Pindah rumah semestinya akan bertukar kerja juga. Suasana, orang di sekeliling semuanya berubah.
Bekerja di bahagian yang sama dan latar belakang syarikat yang sama iaitu sebagai designer di sebuah syarikat pengiklanan. Walaubagaimanapun, kerjanya ada sedikit kelainan daripada yang sebelumnya. Waktu kerja juga lebih teratur daripada yang sebelum ini.
Dikelilingi hampir semuanya orang berbangsa Cina dan seorang berbangsa Melayu, aku menjadi kekok untuk bergaul dengan mereka semua. Usia aku semestinya antara yang termuda antara mereka semua.
Masa rehat adalah yang sangat perit aku rasa. Dengan tiadanya tempat solat, aku terpaksa keluar mencari surau berdekatan. Untuk menjimatkan masa rehat yang diberi 1jam itu, aku makan bekalan yang ibu bekalkan dalam kereta. Sedihkan?
Maklumlah syarikat cina, hari cuti-cuti penting mana ada cuti. Depavali, Awal Muharram? Kerja tau. Ikutkan hari ni aku ambil cuti sendiri tolak gaji.
Nak dibandingkan tempat kerja yang dahulu jauh lebih bagus sebenarnya daripada kerja yang sekarang. Syarikat orang melayu, suasana yang ceria, tempat solat semestinya disediakan dan macam-macam lagilah. Tidak kisah balik lambat sekali pun, janji buat kerja dengan senang hati. Serius rinduuu akak abang dan suasana kerja di sana
.
Walaupun sudah bekerja, aku masih lagi mencari mencari dan terus mencari kerja yang lebih bagus dan semestinya terjaga daripada yang sekarang. InsyaAllah, pintu rezeki Allah beri dimana-mana sahaja.
Hope jumpa kerja yang sesuai. Amin.
P/s: Entri lalu aku menceritakan mengenai pindah rumah. Walaubagaimanapun, entri itu telah aku delete atas sebab-sebab tertentu. Pada mereka yang sempat baca, mungkin mereka tahu kenapa aku berpindah.
Read More