Tuesday, March 9, 2021

Hobi Mengumpul Koleksi Jam Tangan G-Shock


 Assalamualaikum. Hi.


Setiap orang pasti mempunyai hobi tersendiri. Mengumpul koleksi jam tangan juga merupakan salah satu hobi. Oleh kerana terlalu meminati jam tangan berjanama Casio G-Shock, aku jadikan ia satu hobi di mana aku mengumpul pelbagai jenis dan design jam tangan G-Shock.

Ada sesetengah yang beranggapan, jam G-Shock lebih pada golongan lelaki. Ehh, salah tu. Jam tangan G-Shock mempunya pelbagai design yang menarik sesuai untuk dipakai bagi golongan lelaki juga perempuan. 

Rate harga setiap jenis jam tangan G-Shock juga berbeza mengikut function dan design. Daripada ratusan ringgit sehingga mencecah ribuan ringgit. 


So far aku baru ada 7pcs koleksi jam tangan G-Shock. Jam tangan G-Shock pertama yang aku beli pada 3 tahun lepas. Hasil duit gaji berkerja sendiri full time sebagai wedding photographer. Sesekali nak merasa beli sesuatu yang kite minat juga untuk reward diri sendiri tidak salahkan. Heee

Apa pula hobi korang? Hehehe




Read More

Wednesday, March 3, 2021

Majlis Rasmi Atau Tidak Rasmi Dan Majlis Sosial Dibenarkan


 Assalamualaikum. Hi


Alhamdulillah, sebarang majlis rasmi atau tidak rasmi dan majlis sosial dalam kawasan PKPB dan PKPP telah dibenarkan dengan bersyarat. Had kehadiran untuk kawasan PKPB adalah 50 peratus keluasan premis manakala untuk kawasan PKPP adalah mengikut keluasan premis.

Ini adalah salah satu petanda baik bagi industri perkahwinan yang terdiri daripada katering, bridal, photographer, dj dan lain-lain. Di mana sebelum ini, industri perkahwinan mengalami gangguan ekonomi akibat perlarangan membuat majlis sepanjang PKP sebelum ini. 

Bila sahaja kenyataan ini diumumkan semalam, berdesup-desup whatsapp masuk daripada client yang mana postpone majlis sebelum ini. Masing-masing kelam kabut update date baru untuk majlis. Mana tidaknya, sebelum ini hanya dibenarkan untuk menikah sahaja kan. Sampaikan 1 date 4 slot 

Hopefully berita baik ini berterusan dan memberi peluang kepada industri perkahwinan berkembang maju seperti sebelum-sebelum ini. I is rindu nak makan nasi minyak orang kahwin, rindu nak tengok suasana majlis kahwin dan paling paling rindu nak shoot outdoor tanpa rasa macam perompak. Hahaha

Mencari photographer untuk sebarang majlis? Tekan sahaja link di bawah ok ;)
Cover area Melaka, N.Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

http://www.wasap.my/60136494534/pmpakej




Read More