Assalamualaikum.
Lama rasanya tak share resepi. Hehehe. So hari ni nak share resepi simple dan sedap yang dimasak semalam. Plan sebenarnya nak masak hari Ahad lepas. Ahad kerja dan lepas balik kerja pergi beli barang apa lagi. Haa balik rumah dah malam. Jadinya fikir masak esok pagilah. Boleh bawa bekal pergi kerjakan?
Resepi kali ini ialah Buttermilk Chicken atau kata orang Melayu, Ayam Masak Mentega. Biasa makan kat kedai agak mahal, jadi apa kata cuba masak sendiri. Bahan pun tak rumit mana.
Bahan-bahan dan cara membuatnya seperti di bawah.
Bahan-bahan perapan ayam:
- 2 keping isi ayam bahagian dada dipotong dadu
- sedikit serbuk kunyit
- 1 biji telur
- sedikit garam
Bahan-bahan membuat kuahnya :
- 1 sudu butter
- 5 tangkai cili padi ( nak lagi pedas boleh tambah )
- 1 tangkai daun kari
- 4 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 biji bawang merah
- setengah tin susu sejat ( kalau nak kuah lebih, letak banyak pun takpe )
- tepung jagung ( untuk pekatkan kuah )
- sedikit gula dan garam sebagai perasa
Cara memasak:
- Gaulkan semua bahan perapan bersama isi ayam yang telah dipotong dadu dan kemudian perapkan paling kurang 15 minit. Kemudian goreng setengah masak dan ketepikan.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
- Kemudian masukkan butter. Tujuan butter dimasukkan kemudian kerana tidak mahu butter hangit bila ditumiskan terlalu lama.
- Tumis semua bahan seperti bawang putih, bawang merah, daun kari dan cili padi sehingga naik bau wangi.
- Masukkan susu sejat dan gaulkan sehingga mendidih.
- Masukkan sedikit garam dan gula sebagai perasa.
- Bila sudah mendidih, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.
- Akhir sekali, masukkan isi ayam yang digoreng tadi.
Siap!
Mudah bukan? Selamat mencuba.
Perhatian: Resepi di atas untuk hidangan seorang atau dua orang. Kalau ramai, just gandakankan sukatan bahan-bahan tersebut.