Thursday, January 31, 2013

Kembali Semula Ke Domain .my




Nampak tidak muka kegembiraan di situ? Dengan mata bling-bling gitu. HAHA

Alhamdulillah, selamat jugak akhirnya blog aku bertukar kepada domain .my semula. Setelah beberapa hari yang lepas blog aku menggunakan blogspot.com atas sebab domain .my yang mempunyai masalah. Walaubagaimanapun semua itu sudah dapat di atasi.



Aku terima email daripada pihak Asiahost lebih kurang 2am or 3am semalam macam tu. Terkejut jugak tengah pagi buta ada orang send email. Rupanya daripada pihat Asiahost. Hihi

Kepada pengguna domain .my sebelum ini, korang semua sudah boleh kembali menggunakan domain .my semula. Cara penukarannya? Sama seperti korang daftar pada mula-mula dahulu.

Sekarang tidak perlu pening-pening kepala, traffic menurun, pihak Asiahost itu inilah. Masalah sudah settle. Hee

P/s: Hope masalah ini tidak berulang lagi. Boleh mengamuk semua pengguna domain .my nie nanti kalau masalah yang sama berulang lagi. 

Baca SINI



Read More

Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday #41: Cupcake Cute Lagi Comel



*Hanya untuk hiasan. Heee*












P/s: Cantik-cantik + comel-comel macam nie buat rasa sayang pulak nak makan. Nak simpan buat hiasan boleh tak? Hikhik 

Lihat SINI



Read More

Tuesday, January 29, 2013

Jualan Novel Setengah Harga





Lai lai lai... Peluang keemasan untuk mereka yang gemar membaca novel. Jualan novel setengah harga. Novel yang masih berkuali. 

Terpapar di atas adalah antara novel yang dijual. Setiap buku mempunyai harga tersendiri. Rujuk di bawah:

 1- Kahwin Ganti RM15.00 + termasuk pos daftar
 2- 7 Hari Mencintaiku RM20.00 + termasuk pos daftar
 3- Isteri Separuh Masa RM15.00 + termasuk pos daftar
 4- Jodoh Atau Cinta RM15.00 + termasuk pos daftar
 5- Biarkan Ia Berlalu RM20.00 + termasuk pos daftar
 6- Gelak Tergolek RM13.00 + termasuk pos daftar
 7- 566 Hari Mencari Cinta RM13 + termasuk pos daftar

Berminat? Sila isi order form di sidebar sebelah kanan blog. 
atau
Sila emailkan ke alamat tkah93@gmail.com. Sebarang pertanyaan akan dijawab secepat mungkin. Hihi
atau
Boleh contact  terus ke nombor +019-2228437 

Sekian 

Lihat SINI

P/s: Sebenarnya semua novel itu bukanlah hak milik aku. Aku hanya membantu kawan aku untuk menjualnya. Tolong kawan. Jom lah beli. Hihi



Read More

Monday, January 28, 2013

Automated Enforcement System (AES)





Apakah yang dimaksudkan dengan Automated Enforcement System atau lebih dikenali dengan AES?

AES adalah penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Ia juga merupakan satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan merakam imej kesalahn menggunakan kamera (gambar dan video).

Mungkin ramai yang tidak perasan akan kewujudan kamera AES ini. Ia dipasang dibeberapa tempat terpilih seperti di tepi highway dan di traffic light.

Mahu butiran lanjut, baca --> AES

So, berhati-hati dan memandulah dengan berhemah. Kalau tidak memikirkan keselamatan kita, fikirkanlah keselamatan orang lain. Jangan bawa lebih had laju yang ditetapkan. Nanti kamera AES dapat mengesan anda. Hihi

Bagi mereka yang mahu menyemak saman, boleh la rujuk di sini --> JPJ

P/s: Kenapa aku buat entri ini? Kerana aku tidak mahu korang semua kena macam aku. Bawa lebih had laju, tak sedar esok lusa datang surat saman. Haa, amek kau siap dengan gambar keretanya sekali. Huuh 

Baca SINI



Read More

Saturday, January 26, 2013

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Cetus Kontroversi



gambar pra perkahwinan liyana jasmay

Baru-baru ini telah hebohnya gambar pre-wedding Liyana Jasmay dan tunangnya, Fathuddin. Gambar-gambar yang dikatakan mempunyai unsur aksi yang tidak sepatutnya dipaparkan kerana mereka belum bergelar suami isteri. Ibu Liyana Jasmay, Datin Habsah meluahkan perasaan kesalnya kerana kontrovosi ini berlaku disaat-saat anak perempuannya ingin berkahwin.


P/s: Sebab itulah aku kurang gemar untuk mengambil tempahan gambar pre-wedding. Bagi aku lebih sesuai shoot selepas ada ikatan yang sah. 

Lihat SINI



Read More

First Giveaway By Akma Liyana




Klik SINI untuk join 

Ini merupakan Giveaway pertama untuk bulan Januari yang aku join. Hihi.. Simple, dan menarik. 

 


Read More

Friday, January 25, 2013

Eh, Kolotnya Kau!


 

Apa yang dimaksudkan dengan KOLOT?

Orang selalu cakap "Eh, kolotnya kau.. Pakai baju fashion dahulu kala nie" "Woi, kolotnya fikiran kau nie!" dan pelbagai lagilah. 

Apa pendapat korang tentang sesorang yang berfikiran kolot? Fikiran yang terbatas dengan hukum hakam agama sahaja? Menganggap buat ini tak boleh, buat itu tak boleh. Haram katanya. Padahal sesungguhnya itu tidak langsung melanggar hukum hakam agama. 

Sememangnya kita sebagai orang Islam sewajibnya menuntut hukum hakam agama Islam. Tetapi hukum hakam Islam tidak melarang kita untuk buat sesuatu kebaikan. Sebagai contoh tidak melarang kita untuk bergaul sesama manusia.

Yes, kita ada batas-batas pergaulan sesama manusia. Batas-batas pergaulan antara muslim dan non muslim, batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Walaubagaimana pun, janganlah disebabkan batas-batas pergaulan tersebut, hubungan antara sesama manusia rosak. 

Kita dilahirkan di dunia ini untuk saling melengkapi, tidak kira pelbagai sudut. Kita tidak boleh berpendapat pada satu tujuan sahaja. Mungkin kita juga memerlukan pendapat orang lain. Begitu juga dari segi pergaulan. Janganlah bersombong atau menyembunyikan diri dariapda bergaul dengan orang lain, contohnya tidak mahu bergaul dengan golongan lain jantina.

Seperti mana yang kita lalui dalam kehidupan, kita juga memerlukan pendapat orang lain tidak kira dari segi apa pun. Mungkin juga pendapat mereka itu lebih bernas daripada kita. Sekurang-kurangnya tidaklah kite tepu pada satu benda sahaja. 

So, bagi aku, agak kolot kot untuk mereka yang tidak mahu bergaul dengan orang lain atas sebab yang agak tidak munasabah. 

Kita boleh bergaul, berkawan, berbincang, berkongsi malasah dengan sesiapa pun yang kita mahu. Asalkan tidak melanggar hukum hakam agama Islam. Remember, agama kita tidak melarang atau mengharamkan untuk bergaul dengan semua orang. Tetapi ada batas-batasnya

Lihat SINI

P/s: Islam TIDAK KOLOT sama sekali. Tetapi manusia yang bersifat kolot. Menganggap sesuatu perkara itu tersangatlah sensitif.

 


Read More

Thursday, January 24, 2013

Spontaneous Thursday #35: Salam Maulidur Rasul




P/s: Marilah kite semua mengamalkan sifat mulia para Nabi kita, kerjakan sunnah. InsyaAllah 

Lihat SINI



Read More

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday #40: Oreo Crepe










Mahu resepi Oreo Crepe atau Crepe Oreo ini? Sila klik link di bawah setiap gambar di atas. Berikut di atas mempunyai dua resepi yang berbeza. Apa yang bezanya? Mungkin bahan-bahan atau pun cara pembuatannya. Hee 

P/s: Masa aku update entri ini, aku berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Wuu, cuti 5 hari mahu balik kampung.. Lalala 

Lihat SINI



Read More