Perubahan? Yes, semua orang mahukan sesuatu perubahan dalam atau pun luaran diri kita. Contohnya kalau dalaman, membersihkan diri kite, cuba untuk menjadi seorang muslimah yang soleha. Contoh luaran pula, cuba untuk kelihatan lebih cantik daripada biasa.
Kalau mengikut kata orang ramai, kita sebagai perempuan hanya boleh berhias atau kelihatan cantik di depan suami sahaja. Yup, aku akui itu betul. Tapi tidak salahkan kalau kita mahu kelihatan lebih selesa di depan orang ramai. Sekadar pakai bedak kompak, pelembab bibir bewarna tak salah kot. Tapi ingat, JANGAN BERLEBIHAN.
Semua perkara yang kite lakukan pasti ada batas-batasnya. Seperti pergaulan kita sebagai manusia, ada batas-batas pergaulan. Begitu juga kalau untuk memperhiaskan diri kita, juga ada batas-batasnya.
Tepek bedak setebal 5 inci, pakai gincu semerah-merahnya, pakai mascara, eyelinear setebal-tebalnye, huuh berlebih tu. Jangan sampai orang lain tak reti bezakan antara orang dengan badut sudah la. Hekhek
Mungkin bagi sesetengah orang, kalau dengan kelihatan cantik akan membuatkan mereka rasa lebih confident untuk berhadapan dengan orang ramai. Ada sesetengah orang pula tidak kisah dengan penampilan dirinya, "ala, biasa-biasa sudah. Tak perlu nak berhias, cantik itu ini"
Lain orang lain sudut pandangannya. Bagaimana pula dengan korang?
P/s: Aku team simple. Tidak gemar bermakeup.. Hee