Assalamualaikum.
Bila dalam proses mendietkan badan ni, nasi memang tak sentuh langsung walaupun sebutir. Tetapi bila lama-lama tengok orang makan nasi goreng, nasi lemak ushh terliur juga. Jadinya hari ini nak cerita yang kite masak nasi goreng tetapi tidak menggunakan nasi, iaitu nasi goreng atkins. Heee
Ini merupakan first time masak nasi goreng atkins. Boleh tahan sedap juga. Siapa cakap tak boleh hidup tanpa nasi? See, aku boleh. Hahaha. Lepas ni nak try nasi lemak atkins pula la.
Oleh kerana hari ini terpaksa masuk kerja, nasi goreng tadi dibawa bekal ke tempat kerja untuk makan tengahari. Nasi goreng atkins dimakan bersama lauk kari daging lebihan kenduri rumah makcik saudara kelmarin. Aku kurang minat sikit kari, jadi hanya makan isinya sahaja. Hikhik
Resepi? Alaa masak macam nasi goreng biasa juga. Cuma gantikan nasi dengan bunga kobis putih yang direbus sebelum dibland atau dicincang. Rumah sewa takda bland, jadi cincang sahajalah. Hahaha. Kbai
Read More