Sunday, May 31, 2015

Ekatikah Craft: Sales Mini Owl Pillow


Post Melekat!

Assalamualaikum.


Sempena bulan Mei yang mempunyai banyak hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Nurse dan Hari Guru, Ekatikah Creative membuat sales untuk Mini Owl Pillow. Butiran seperti di bawah:

SALES Mini Owl Pillow serendah RM7.00 / pcs ( exclude postage ). Harga biasa RM15.00.

Material: Acrylic felt
Saiz: 19cm (w) x 15cm (h)
Warna: Pelbagai warna pilihan dan antaranya seperti di bawah.





Sangat sesuai untuk dibuat hadiah kepada mereka yang istimewa. Terutama pada kanak-kanak. Mereka pasti suka .

Berminat atau ada sebarang pertanyaan:
WhatsApp 017-3050597
Email: tkah93@gmail.com

Untuk lihat design pillow lain yang comel-comel, search di instagram hashtags
#ekatikahcraft

Sales sehingga hujung bulan Mei. Jadi, mari cepat-cepat buat tempahan. 



Read More

Thursday, May 28, 2015

Laksa Goreng + Ayam Goreng Kunyit



Assalamualaikum.


Kelmarin diri terlebih rajin. Bangun pagi bukan main awal sebab nak masak punya hal. Hahaha. 
Menunya Laksa Goreng + Ayam Goreng Kunyit. Nyam nyammm. 



Cara masak Laksa Goreng tersangatlah mudah. Campak-campak siap!. Sama sahaja macam masak Mee Goreng atau Kuey Teow Goreng atau Bihun Goreng atau seangkatan dengannya. Hahaha. Bezanya laksa ni kenyal-kenyal. Saiz pula besar sedikit daripada saiz mee kuning.



Ayam pula disalutkan sedikit kunyit dan secubit garam. Goreng dan terhasillah Ayam Goreng Kunyit. 

Ini namanya terlebih rajin. Selalunya masak satu jenis menu sahaja. Hehehe. Ok, esok nak masak apa pula ye?




Read More

Wednesday, May 27, 2015

WW #59: Selfie Merbahaya Di Jambatan Putrajaya



Assalamualaikum.





- Info FB -

P/s: Agak-agak tak sayang nyawa mohon buat macam ni ye 


Read More

Tuesday, May 26, 2015

Beza Antara Lelaki & Perempuan Pergi Bercuti



Assalamualaikum.


Betul atau tidak apa mesej yang cuba disampaikan dalam gambar di atas? Bagi aku, tersangatlah betul. Kenapa? Sebab aku sendiri pun macam perempuan-perempuan di atas. Cuma taklah guna beg bagasi. Guna beg sandang tapi ada beg tambahan 2 3 lagi. Hahaha

Beg aku tidaklah penuh dengan pakaian sahaja. Ada camera, laptop dan gajet itu ini. Kalau boleh semua nak dibawa. Hahaha. Tapi itu sekarang la, bila dah ada kereta sendiri. Sebab kalau tumpang kereta orang, takkan nak banyak-banyak beg kan?

Kalau ibu, yess beg dia dipenuhi semuanya dengan baju. Katanya baju yang lain tu standby. Lagi satu katanya, tak tahu nak pakai mana satu. Nanti kite anaknya ini jugak yang dia tanya " Eh nak pakai baju ni ke baju tu erk? " hehehe

Ikutkan susah sebenarnya bawa banyak beg ni. Susah apa? Susah nak bergerak sana sini. Tapi kalau ikutkan keluar berjalan bawa satu beg cukup. Handbag besar yang boleh letak camera, purse, charger hp, earphone. Telekung simpan siap-siap dalam kereta. Hehehe

Korang pula macam mana? Geng gegirl atau geng boboy seperti dalam gambar? Muehehe 

P/s:  Ini belum ada husband dengan anak lagi. Hahaha. 



Read More

Monday, May 25, 2015

"Tupperware Bawa Balik Tak?"



Assalamualaikum.


Pernah atau tidak, tiap kali sampai rumah soalan pertama yang ibu atau mak korang tanya ialah "tupperware bawa balik tak?" Tupperware yang ditanyanya. Bukannya tanya perjalanan balik ok ke tak, sihat ke tak. Haishhh, ibu ni.

Tidak hairan kalau kat dapur tu tersusun banyaknya tupperware pelbagai saiz, warna dan corak. Sampaikan boleh penuh satu cabinet dengan tupperware sahaja. Hahaha.


Apa jenis tupperware mahupun bekas plastik untuk microwave. Semuanya disimpan. Katanya ini boleh guna untuk bungkus itu ini bla bla. Kalau pergi rumah saudara-mara, bawa buah tangan yang diisi dalam tupperware, mesti minta tupperware tu balik. Lagi-lagi tupperware kesayangan dia. Ayah sampai geleng kepala. Hahaha

Kadang-kadang bila nak buang tupperware, teringat balik apa yang ibu pesan "Jangan buang tupperware tu kalau boleh guna lagi. Simpan. Balik rumah nnt bawa sekali." Ibuuu ni.  

Mak korang macam ni tak? Boleh geng dengan ibu kite. Hehehe 




Read More

Saturday, May 23, 2015

Piala FA 2015: Gomo Kelate Gomo!



Assalamualaikum.

Malam ini bersamaan 23hb Mei merupakan hari perlawanan bola sepak Piala FA di antara Kelantan dan Singapura di Stadium Bukit Jalil.



Semangat kesukanan betul mereka ni. Gomo Kelate Gomo!! Hehe. 
Opss kita bukan orang Kelantan tapi tak salahkan kita sokong negara kita sendiri. Yeahhhh.
Ada yang turun stadium malam ni tak? Ke tengok kat kedai mamak ramai-ramai? 

P/s: Malam ni nak turun KL. Hopefully jalan tak sesak macam jalan ke Bukit Jalil 



Read More

Thursday, May 21, 2015

Pengalaman Pertama Mendobi Baju



Assalamualaikum.

Semalam balik kerja awal sebab nak pergi mendobi baju. Ikutkan, ini kali pertama basuh baju di dobi. Sebelum ni basuh sendiri kat rumah. Tapi seminggu dua ni busy kerja, balik kerja lewat malam sampai tak sempat nak basuh baju. Walaupun guna mesin basuh. Lagipun mesin basuh kat rumah sewa ni spin rosak. Agak-agak nak perah baju 3 baldi, sehari semalam pun tak habis kot. Hahaha

Ada juga tanya-tanya akak office, dobi mana yang ok, macam mana nak mendobi, berapa kena bayar. Jawapan diaorang, semua dobi sama, kat sana ada step-step ditunjukkan dan berapa yang perlu dibayar. Ok ok. Kita budak baru nak basuh baju kat dobi. Mana tahu semua tu. Hehehe


Jadinya pergilah dobi yang berdekatan dengan rumah iaitu DobiDoo. Masa tu memang takde orang, lengang. Dalam hati punyalah suka. Iyalah, kang terkial-kial kita nak guna mesin basuh yang ada kat situ. hikhik


Tengok baju banyak macam tak muat nak masuk mesin yang 14kg. Jadi, pilih untuk guna mesin yang 24kg punya. Situ tulis RM10.00 dan hanya duit syiling 50sen baharu sahaja boleh guna. Berlari pergi tukar duit kat stesen minyak berdekatan sebab mesin tukar duit syiling kat situ tak terima RM20 sekeping. 


Bila sudah ikut semua step-step yang ada tulis di situ, akhir sekali tekan la button untuk menghidupkan mesin. Aku masukkan RM10 duit syiling 50 sen dan pilih suhu air suam. Puaslah tekan tekan punya tekan., tak hidup jugak. Nak tanya orang, orang takda. Ishh jangan cari pasal. RM10 tu. Bila tengok semula price list, rupanya kalau pilih suhu air suam, RM12. Hahaha, inilah padahnya tak baca price list dengan betul. 


Selepas 30 minit baju siap di spin semua, masukkan baju ke mesin pengering pula. Senang. Balik rumah tak perlu sidai. Boleh terus lipat. Kalaulah ada mesin untuk melipat baju, nak juga. Senang balik terus masuk baju dalam almari. Punyalah pemalas. Hahaha

Settle basuh dan keringkan semua adalah dalam 1 jam. Nasib kat situ ada wifi free. Taklah tunggu macam tunggul kayu kat situ. Ye dok? Hehe

Lepas ni kalau boleh taknak amalkan basuh baju di dobi. Bukan apa, mahal boleh tahan la. Lagi satu, bila dah biasa hantar dobi nanti jadi pemalas nak basuh sendiri. Hahaha. Baik kumpul duit beli satu mesin basuh auto letak dalam bilik air sendiri. Ini kalau bukan penat bekerja plus takda masa nak basuh baju 3 bakul ni, takdanya pergi dobi.  



Read More

Wednesday, May 20, 2015

WW #58: Jalan Merbahaya & Menakutkan



Assalamualaikum.



P/s: Agak-agak nak guna gear kereta berapa untuk lepas jalan macam ni? hahaha 




Read More

Tuesday, May 19, 2015

Bila Tak Tahu Nak Masak Apa



Assalamualaikum.

Bila hari-hari masak, akan ada satu masa tak tahu nak masak apa. Bukan bahan takde, cuma tak tahu nak masak apa. Hari-hari mee, maggie, bihun, kuey teow naik bosan jugak. Opsss, no nasi!


Hari ini bawa bekal sesimple yang boleh. Salad + sosej bakar + telur dadar + roti bijirin serta sedikit sos thai dan mayonis kewpie. Makanan orang diet la kononnya. Hahaha 

Ok. Jemput makan semua 




Read More

Monday, May 18, 2015

Ekatikah Craft: Wording Pillow



Assalamualaikum.

Semalam hari minggu. Jadinya habiskan masa di rumah dengan menyiapkan beberapa tempahan. Sedang leka menjahit, tetiba terfikir untuk buat design baru. Taraaa, hasilnya seperti di bawah. 



Sebelum ini banyak menerima tempahan design cartoon seperti, Minions, Domokun, Superman, Spiderman, Tororo dan pelbagai lagi yang comel-comel. Pernah juga customer request untuk buat wording yang cantik-cantik. Baru sekarang berkesempatan nak buat. Cantik tau ni kalau letak nama sendiri. Hehehe. 

Berminat atau ada sebarang pertanyaan?
WhatsApp 017-3050597
Email: tkah93@gmail.com
Untuk lihat design comel-comel yang lain, boleh search hashtags di instagram
#ekatikahcraft

P/s: Sekarang ada SALES Mini Owl Pillow. Klik SINI



Read More

Saturday, May 16, 2015

Tisu Atau Tuala Wanita Dalam Mangkuk Tandas



Assalamualaikum.


Korang mesti pernahkan pergi tandas, lepas tu tengok ada tisu dalam lubang tandas. Pernah tak? Pernah tak? Tidak kira toilet awam, tandas tempat kerja atau tandas rumah sendiri. Korang rasa apa? Suka? "Ahh lantak la"? "ishhh mangkuk ayun mana yang buang tisu dalam ni"?

Mereka yang buang tisu atau tuala wanita dalam tu tak fikir ke, tindakan itu akan membuatkan lubang tandas tersumbat. Nanti mulalah ada masalah itu ini terapung dan bla bla bla. Lagi satu, tak kesian ke pada mereka yang bekerja untuk cuci tandas ni? Terutama tandas awam. Kesian tengok pakcik-makcik kene cuci toilet yang tersumbat atas pebuatan mereka yang pengotor ni. Nak kata tidak sediakan tong sampah, aku rasa kebanyakan tandas sekarang sudah sediakan bakul sampah dalam tandas.  


Notis terpapar jelas di setiap pintu atau dinding tandas awam. Masih lagi ada segelintir yang tidak peduli dengan notis itu. Ini kes tak reti baca atau buat-buat tak reti baca? 

Lagi satu, bila tandas dah tersumbat, for sure orang taknak guna. Jadinya tandas yang asal ada 5 buah, jadi 2 atau 3 sahaja yang boleh guna. Itu ok lagi. Kalau hanya satu yang boleh guna? Tak ke beratur panjang. Ishhh tak sukanya kena beratur panjanggggg.

Ini semua adalah sikap segelintir masyarakat yang ambil mudah tentang perkara ini. Tidak peliklah kalau pergi toilet sekarang berbayar. Biarlah berbayar sekali pun. Janji toilet bersih. Kan?

Harpic | Clorox | Mr Mucle


Read More

Friday, May 15, 2015

Resepi Mee Goreng Basah Style Mamak



Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat. Jadinya bangun pagi tadi fikir nak masak sesimple yang boleh untuk bawa bekal pergi kerja hari ini. Maklumlah,  ikut saranan kerajaan. Hekhek.

Tengok dalam peti ais, apa yang ada. Tung tang tung tang kat dapur.
Siap, Mee Goreng Basah Style Mamak! Resepi di bawah.


Bahan-bahan:


- Bawang merah dan cili api dicincang halus. Ini kes malas nak guna lesung batu. Hehe


- Tauhu ikan, carrot dan mee kuning.


- Sotong pula sebagai perencah. Kalau nak guna isi ayam, udang atau daging pun boleh. 


- Kicap dan telur. Kicap terpulang nak guna brand apa. 
- Cili kering yang telah dikisar
- Garam sebagai penambah rasa

Cara-cara:
- Panaskan minyak dahulu di dalam kuali yang panas.
- Tumiskan bawang merah dan cili api yang dicincang halus tadi. Gorengkan sehingga naik bau.
- Masukkan sesudu cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. 
- Campurkan dengan sesudu kicap ABC dan gaul lagi.
- Kemudian masukkan carrot, tauhu ikan dan sotong. Biarkan kuah mendidih. Tetapi ingat, jangan sampai kuah menjadi kering.
- Tambahkan sedikit garam. Jangan banyak sebab tauhu ikan dan mee kuning sudah sedikit masin. 
- Bila carrot dah empuk, masukkan mee kuning dan gaul sehingga rata.
- Akhir sekali pecahkan telur sebiji dan gaul. Siap!


Kita kasi close-up sikit. Jangan terliur. Hehe 

Nak lagi sedap hidangkan bersama cili potong atau lada jeruk. Mudah bukan? Tak perlu nak pergi kedai mamak. Siap boleh bawa bekal pergi kerja tau. Masak sendiri lagi senang dan boleh ikut selera sendiri. Selamat mencuba.

P/s: Kita masak style orang bujang duduk seorang. Hehehe.

McChicken | Big Mac | Spicy Chicken McDeluxe


Read More

Thursday, May 14, 2015

Tidur Lewat & Bahaya Kurang Tidur



Assalamualaikum. 



Ingatkan masalah tidur lewat atau kurang tidur hanya masa belajar dulu-dulu. Ye la, kononnya study sampai pagi. Padahal marathon movie. Alaa, mereka yang bergelar student atau pernah bergelar student mesti faham punya. Hehehe. 

Sekarang sudah bekerja pun masih tidur lewatt. Mana taknya, kat office kerja lain, kat rumah kerja lain. Bunyi macam jaga laki dengan anak 10 orang kan? Hahaha.  Takla. Kerja di office, settlekan di office. Bila balik rumah siapkan tempahan craft + editing.

Tapi bila ada masa badan ni terasa amat penat  + mood nak buat kerja takda, balik kerja, mandi solat makan dan terus tidur. Tak fikir apa dah. hahaha. Bangun keesokkan paginya rasa segar sangat sebab dapat topap tidur lewat dua tiga hari yang lepas. 

Alhamdulillah, setakat ini hanya pernah kena symtoms sakit kepala atau migrain dan bad mood yang kadang-kadang boleh sehari suntuk.. Masalah jerawat, susah mengingat mungkin perkara biasa. Maklumlah, banyak berfikir dan berangan-angan.
Walaubagaimanapun hopefully, bahaya yang lain dijauhkan.

P/s: Orang cakap nak cantik dan sihat tidur awal. Ok malam ni tidur pukul 9.30pm. Terlalu awal ke tu? hehehe 



Read More