Friday, June 28, 2019

TERBANG BERSAMA SINGAPORE AIRLINES



Assalamualaikum. Hi.


Singapore ialah sebuah negara yang agak best kalau kita dapat bercuti kat sana. Lagi best kalau kita dapat cari cheap flights to Singapore dengan takyah peningkan kepala kita. Haa ada cara yang kita boleh buat untuk dapatkan harga terbaik dari ladang ni. So agak-agak korang camne? Hehe cuba teka? Dah habis teka, yeah jawapannya Traveloka. Yes apps yang paling terkini yang korang boleh find out tentang harga-harga yang best. 




Korang nak tau tak camne nak book Singapore Airlines flight yang murah? Mula-mula sekali lepas korang bukak apps tu korang cuba cari Singapore Airlines https://www.traveloka.com/en-my/singapore-airlines dan kat situ korang boleh nampak segala info yang ada tentang airlines tu. Singapore Airlines ni antara yang terbesar kat Asia Tenggara ni, diorang boleh pergi ke lebih kurang 62 destinasi setakat ni. Banyakkan? So camne nak buat booking lak kan. Korang pergi search flight dengan isikan info yang perlu especially date yang korang nak pergi. Sebab dari situ korang boleh dapat harga yang murah. Biasanya lepas korang click search korang akan dapat tengok list of flights yang ada dan yang paling murah ada kat atas. Korang pilih Singapore Airlines dengan gunakan filter yang ada. Dari situ korang boleh tengok Singapore Airlines yang available. 


So aku nak citer apa yg ada kat Singapore Airlines ni, jom kita amek tau jenis-jenis seat yang korang boleh book. Dengan economy class korang boleh dapat seat yang selesa sebab ruang kaki korang agak luas jugak so sesuai untuk korang yang ada kaki panjang sikit. Selain tu korang boleh layan entertainment dengan KrisWorld. Makanan lak korang boleh order yang standard and kalau korang ada special request korang kena bagitau awal-awal kat pihak diorang sebelum flight. Next premium economy class, korang leh dapat seat yang lagi luas dari economy biasa, korang jugak boleh caj fon korang sebab ada disediakan USB port. Dari segi makanan lak korang boleh order special untuk meal korang sebelum 24jam flight korang. Lepas tu Business class punya seat lak lagi best sebab boleh tukar jadi katil. Sangat syok kalau korang travel jauh-jauh Cuma bajet dia lebih tinggi tapi tak jauh beza. Makanan pulak memang awesome and korang boleh order 24 jam sebelum flight ikut kesukaan korang. First class yang palin mewah sebab korang akan dapat seat yang lagi luas dari business class siap ada full breakfast kalau korang ada flight pagi. 


Singapore Airlines jugak ada special offer untuk korang yang selalu fly dengan diorang yang dinamakan KrisFlyer. Dengan KrisFlyer ni korang boleh dapat beberapa benefit kalau korang collect points yang banyak. So kalau korang book cheap flights to Singapore, banyak tempat korang boleh pergi nanti. Orchard Road telah menjadi tempat berjual beli sejak dari tahun 1850 lagi, tapi pada masa dulu yang ada di sini hanyalah gerai-gerai yang menjual makanan-makanan dan barangan basah di samping terletaknya kuil dan makam. Namun setelah lebih dari seabad berlalu Orchard Road telah menjadi sebuah kawasan yang membangun dengan pusat membeli-belah terkenal, tempat penginapan, galeri seni dan bermacam lagi yang menjadi tarikan pelancong. Nak makan di sini korang tak perlu susah-susah nak cari, memang banyak restoran yang ada di sini, nak makan apa? Western? Tempatan? Semuanya ada. Nak yang mewah? Simple? Tanya selera. Kalau tak nak keluarkan duit, korang nak berjalan-jalan melihat kawasan sekitar je pun boleh, sebab ada banyak pokok-pokok angsana yang menjadi bumbung dari panahan matahari sepanjang ruangan pejalan kaki di kawasan membeli-belah ini.


Chinatown Singapura bukanlah sebuah bandar yang kecil, terbahagi kepada 5 bahagian sebenarnya. Yang pertama adalah Teluk Ayer yang menempatkan tokong ibadah yang direka dengan indah, Tanjung Pagar pula merupakan kawasan komersial, kemudian, Bukit Pasoh adalah sebuah kawasan bersejarah. Seterusnya, Krea Ayer adalah tempat penjualan barangan tradisional Singapura dan akhir sekali adalah Ann Siang Hill yang agak moden dan meriah dengan bermacam jenis perniagaan yang dijalankan oleh anak-anak muda Singapura. Dari kawasan yang tradisional hinggalah yang moden, inilah Chinatown di Singapura. Semuanya dapat korang sekeluarga alami. Nanti bila-bila free korang try la nanti ok. 


Read More

Wednesday, June 12, 2019

Wajah Terbaru Ainul Mardhiah



Assalamualaikum, hai.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Bayi berusia sembilan bulan yang menghidap penyakit "Germ Cell Tumour", Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya.

Begitu ramai yang sayangkan Ainul. Tidak putus-putus orang ramai bertanyakan khabar Ainul selepas pembedahan mahupun sebelum pembedahan dilakukan. Tidak kira muslim mahupun non muslim. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Berikut di bawah adalah gambar terbaru Ainul Mardhiah selepas pembedahan tersebut.




Ya Allah, kamu sungguh cantik dan comel wahai Ainul Mardhiah. Kamu kelihatan seperti bayi yang baru dilahirkan semula. Nama seindah wajahmu.

Semoga Ainul diberikan kekuatan, kesembuhan secepat yang mungkin dan boleh mengharungi hari-hari mendatang seperti kanak-kanak lain di luar sana. Amin.. 

Sumber gambar : Ahmad Safiuddin


Read More