Monday, December 31, 2018

2018 Best Nine



Assalamualaikum.

Lagi beberapa minit, akan masuknya tahun baru 2019.
Banyak suka duka yang telah aku sendiri lalui sepanjang 2018. Terutamanya dalam bidang yang aku ceburi, dunia photographer.

Banyak yang sudah aku pelajari dan akan terus belajar belajar jadi yang terbaik untuk akan datang. Bukan semudah 1 2 3 nak berjaya. Lagi-lagi kalau buat bisness sendiri. Hati kena cekal beb.

Terima kasih kepada semua exclient yang mempercayai servis kami. Tanpa sokongan, kritikan anda, tidak mungkin sampai ke tahap ini.

Tak harap lebih untuk tahun baru 2019. Cukup sekadar dapat improvekan semua skill yang ada dan ingin sentiasa positif. Semua masalah yang pernah alami sepanjang 2018, akan jadikan iktibar dan semangat yang baru sempena tahun baru.

Pada client 2019, jumpa nanti. Hehe

Jom singgah ke Page kami




Read More

Friday, September 7, 2018

Officially Fulltime Photographer



Assalamualaikum.

Nak handle banyak kerja dalam satu masa bukanlah suatu kerja yang mudah. Apatah lagi sekarang sudah bergelar seorang isteri. Tanggungjawab seorang isteri kepada suami lebih penting daripada segala-segalanya.

Keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan hanya fokus pada kerja juru gambar sahaja mendapat sokongan terutamanya daripada suami, ibu ayah, mak ayah mertua dan keluarga yang lain.

Masa bujang dulu boleh la nak pulun buat semua kerja dalam satu masa. Menjahit la, membaking la, dengan kerja luar lagi. Sampai takde masa untuk diri sendiri. Tapi sekarang sudah bersuami. Kena jaga dah semuanya.

Bukan tamak nak buat banyak kerja. Tapi diri dah terbiasa dengan buat pelbagai kerja daripada sebelum kahwin lagi. Sudah biasa hidup berdikari tanpa mengharapkan duit keluarga sahaja. Siapa yang pernah hadir dalam hidup aku, pasti tahu macam mana life aku sebelum kahwin. Pernah sampai bergaduh hanya sebab takde masa untuk orang lain. Ehh. Hahaha

Rezeki Allah SWT beri itu luas. Mana-mana boleh cari rezeki. Cuma perlu usaha, doa dan tawakal. Apa yang penting bila dah berjaya, jangan lupa yang sepatutnya.

Semoga pilihan yang aku buat ini adalah terbaik untuk diri aku dan keluarga aku sendiri.
Wish me luck! Hee


Image may contain: 1 person, standing, shoes and outdoor

From now, I'm Officially Fulltime Photographer 


Read More

Sunday, February 11, 2018

Demam Sales "Beauty Days" Guardian



Assalamualaikum.


Demam Sales "Beauty Days" di Guardian telah mengheret aku untuk borong macam-macam barang kosmetik. Hahaha. Bajet macam rajin make up, padahal kalau keluar date dengan suami pun hanya pakai lipstik dan bedak je. Hahaha

Sekali sekala nak reward diri sendiri apa salahnyakan. Guna duit hasil penat lelah kerja kita, akan rasa lebih berharga tau. Kalau nak buang sesuatu tu, mesti fikir 1001 kali. Kalau hilang barang tu, mahu naik hantu cari merata. Sayang wehhh. Hahaha

Niat beli semua ni kononnya nak pakai sampai masa raya nanti. Kot la masa tu nak melaram. Kalau takde mood, tak sentuh juga semua tu. Hahaha. Raya pertama bersama suamikan. Mestilah nak melaram lebih. Hihihi

Sales berlangusng daripada 8 Feb hingga 11 Feb. Esok last day Sales. Siapa yang belum pergi borong tu, silalah pergi cepat ye. Last day ni barang banyak dah habis. Tadi pergi pun dah macam ikan sardin dalam tin padat dia. Hahaha. 

P/s: Nasib suami boleh tunggu 45 minit. Tapi lepas tu kena belanja dia makan la. Hahaha







Read More

Saturday, February 3, 2018

Paru Masak Kicap Black Paper



Assalamualaikum.

Kelmarin pergi beli barang dapur dengan suami. Sampai bahagian barang basah, En Suami terus menghilang. Ingatkan dia pergi mana. Rupanya dia pergi bahagian peti sejuk beku tu. Dibelek-beleknya paru lembu. Kalau dah duk belek-belek tu, maksudnya nak la tu kan. Hahaha

Kalau kat rumah ibu, yang makan paru lembu ni ayah seorang je. So jarang-jarang sekali masak lauk paru ni. Sekarang, bila sudah bersuami yang suka makan paru lembu apa lagi. Kenalah masakkan untuk dia.

Sebelum ni pernah pesan kat En Suami, kalau nak makan yang pelik-pelik macam paru tu suruh dia beli sahaja lauk kat luar. Sebabnya kalau masak macam tak berbaloi sebab makannya seorang. Tapi tak sanggup tengok dia asyik beli kat luar je. Bukan sedap mana pun kan 😝


Bila di tanya nak masak apa paru ni, dia kata tak kisah. Jawapan tu yang paling susah ok. Hahaha. Aku ni bukannya makan paru. Apakan lagi masak lauk paru, mana pernah. Hahaha

Tak nak pening kepala, menu paling senang dan cepat apa lagi kalau bukan Paru Masak Kicap Black Paper. Wuu, suami makan siap bertambah. Maksudnya sedap sangat la tu kan?  Hahaha. Resepi ringkas seperti di bawah ye.

Resepi Paru Masak Kicap Black Paper.

Bahan-bahannya:
- paru lembu
- halia
- bawang merah
- bawang putih
- serbuk kunyit
- kicap pekat ABC
-kicap lemak manis
- lada hitam yang dikisar halus
- cili padi / kampung 2 batang (kalau nak pedas) 
- garam secukup rasa

Cara-caranya:
- potong paru dalam bentuk dan besar cube
- gaulkan paru bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
- gorengkan paru tadi dalam minyak yang panas dan setelah masak angkat dan asingkan ke tepi 
- kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia di dalam kuali lain dengan minyak yang panas
- setelah naik bau, masukkan kicap pekat ABC dan kicap lemak manis. Gaulkan sehingga sebati. 
- Akhir sekali masukkan paru yang telah digorengkan tadi. Gaul sehingga sebati semuanya. 
- sebagai perasa, tambahkan secubit garam dan sedikit serbuk lada hitam.
- ok siap untuk dihidangkan bersama nasi panas

Haa, aku yang tak makan paru ni pun makan lauk tu tau. Tapi makan kuahnya sahaja. Isi paru bagi suami aku makan. Hahaha

Ok selamat mencuba.



Read More

Genap Setahun



Assalamualaikum.


31 Januari 2018. Genap sudah setahun aku berkenalan dengan En Suami. Siapa sangka, dalam tempuh setahun kami sudah menjadi suami isteri. Heee

Kami mula berkenalan di laman sosial, muka buku. Chating punya chating, sekali ... "Laaa, sekampung rupanya kita ni". Hahaha. Punya bercinta sebelum ni dengan orang jauh, sekali jodoh sebenar tak sampai 1km pun jauhnya. Hihihi

Bila sebut semula ayat, "Tunjuk ajar ku sifu", confirm dia gelak terbahak-bahak. Sebab awalnya kami kenal kerana En Suami nak belajar tentang camera dengan aku. Katanya gambar aku cantik-cantik. Tu yang keluarnya ayat "Tunjuk ajarku sifu" tu. Hahaha



Banyak lagi hari-hari mendatang yang akan kami lalui bersama. Semoga aku menjadi satu-satunya isteri yang terbaik untuknya. InsyaAllah.

I love you, En Husband 


P/s: First entri untuk tahun baru. Heee


Read More