Saturday, May 31, 2014

List Barang Dapur




Bila duduk jauh daripada keluarga sendiri, mestilah belajar hidup berdikari. Memang masa belajar dahulu, hidup berdikari. Walaubagaimana pun, masih tidak sama seperti sekarang.

Betul, dahulu berjauhan dengan keluarga sama seperti sekarang. Tetapi bezanya dahulu bolehlah minta duit belanja makan minum pakai pada ibu ayah. Sekarang, semuanya sendirian berhad. Nama pun sudah bekerja, takkan nak mengharapkan ibu ayah lagi. 

Walaupun duduk menumpang di rumah saudara, perbelanjaan sendiri juga. Lebih-lebih lagi dalam seminggu ni, saudara pergi luar negeri. So, semuanya kene buat sendiri. Masak sendiri and makan pun sendiri. Kesiankan?

Gaji dah dapat? Apa lagi, shopping barang dapurlah nampaknya. Esok cuti, agak-agak nak masak apa erk? Lalala.. Hehe

- Agak-agak list barang dapur di atas boleh tahan sebulan untuk seorang makan tak? Haha -



Read More

Friday, May 30, 2014

BAHAYA: Tektik Terbaru Perompak


 




Orang nak buat jahat, pelbagai cara. So, sekarang perlulah lebih berhati-hati. Kalau di luar kenderaan, dengan peragutnya. Kalau di dalam kenderaan, macam ini pula dilakukannya. Dasar penjahat!

P/s: Bila jadi kes macam ni, jadi takut nak drive balik malam seorang diri.

 


Read More

Thursday, May 29, 2014

Rindu Nak Bercraft






Bila tengok orang lain sakan bercraft, diri jadi teringin nak aktif bercraft semula.


Kesibukkan kerja antara sebab utama diri tidak seaktif dahulu. Kalau tidak, masa belajar dulu, pantang ada masa free, ada sahaja benda yang nak dibuat. Idea mencurah-curah keluar. Hanya hendah tidak buat sahaja.


Now, kelengkapan menjahit serta bahan-bahan semua sudah lengkap. Dalam beberapa hari lagi, bolehlah tempahan dibuka semula. Akan diupdate beberapa design terbaru yang comel double cute. Hehe

Hope pelanggan masih setia menunggu. 

P/s: InsyaAllah gaji bulan ni, nak beli satu meja khas untuk menjahit. Payah sebenarnya kalau menjahit beralih tempat. Nanti habis bertaburan semuanya. Haha.



Read More