasiswa yang rindu untuk pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta. Kalau ikutkan, nak balik sekarang juga! Tapiiii, kita naik moto. Malam-malam ni bahaya. Lagi-lagi perjalanan jauh, Kuala Lumpur -Melaka.

InsyaAllah, esok pagi gerak pulang ke kampung halaman. Rumah memanggil, hostel menghalau. Hikhik..Perjalanan jauh memerlukan pemeriksaan yang cukup. Check tayar, brake, minyak hitam semua. Moga perjalanan balik ke kampung semuanya selamat.

Nama pun balik beraya, sudah tentu banyak barang yang perlu di bawa balik. Lainlah kalau rumahnya dekat sejengkal. Boleh ulang-alik ambil barang. Hehe. Kita ni, fikirkan macam-macam barang yang perlu dibawa. Bajet naik kereta. Padahal naik moto je. Mana nak sumbat barang-barang tu pun tak tahu. Haha

Sebelum balik, check semua barang, kunci loker, kunci pintu bilik, tutup tingkap. Itu semua adalah langkah-langkah keselamatan bila cuti panjang. Kalau orang nak buat dajal kita tak tahu. So, sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. 

So, balik ni memang macam-macam plan nak dibuat. Kemas rumah dan paling penting buat kuih raya. Yeahh!! Buat banyak-banyak, nanti baki boleh bawa balik hostel makan reramai. Hihi

Oklah, nak kemas-kemas barang untuk balik esok pagi. Doakan kita selamat perjalanan pulang ke kampung halaman. Amin 

Jom layan lagu Balik Kampung - Sudirman



Klik duit raya SINI SINI SINI 

 


Read More

Spontaneous Thursday #46: Kebaikan MALU




P/s: Terutama perempuan. Kekadang, biar orang cakap kita sombong, tak nak bertegur, jual mahal. Walhal, kita tahu sebenanrnya kita sedang menjaga akhlak kita 



Read More