Assalamualaikum.
Bila tiba bulan Ramadhan, pastinya ramai perniaga mengambil peluang keemasan ini untuk berniaga. Terutama berniaga di bazar ramadhan. Pelbagai jenis juadah dijual yang terdiri daripada makanan berat, makanan ringan, air dan pencuci mulut. Sudah semestinya bila pergi bazar ramadhan, pasti akan rambang mata dan nafsu nak beli itu ini datang.
Sebelum sampai bazar " Eh hari ni teringin nak makan nasi kerabu dengan murtabak la. "
Sesudah sampai bazar " Eh, nampak sedaplah kuih udang dia. Hmm, roti john pun sedap. "
Padahal kat tangan sudah ada bungkusan nasi kerabu dan murtabak. Ishh ishh ishh.
Kalau rasa makan untuk diri sendiri, beli untuk makan seorang cukuplah. Ini tidak, beli macam 10 orang makan. Hahaha. Bukan apa, kalau beli habis takpe. Ini baru makan sikit, dah kenyang. Yang selebihnya tu? Tidak ke membazir namanya.
Jadi sebelum nak membeli, ingat-ingatlah. Alaa, bolehkan hari ini beli nasi kerabu dan esok belilah roti john pula. Sehari nak beli semuanya, pehh. Hahaha.
Ingat! Membazir itukan amalan syaitan.
Read More