Monday, October 9, 2017

Design Kad Kahwin Berkonsepkan Canon & Nikon



Assalamualaikum.

Setiap majlis perkahwinan pasti adanya kad undangan untuk menjemput para tetamu hadir ke majlis yang diraikan. Cuma bezanya daripada jenis saiz, material dan design kad itu sendiri.

Alhamdulillah, rezeki. Kad perkahwinan aku telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada boss tempat kerja lama. Maklumlah, kerja di kedai kad kahwin sebagai pereka grafik. Semestinya design kad itu daripada kretiviti sendiri. 



Pemilihan design kad bertemakan kamera Canon & Nikon adalah simbol perkenalan aku dan encik suami. Si isteri pengguna kamera Canon dan si suami pengguna kamera Nikon. Cinta si Mr & Mrs Photographer la kiranya. Heee. Acah acah sweet tak? Hahaha

Saiz kad berlipat dan berkonsepkan name card ini telah aku selitkan sedikit details berkaitan khidmat fotografi seperti Page FB, Instagram dan juga contact number. Sambil-sambil menjemput orang, sambil-sambil promote khidmat sendiri tak salahkan? Heee

Daripada segi kuantiti kad pula, bergantung pada berapa jumlah bilangan tetamu yang dijemput. Ada sesetengah orang, menempah separuh sahaja daripada jumlah tetamu yang dijemput. Selebihnya menjemput menggunakan laman sosial seperti whatsapp, facebook dan orang tua-tua ada kata, 'jemput mulut'.

Alhamdulillah, semua jemputan yang hadir telah memeriahkan lagi majlis yang diraikan. Terima kasih pada semua yang sudi datang sama ada daripada jauh mahupun dekat. Sesungguhnya yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruknya datang daripada selainnya. 

Pada mereka yang ingin menempah kad undangan perkahwinan yang cantik pada harga yang berpatutan, bolehlah layari laman web rasmi di bawah ye.




Read More

Friday, October 6, 2017

Cinta Si Mrs Photographer



Assalamualaikum.

Permulaan Perkenalan

Mula berkenalan pada hujung bulan Januari 2017.  Perkenalan di laman sosial, Facebook telah mempertemukan kami.


Masing-masing mempunyai minat yang sama dalam bidang fotografi. Apa yang bezanya ialah aku lebih kepada fotografi perkahwinan dan dia lebih kepada hobi sahaja. Di dalam group Malaysian Photographers Community, menjadi titik permulaan cerita kami.

Tujuan utama perkenalan adalah untuk belajar lebih mendalam lagi dalam bidang fotografi. Kata encik suami, gambar yang aku share di group cantik-cantik semuanya. Kononnya nak belajar dengan aku le teww. Padahal aku ni takde handal mana pun. Hahaha

Kami Sekampung

Cerita punya cerita, sekali kami sekampung.  Rumah kampung dia adalah laluan aku selalu jogging setiap pagi. Ya Allah, kecil je rupanya dunia ni. Sekampung satu hal, ayah dia pula kawan menjaring sungai dengan ayah aku. Siapa sangka sekarang dah jadi besan. Hahaha.

Selain itu, ayah dia juga selalu menjual di belakang rumah semenjak aku kecil lagi. Siapa sangka, dulu selalu panggil pakcik pakcik dan sekarang panggil ayah. Hihihi

First Date

First date aku dengan encik suami adalah di kedai makan Asam Pedas area Kota Laksamana. Semalam kenal dan esoknya terus jumpa. Berani? Ye!  Aku cabar dia. Kalau betul nak ajak aku keluar makan, datang rumah minta izin dengan ibu ayah. Berani tak beraninya dia, terus datang jumpa ibu ayah. Padahal baru sehari kenal. Itu baru gentleman kan? Hahaha

One Step Closer, Tunang


Selang beberapa minggu perkenalan, kami membuat keputusan untuk ke peringkat yang lebih serius. Alhamdulillah. Setelah berbincang dengan keluarga masing-masing, kami telah mengikat tali pertunangan pada 26 Februari yang lepas.

Dalam fasa pertunangan itulah kami mengenali antara satu sama lain. Belajar untuk kenal diri encik suami dan keluarganya. Maklumlah, kami mana pernah bercinta. Kenal gitu-gitu, tup tup terus bertunang. Hahaha


He's Mine


Alhamdulillah.
Pada 22 September 2017 yang lepas, dengan sekali lafaz, kami sudah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri. Moga ikatan sah yang terjalin ini berkekalan menjadi keluarga bahagia hingga ke Jannah. Amin. 





Itu sahaja cerita ringkas cerita cinta kami. Siapa sangka, perkenalan yang sesingkat ini telah menyatukan kami sehingga ke jinjang pelamin. Itulah yang dikatakan jodoh. Heee 

I love you, Encik Suami 



Read More