Thursday, October 31, 2013

Rezeki Bulan Oktober




Alhamdulillah, rezeki hujung bulan Oktober. Blog ini telah tersenarai salah seorang daripada pemenang 1st Giveaway By Miss Fluffy. 

Maklumlah, pemilik blog ini busy memanjang. Sampaikan blog sendiri tersenarai pun tak tahu. Nasib baik, Miss Fluffy inform. Kalau tak, mungkin terlepas hadiah yang best ini. Hehe. Hadiahnya ialah seutas jam tangan lelaki jenama Casio Edifice bernilai RM65. 

Tidak kisahlah sebesar ataupun sekecil mana pun jumlah hadiah yang dimenangi. Yang penting hadiah yang diberi ikhlas daripada penganjur. Terima kasih Miss Fluffy.

Tidak ketinggalan, terima kasih juga kepada kak Kathy atas pemberian bookmark yang diberi. Mesti bookmark tu akak design sendirikan? Cantik, merah lagi tu. Hehe. Saya akan simpan dalam satu bekas hadiah daripada blogger. Sayang nak guna. hehe

P/s: Senarai peserta Mini Giveaway EkaTikah Craft akan diupdate secepat mungkin. Tunggu ye. Hehe~~



Read More

Wednesday, October 30, 2013

Mini Giveaway EkaTikah Craft




TAMAT

Alhamdulillah, tiba sudah bulan 10 iaitu bulan yang dinanti-nantikan. Bulan yang mempunyai seribu satu makna bagi aku dan juga keluarga. Heee

Bersempena dengan hari baik, bulan baik dan juga merupakan bulan kelahiran aku *take note*, satu Mini Giveaway EkaTikah Craft akan diadakan. Hadiah semuanya berunsurkan craft. Mungkin hadiah tidaklah semahal mana, tetapi yang penting ikhlas dari hati. Hee

Segmen ini akan berlangsung mulai 2 Qktober 2013 dan berakhir 30 Oktober 2013.

Hadiah-hadiahnya:
1 hadiah misteri untuk seorang top refferal
2 bantal craft bersaiz 1/2 A4
5 Keychain Cendawan
5 Keychain Love
5 Handphone Strap Stawberri
3 bekas tempat cucuk jarum
10pcs Brooch Rose
5 batang Bookmark
10 blog tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip

-Gambar hadiah akan di update kemudian dan kemungkinan hadiah akan bertambah. Pemilihan pemenang berdasarkan random.org-

Syarat-syaratnya:
1- Mestilah Warganegara Malaysia dan merupakan followers
Blog Bila Jari Mula Menaip
3- LIKE Page Bila Jari Mula Menaip di Facebook.

4- LIKE gambar Colourful Bookmark di SINI atau klik gambar di bawah:


5- Klik SINI SINI SINI dan SINI
6- Sediakan satu entri bertajuk "Mini Giveaway EkaTikah Craft".
7- Copy code yang tersedia di bawah dan paste di HTML entri anda dan publish.
8- Hanya perlu hantar link penyertaan anda di ruang komen entri ini.

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini:



-Kredit kepada Mialiana.com-

Mudah bukan? Tunggu apa lagi, klik banner EkaTikah Craft di atas untuk join.



Read More

Monday, October 28, 2013

Cerita Hari JadiKu


 


"Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to ............ Happy Birthday to you.."

Gerangan siapa punya hari lahirkah yang aku wish ini? 


Pelik apabila lihat orang wish birthday sendiri? Peduli apa. Dah takda nak wish, wish diri sendiri pun oke ape? Haha

Hari ini genaplah aku 20 tahun 2 hari aku hidup di bumi ini. Terima kasih kepada ibu dan ayah kerana telah mendidik, menjaga makan minum pakai sepanjang 20 tahun 2 hari hidup ini. Sangat-sangat berterima kasih kerana dikurniakan ibu ayah yang sangat bertanggungjawab, penyayang, baik hati dan segala-galanya.

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja umur sudah menjangkau 20 an. Sudah lepas angka belasan tahun. Maka diri ini harus lebih matang daripada  sebelumnya. 

Terima kasih juga kepada saudara-mara, kawan-kawan yang mengenali mahupun tidak, atas ucapan Selamat Hari Jadi yang diberikan. Tidak mengharapkan hadiah sebesar gunung mahupun bukit, tetapi cukup sekadar doa yang diberikan.

Ada sesetengah orang, apabila tibanya hari lahir mereka, mulalah adakan majlis hari jadi, kejutan daripada rakan-rakan, baling telur, tepung, air semua. Aku? Sesimple yang mungkin. Tiada kek hari jadi yang special, hanya ada ucapan hari lahir daripada keluarga, saudara-mara dan sahabat yang mengingati akan tarikh 26 Oktober. 

Walaubagaimanapun, thanks to my bestfriend, Fahimah atas sepotong kek SR Chocolate Indulgence yang diberinya pada malam sebelum 26 Oktober. Seumur hidup, tak pernah dapat kejutan hari jadi tau. Terharu dibuatnya. hihi. Nak kata dapat kejutan daripada boyfriend, boyfriend pun takda. Sedih kan? Haha

Itulah sahaja cerita Hari Jadiku. Mungkin tidak sehebat cerita anda semua. Tetapi sekurang-kurangnya ia satu pengalaman dalam hidup. kan?

P/s: Sudah lama rasanya tidak menaip entri sepanjang ini. Heee

 


Read More

Orini Craft Simple Giveaway



Orini Craft Simple Giveaway

DONE 


Read More

Saturday, October 26, 2013

Booth: Hari Sukan Sekolah




Alhamdulillah, salah satu impian aku sebagai seorang crafter untuk membuka satu booth craft tercapai. Khamis lalu, di SK Ganun telah berlangsungnya Hari Suka Sekolah. Di situlah tempat aku mula pertama kalinya membuka booth craft. Walaupun ruang disediakan agak kecik, alhamdulillah sangat berpuas hati dengan kehadiran pengunjung.



Adik-adik seronok akak lagi berdouble seronok. Hihi.

Tidak kisahlah adik-adik ni beli atau pun tidak, yang penting mereka suka dengan semua craft yang dijual dan yang dipamerkan. Mungkin ketidakcukupan duit membataskan mereka untuk membeli. Sampai ada seorang adik tu cakap "Akak, Isnin nanti akak buka lagi tak? Nak beli. Nanti kita bawa duit" Hehe. 

InsyaAllah next time nak buka booth pada hari terbuka hostel, next year. Semoga dipermudahkan semuanya. 




Read More

Tuesday, October 22, 2013

Memerlukan Juru Makeup?



Anda sedang mencari makeup untuk majlis perkahwinan mahupun majlis pertunangan? Di sini ada jalan penyelesaiannya.

Berkemahiran makeup untuk majlis perkahwinan dan majlis pertunangan mahupun apa-apa event. Hasilnya boleh lihat seperti di bawah:




dan hasilnya selepas makeup seperti di bawah:


Berminat atau mahu tujukan beberapa pertanyaan? Sila hubungi no 012-9239132 atau pun 019-3074687 atas nama Haminudin. Perkhimatan terutama di Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kuala Lumpur. Harga boleh runding 



Read More

Booth Jualan Felt Craft




Bestnya apabila kita ada buka booth sendiri dan menjual hasil tangan kita sendiri. Bukan mahukan keuntungan semata-mata, tetapi mahukan  kepuasan daripada pengunjung yang hadir ke booth kita.


Lagi ramai yang datang, lagi meriahlah booth kita. Tidak kisahlah datang hanya mahu melihat, sekurang-kurangnya mereka lihat sendiri hasil kerja tangan kita. Kan?


InsyaAllah, Khamis ini aku akan buka satu booth kecil di sekolah rendah aku. Ini adalah booth pertama untuk EkaTikah Craft. Bukanlah untuk Hari Jualan, hanya sekadar Hari Sukan Sekolah. Ibu bapa, dan orang ramai dijemput hadir.

Tidak kisahlah sebesar mana pun booth yang kita buka, yang penting kita cuba menjual dan mempamerkan hasil kerja kita. Hihi. Semangat pula rasa bila dapat buka booth kecil Khamis nanti. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Amin 




Read More

Monday, October 21, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Read More

Thursday, October 17, 2013

Habit Suka Menyimpan Resit




Adakah anda seperti saya iaitu seorang yang sangat gemar menyimpan segala semua resit yang ada? Haha

See? Itu baru separuh yang dikeluarkan daripada purse. Belum semua, yang terselit celah-celah poket kecik. Haa, dikira banyak juga la. 

Bukan pemalas tapi asal nak buag je, fikir "Eh, resit ni ada gunanya sebagai rujukan. Ok, simpan" Simpan punya simpan, sampai beranak-pinak, akhirnya hasil seperti gambar di atas. Haha

Kebanyakkannya resit bank. Maklumlah, asyik bankin sana sini. Dulu kita taklah reti nak transfer duit guna online ni. But, sekarang dah reti. So, resit bank akan makin kurangla kan. Hekhek

Agaknya salah satu faktor menjadi seorang yang gemar menyimpan segala semua resit ialah kebesaran sesebuah purse. Makin besar sesebuah purse itu, makin banyaklah boleh di isi. Makin kecik sesebuah purse itu, makin sikitlah boleh di isi. Boleh tak macam tu? 

Akhirnya harap sahaja purse besar, tapi bukan dipenuhi duit tetapi dipenuhi resit-resit. 




Read More

Wednesday, October 16, 2013

GA October by Emas Putih




Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi





Read More

Friday, October 11, 2013

Isu Nikah Aeril Zafril & Wawa Zainal Akhirnya Terjawab




aeril a

Desas-desus isu pernikahan Aeril Zafril dan Wawa Zainal akhirnya terjawab. Pelakon Aeril tampil membuat pengakuan akan status hubungannya bersama pelakon Wawa Zainal bukanlah hanya teman biasa, tetapi mereka sebenarnya sudah bergelar suami isteri.

Alhamdulillah, kalau itu cerita yang sebenarnya. Sama cantik, sama padan. Moga mereka kekal bahagia 



Read More