Monday, November 25, 2013

Gajet Idaman Hati, Akhirnya Aku Miliki



-snap pakai hp lama, gambarnya pun tidaklah berkualiti mana. hihi-

Alhamdulillah, gajet idaman hati akhirnya dapat aku milki. Hihi.. Taraaa, inilah dia Iphone 5c yang menjadi idaman hati sekian lamanya..


Antara banyak pilihan warna iaitu biru laut, hijau muda, pink and putih, kuning juga yang menjadi pilihan hati. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini minat sangat dengan warna kuning. Hehe

Ini merupakan hasil titik peluh berniaga craft, buat part time photographer and hasil berblogging. Kita bukanlah berasal daripada keluarga yang senang. Semuanya menggunakan duit hasil titik peluh sendiri. Tak sanggup nak bebankan parents yang selama ini sudah banyak bekorban untuk kita. 

Harga usah ditanya berapa. Sememangnya harga Iphone sama disemua tempat kecuali kalau tiruaan punya. Hee. Kita beli ORIGINAL daripada Mac City oke..Hekhek

Lepas ini, tidak lagi merungut handphone lose memori la, lambat loading la.. bla bla blaa.. Hehe. Nak balas text daripada customer pun tak perlu risau lagi. Itu jam juga akan dibalas. 



Read More

Saturday, November 23, 2013

Novel Cik Blogger





Jeng jeng jeng... Seperti yang ditunggu-tunggu, novel Cik Blogger pemberian blogger Fatin Diana sudah selamat sampai ke rumah. Sampainya dua tiga hari lepas. Maklumlah, guna alamat rumah, jadinya baru hari ini dapat buka bungkusan.

Aku ni kalau dapat apa-apa bungkusan memang lahap sikit membukanya. Excited punya pasal. Haha. Novelnya seperti gambar di atas.

To FD, novel sudah selamat sampai. InsyaAllah, ada kelapangan masa kite akan baca novel ni. Padahal buka bungkusan dah baca bab permulaan. Hehe. Terima kasih  



Read More

Friday, November 15, 2013

Craft: Promosi Bantal Minions




Suka cartoon Minions? Bertambah comel kalau dibuat bantal.

Saiz: 30*30cm
Mata: 3D
Material: Kain felt lembut
Extra: Boleh tambah nama
Harga Promosi: RM40 termasuk postage [RM8.00]


Berminat?
Whatsapp/SMS: 013-6494534
WeChat: EkaTikah




Read More

Thursday, November 14, 2013

Cheque Sudah Sudah Selamat Ditunaikan




Alhamdulillah cheque yang aku tunaikan dua hari lepas sudah selamat transfer ke akaun Maybank aku. Buktinya seperti di atas. Hee

Ada orang cakap, masa paling cepat untuk pihak bank proses cheque kita itu selama tiga hari. Tetapi aku punya hanya perlu masa dua hari. Lagi cepat lagi bagus, tidaklah risau semacam. Hehe

Bukan risau apa, cuma takut ada butiran yg tak lengkap ke, salah ke, atau apa sahaja kemungkinan yang boleh berlaku. Maklumlah, ini first time tunaikan cheque. Hehe

Sebenarnya, tidak la susah mana nak tunaikan cheque ni. Kalau ikut step-stepnya dengan betul, insyaAllah semuanya akan oke sahaja. 

Nak tahu bagaimana step-stepnya? Tunggu next entri. Hee..




Read More

Wednesday, November 13, 2013

Craft: Tempahan Pillow Di Buka


 




Cute Kiko Couple Pillow. Boleh tambah nama.




Floral Pillow


Mustache Pillow


Alphabet Pillow

Menggunakan 100% kain felt lembut dan boleh request design sendiri. Harga mengikut saiz dan design pillow.

Berminat?
Whatsapp/SMS: 013-6494534
WeChat: EkaTikah
 


Read More

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY




Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..




Read More

Tuesday, November 12, 2013

Cheque Nuffnang & Cheque Churp-Churp Sudah Sampai




Alhamdulillah, pagi semalam cheque Nuffnang dan cheque Churp-Churp sudah selamat sampai ke rumah. Masa dengar sahaja motor posman, dah berlari kejar peti surat. Nampak tak excitednya disitu. Macam tahu-tahu je surat apa. Haha


Ini merupakan pengalaman pertama menerima cheque. Tidak kisahla apa-apa cheque pun. Jadi, rasa ragu-ragu dan takut jugak ada sebenarnya untuk tunaikan cheque ini. Maklumlah, tiada pengalaman la katakan. Hehe

Bila search Pakcik Google, macam-macam cara sebenarnya untuk tunaikan cheque ini. Semua cara ada tunjuk di sini --> Cara Tunaikan Cek

Masa yang diperuntukkan untuk duit itu transfer ke akaun kita mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari masa bekerja. Ok, rasanya baik pergi sekarang. Nanti next week sudah mula sem baru. Nanti makin busy. Sementara ada masa-masa terakhir kat rumah ini, apa salahnya kita manfaatkan. Cehh, haha.

Korang ada pengalaman tunaikan cheque? Kongsi-kongsilah dengan kita. Hehe 



Read More

Monday, November 11, 2013

Puding Oreo Lapis Milo




Minggu lepas tekak terasa nak cuba makan sesuatu resepi yang baru. Kebetulan ayah pun ajak pergi beli barang dapur dengan ibu. So, apa lagi boleh la beli barang-barang keperluan untuk cuba resepi baru.

Dalam banyak resepi yang tersenarai dalam list resepi baru, resepi Puding Oreo Lapis Milo menjadi pilihan hati. Bukan apa, cara penyediaannya sangat mudah dan sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Hasilnya seperti gambar di atas. Ikutkan dalam resepi 3 lapisan, tetapi hanya dapat buat dua lapisan sahaja. Takpe, yang penting rasanya tip top. Hihi

Nak share resepi tidak la pandai mana. Hehe. Tapi nak tahu resepinya boleh rujuk sini --> Puding Oreo Lapis Milo.

Cuba jangan tak cuba 



Read More

Preloved Novel Giveaway Part 3



-KLIK BANNER UNTUK JOIN-

Novel pilihan hati Cik Blogger 



Read More

Sunday, November 10, 2013

Anything Ask Me



klik saya kalau mahu tanyakan sesuatu :)

Ada soalan/pertanyaan yang anda mahu tujukan? Berkaitan blog, craft, photography ataupun soalan personal? Klik doodle comel di atas dan tanya apa yang anda mahu tanya. InsyaAllah, akan dijawab semuanya dengan ikhlas 



Read More

Gambar Pernikahan Fizo Omar & Mawar



#74 Fizo Omar Dan Mawar Selamat Bertunang, Nikah Esok - ROTIKAYA

Pada 9 November 2013 [semalam], perlakon Fizo Omar telah melangsungkan pertunangannya bersama Mawar Abdul Karim, anak kepada pengasas tudung Fareeda di Country Height, Kajang.

#13 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA

Pada 10 November 2013 [hari ini], mereka telah melangsungkan akad nikah dan alhamdulillah, mereka berdua sudah sah bergelar suami isteri. Sama cantik, sama padan. Happy melihat mereka berdua. Hehe

Jom tengok gambar pernikahan mereka 

#16 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA

#21 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA

#82 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA

#80 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA

So sweet. Moga mereka kekal bahagia hingga ke anak cucu. 

Sumber: ROTIKAYA



Read More