Friday, June 28, 2019

TERBANG BERSAMA SINGAPORE AIRLINES



Assalamualaikum. Hi.


Singapore ialah sebuah negara yang agak best kalau kita dapat bercuti kat sana. Lagi best kalau kita dapat cari cheap flights to Singapore dengan takyah peningkan kepala kita. Haa ada cara yang kita boleh buat untuk dapatkan harga terbaik dari ladang ni. So agak-agak korang camne? Hehe cuba teka? Dah habis teka, yeah jawapannya Traveloka. Yes apps yang paling terkini yang korang boleh find out tentang harga-harga yang best. 




Korang nak tau tak camne nak book Singapore Airlines flight yang murah? Mula-mula sekali lepas korang bukak apps tu korang cuba cari Singapore Airlines https://www.traveloka.com/en-my/singapore-airlines dan kat situ korang boleh nampak segala info yang ada tentang airlines tu. Singapore Airlines ni antara yang terbesar kat Asia Tenggara ni, diorang boleh pergi ke lebih kurang 62 destinasi setakat ni. Banyakkan? So camne nak buat booking lak kan. Korang pergi search flight dengan isikan info yang perlu especially date yang korang nak pergi. Sebab dari situ korang boleh dapat harga yang murah. Biasanya lepas korang click search korang akan dapat tengok list of flights yang ada dan yang paling murah ada kat atas. Korang pilih Singapore Airlines dengan gunakan filter yang ada. Dari situ korang boleh tengok Singapore Airlines yang available. 


So aku nak citer apa yg ada kat Singapore Airlines ni, jom kita amek tau jenis-jenis seat yang korang boleh book. Dengan economy class korang boleh dapat seat yang selesa sebab ruang kaki korang agak luas jugak so sesuai untuk korang yang ada kaki panjang sikit. Selain tu korang boleh layan entertainment dengan KrisWorld. Makanan lak korang boleh order yang standard and kalau korang ada special request korang kena bagitau awal-awal kat pihak diorang sebelum flight. Next premium economy class, korang leh dapat seat yang lagi luas dari economy biasa, korang jugak boleh caj fon korang sebab ada disediakan USB port. Dari segi makanan lak korang boleh order special untuk meal korang sebelum 24jam flight korang. Lepas tu Business class punya seat lak lagi best sebab boleh tukar jadi katil. Sangat syok kalau korang travel jauh-jauh Cuma bajet dia lebih tinggi tapi tak jauh beza. Makanan pulak memang awesome and korang boleh order 24 jam sebelum flight ikut kesukaan korang. First class yang palin mewah sebab korang akan dapat seat yang lagi luas dari business class siap ada full breakfast kalau korang ada flight pagi. 


Singapore Airlines jugak ada special offer untuk korang yang selalu fly dengan diorang yang dinamakan KrisFlyer. Dengan KrisFlyer ni korang boleh dapat beberapa benefit kalau korang collect points yang banyak. So kalau korang book cheap flights to Singapore, banyak tempat korang boleh pergi nanti. Orchard Road telah menjadi tempat berjual beli sejak dari tahun 1850 lagi, tapi pada masa dulu yang ada di sini hanyalah gerai-gerai yang menjual makanan-makanan dan barangan basah di samping terletaknya kuil dan makam. Namun setelah lebih dari seabad berlalu Orchard Road telah menjadi sebuah kawasan yang membangun dengan pusat membeli-belah terkenal, tempat penginapan, galeri seni dan bermacam lagi yang menjadi tarikan pelancong. Nak makan di sini korang tak perlu susah-susah nak cari, memang banyak restoran yang ada di sini, nak makan apa? Western? Tempatan? Semuanya ada. Nak yang mewah? Simple? Tanya selera. Kalau tak nak keluarkan duit, korang nak berjalan-jalan melihat kawasan sekitar je pun boleh, sebab ada banyak pokok-pokok angsana yang menjadi bumbung dari panahan matahari sepanjang ruangan pejalan kaki di kawasan membeli-belah ini.


Chinatown Singapura bukanlah sebuah bandar yang kecil, terbahagi kepada 5 bahagian sebenarnya. Yang pertama adalah Teluk Ayer yang menempatkan tokong ibadah yang direka dengan indah, Tanjung Pagar pula merupakan kawasan komersial, kemudian, Bukit Pasoh adalah sebuah kawasan bersejarah. Seterusnya, Krea Ayer adalah tempat penjualan barangan tradisional Singapura dan akhir sekali adalah Ann Siang Hill yang agak moden dan meriah dengan bermacam jenis perniagaan yang dijalankan oleh anak-anak muda Singapura. Dari kawasan yang tradisional hinggalah yang moden, inilah Chinatown di Singapura. Semuanya dapat korang sekeluarga alami. Nanti bila-bila free korang try la nanti ok. 


Read More

Wednesday, June 12, 2019

Wajah Terbaru Ainul Mardhiah



Assalamualaikum, hai.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Bayi berusia sembilan bulan yang menghidap penyakit "Germ Cell Tumour", Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya.

Begitu ramai yang sayangkan Ainul. Tidak putus-putus orang ramai bertanyakan khabar Ainul selepas pembedahan mahupun sebelum pembedahan dilakukan. Tidak kira muslim mahupun non muslim. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Berikut di bawah adalah gambar terbaru Ainul Mardhiah selepas pembedahan tersebut.




Ya Allah, kamu sungguh cantik dan comel wahai Ainul Mardhiah. Kamu kelihatan seperti bayi yang baru dilahirkan semula. Nama seindah wajahmu.

Semoga Ainul diberikan kekuatan, kesembuhan secepat yang mungkin dan boleh mengharungi hari-hari mendatang seperti kanak-kanak lain di luar sana. Amin.. 

Sumber gambar : Ahmad Safiuddin


Read More

Thursday, May 30, 2019

Cara Mudah Membuat Petukaran Duit Raya Di Mesin ATM Maybank



Assalamualaikum. Hai.


Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi. Masa-masa macam inilah orang ramai berpusu-pusu ke bank untuk membuat pertukaran duit Raya. Walaubagaimanapun, pasti ada sesetengah daripada mereka kesuntukan masa untuk membuat pertukaran duit di bank. Berikut di bawah cara mudah untuk membuat pertukaran duit baru hanya di mesin bank ATM Maybank.

1. Pergi ke Maybank yg besar sket ( selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yg boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.


2. Pilih ATM yg ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu ( seperti gambar ).


3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.
4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM 10 yg baru, kena buat dua kali.


5. OK mudahkan. Marilah kita ramai-ramai tukar duit Raya di ATM machine. Pastikan bawak bodyguard jaga jika nak tukar jumlah yang banyak.

Sumber daripada FB Nazrizz Nasir. Selamat mencuba.










Read More

Tuesday, May 28, 2019

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Kedua 28 Mei Ini



Assalamualaikum. Hai semua.


Haa, dengar berita bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Kedua sudah mula dibuat secara berperingkat mulai hari ini. Bestla dapat time-time nak dekat raya ni. Boleh buat tambah-tambah belanja nak rayakan. Hihi

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei ini.

Menterinya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pembayaran itu berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai yang akan diterima.
"Pembayaran fasa kedua melibatkan hampir 3.6 juta penerima BSH dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 bilion. Kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019," katanya di sini hari ini.
Beliau menegaskan, BSH diberikan kepada mereka yang benar-benar layak mengikut kategori pendapatan yang telah ditetapkan.                                                                                                                                                    
"Setiap tahun, Kementerian Kewangan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuat semakan permohonan BSH termasuk maklumat penerima sedia ada bagi memastikan maklumat yang dikemukakan oleh pemohon adalah tepat dan hanya yang layak sahaja akan menerima BSH.                                                                                         
"Bagi memastikan BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini," katanya.                                                                            

Jumlah pembayaran BSH 2019 mengikut fasa tertentu adalah seperti berikut:



Walaubagaimanapun bagi mereka yang berstatus bujang tidak layak untuk menerima BSH 2019 ini. Berikut antara golongan yang layak menerima BSH 2019:

1) Pasangan berkahwin Warganegara yang berumur 59 tahun ke bawah
2) Ibu bapa tunggal / balu / janda yang mempunyai tanggungan
3) Warga emas berumur 60 tahun ke atas

Semakan status pembayaran BSH boleh dibuat di portal rasmi bsh.hasil.gov.my

Bagi sesiapa yang cukup kelayakkan tetapi tidak dapat BSH (macam aku), boleh la cuba permohonan untuk tahun hadapan. Haa, siapa suruh tak kemaskini permohonan. Hahaha. Rasakan...



Read More

Wednesday, May 22, 2019

Daebak Ghost Chilli Pepper Spicy Chicken Noodles Challange



Assalamualaikum. Hai semua.

Siapa dah cuba makan Daebak Ghost Chilli Pepper Spicy Chicken Noodles? Yes, finally aku dapat cuba semalam. Setelah sekian lama mencari di merata tempat, lastly jumpa dekat 7Eleven yang berdekatan dengan rumah. Hahaha



Apa lagi, malam tadi buat challange dengan suami. Tengok siapa yang menangis cari air dulu. Hahaha


Kau tengok betapa hitamnya noodle dia. Tapi lagi pehhh kau rasa kepedasan dia. Haa, ternyata challange malam tadi tiada siapa yang menang. Sebabnya dua2 berlari cari air untuk hilangkan pedas. Hahaha. Padahal baru satu suapan. Nak habiskan semua tu, pehh pehhh menangis macam hilang kucing wehhh. Ehhh Hahaha

Bagi aku noodle ni lagi pedas daripada Samyang Spicy Chicken Ramen mahupun Maggie Pedas Gila 2X. Rasa pedas tu boleh potong rasa flavor noodle yang kau makan tu. Sesiapa yang tak tahan dengan pedas, janganlah berani-berani nak cuba makan. Nanti ada yang sakit perut. Pada sesiapa yang mulut dia kebal dengan cili, haa silalah cuba ye. Tengok kauorang boleh tahan pedas tu berapa lama. Hahaha

Sesiapa yang mahu mencuba rasa kepedasannya boleh dapatkan Daebak Ghost Chilli Pepper Spicy Chicken Noodles di 7Eleven yang berdekatan ok.





Read More

Monday, May 20, 2019

Unbox Exclusive Set Daripada NR Cosmetic (Promosi Ramadan)



Assalamualaikum. Hi semua.

Bila musim perayaan bakal kunjung tiba, mulalah pelbagai promosi tidak kira melalui online mahupun terus ke butik ada di mana-mana.


Tidak terkecuali bagi NR Cosmetic. Daripada 6hb Mei sehingga 19hb Mei kelmarin, NRC mengadakan Big Sale sempena bulan ramadan. 





Taraa, aku pilih Combo Set Compact Powder Base yang berharga RM221.40. 
 Set ini include : 


Luxury Magic Elixir Moisturiser & Primer ini mengandungi SPF 15 sunscreen dan sesuai dijadikan moisturiser dan primer sekali gus. 


Prime & Set Luxury Water. Ini sesuai untuk prepping, priming dan setting makeup korang untuk sepanjang hari. Botol pun comel. Boleh sumbat dalam handbag doreman kauorang tu. Ehh. Hahaha


 Luxury Micro Compact Powder. Produk ini mengandungi Honey Bee Venom, Vitamin C dan Vitamin E yang sesuai untuk semua jenis kulit. Aku pilih code dark sebab muka aku ni hitam sebab sunburn teruk kerja luar panas. Hahaha

 Jujur aku kata, sebelum ini aku tak pernah langsung menggunakan apa-apa produk daripada NRC. Ini suami aku sendiri yang suggestkan tau. Dia tahu isteri dia ni seorang yang agak malas nak bersiap depan cermin berjam-jam, haa terus dia suruh beli ni. Takpe, yang penting dia belanja. Hihihi

Kalau tak silap, NRC melanjutkan promosi ini sehingga ke 25hb Mei berikutan ramai yang masih belum gaji atau gaji lambat. Haa, para pengguna produk NRC jangan lepaskan peluang ini!




Read More

Friday, May 17, 2019

Masa Untuk Lupakan Semua Kenangan Di Google Plus!



Assalamualaikum.

Apabila sekian lama tak buka blog, baru aku perasan yang akaun Google+ ( Google Plus) sudah dimansuhkan. What???

Image result for google plus

Apa itu Google Plus? Apa yang aku tahu, Google Plus adalah salah satu laman sosial yang seakan Facebook, Twitter dan seangkatan dengannya. Tetapi penggunanya tidak seramai pengguna Facebook. Aku adalah salah seorang daripadanya.

Mulanya bila tahu sedih pun ada. Nak nangis rasanya wehh. Terlalu banyak kenangan yang aku ada dalam tu. Kenangan yang telah memberi kesan yang terlalu dalam hidup aku sehingga ke hari ini. 

Mungkin ada hikmah disebalik Google Plus ini dimansuhkan. Masa untuk aku lupakan semua kenangan aku dan kau! Fokus dengan life aku yang sekarang. Jujur aku cakap, tak mudah nak melupakan. Aku akan cuba cuba dan cuba. Kau kisah silam aku!




Read More

Wednesday, January 9, 2019

Resepi Salted Egg Crab



Assalamualaikum.

Ketam selalunya sedap dimasak sup, kari atau goreng berlada. Tetapi untuk hari ini, sedikit kelainan. Mungkin bagi kauorang dah biasa, tetapi tidak bagi aku. Selalunya makan kat kedai je. Kali ini aku cuba masak sendiri. Bukan apa, masak sendiri lebih puas betul tak? Sedap tak sedap belakang cerita. Hahaha. Resepi Salted Egg Crab seperti dibawah.

Resepi Salted Egg Crab

Bahan-bahannya: 


- bahan utama semestinya ketam. Aku beli ni tak sampai sekilo. Ada dalam 14 ekor macam tu. Cuci dan siap belah dua. Haa jadilah banyakkan? Hahaha


- 7 ulas bawang putih, daun kari 2 tangkai, cili padi 6 biji dan 5 biji kuning telur masin. Kalau nak lebih pedas, boleh tambah lagi cili padi.


- Butter 4 sudu. Butter banyak jenis. Aku beli mana yang ada kat 99 Speedmart je. Hahaha
- Tepung jagung
- Susu cair
- Gula sebagai perasa

Cara-cara penyediaan: 


1- Langkap pertama ialah ketam yang sudah dibasuh bersih tadi digaulkan bersama tepung jagung.


2- Gorengkan ketam di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Selepas itu ketepikan.


3- Menggunakan kuali yang lain, cairkan butter terlebih dahulu.


4- Kemudian, tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.


5- Selepas itu, masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan.


5- Masukkan 6 sudu susu cair dan kacau sehingga sebati. Tambah sedikit gula sebagai perasa. 




6- Kemudian masukkan kesemua ketam yang digoreng tadi dan gaul rata.


Salted Egg Crab siap! Sedap dimakan panas-panas bersama nasi panas.
Oleh kerana aku on diet, aku makan dengan roti je. Suami aku lagi dasyat. Ratah gitu je. Hahahah

Selamat Mencuba













Read More

Thursday, January 3, 2019

Kerang Bakar



Assalamualaikum.

Hampir setiap bulan, aku dan suami mesti akan makan di Medan Ikan Bakar, Kuala Sg Baru. Salah satu menu wajib adalah kerang bakar. Makan cecah kuah kicap pedas, sedap wehhh. Hahaha

Tapi kalau makan kat luar memang takkan puas. Kalau makan sampai puas pun, harga puas nak bayar. Hahaha. Jadinya sama-sama decide nak buat kerang bakar sendiri. Hihi

Kebetulan hari tu pergi pasar, jumpa kerang saiz besar-besar. Haa apa lagi, sekilo setengah aku beli. Hahaha. Kalau saiz kecik-kecik ni bercinta sikit. Susah masa nak mengopek nanti dan isinya ciput je. 



Haa, besar-besarkan? Baru puas makan. Hahaha. Bakar sampai kering guna kuali je. Hee



Ok siap! 

Bahan-bahan untuk kuah kicap pedas simple je. Hiris 1 biji bawang merah dan 4 atau 5 tangkai cili padi. Kalau nak lagi pedas, tambah lagi. Potong 1/3 limau nipis dan ambil jusnya sahaja. Gaulkan kesemuanya sekali bersama kicap lemak manis. Sedia untuk dihidang. Hehehe

Sebelum terlupa. Nak basuh kerang ada caranya. Bukan main basuh-basuh gitu lepas tu terus bakar. Hahaha. Banyak cara sebenarnya. Salah satu cara yang aku guna ialah rendamkan kerang terlebih dahulu bersama serbuk kunyit. Fungsinya untuk menghilangkan sedikit daki-daki hitam pada cengkerang kerang. Selain itu, boleh juga guna serai, daun betik, daun ubi dan pelbagai lagi. 

Kauorang basuh kerang guna apa? Hihi



Read More