Thursday, April 26, 2012

Spontaneous Thursday #22: Kesilapan Diri Sendiri


 

Jangan pernah salahkan orang lain atas kesalahan kita sendiri. Hanya disebabkan kita, orang lain yang susah nanti. FAHAM!
Minta tolong klik iklan kat sini dan sini boleh? Tq 
 


Read More

Wednesday, April 25, 2012

Matriks & Tingkatan 6






Hai semua. 

Huuh, petang-petang macam nie best kalau dapat makan aiskrim nie. Peh, terasa nak makan aiskrim la pulak.. #Mana pakcik moto jual aiskrim nie? Jangan terliuar dengan aiskrim kat atas nie.. Itu hanya gambar hiasan daripada Mak Cik We Heart sahaja.. HAHA..
____________________________________

Akak bukan nak cerita pasal aiskrim, tapi nak cerita pasal keputusan Matriks yang baru sahaja keluar semalam. Haa, macam mana dengan adik-adik yang mohon matriks? Dapat tak? Area mana? Couse apa? #Eh, banyak tanya la pulak akak nie.. HEHE

TAHNIAH yew, kepada adik-adik yang dapat tawaran sambung belajar ke matriks. Huuh, bukan semua orang boleh dapat tawaran tu. Akak sendiri pun tak dapat tau tawaran sambung belajar kat matriks nie.. Sob..Sobb..

Ada mereka yang memang nak sangat masuk matriks. Ada juga yang tak nak masuk matriks. Tolak macam tu je. Alasan, matriks susah, peraturan ketat and macam-macam lagi lah.. Ish, belum masuk dah cakap macam tu. Ini mesti dengar daripada mulut orang ramaikan? 

Biasalah, nama pun matriks. Budak yang dapat tawaran sambung belajar kat matriks nie sememangnya bukan calang-calang budak.. Kalau SPM adik-adik boleh buat, insyaAllah kat matirks pun adik-adik boleh buat. Hee

Itu cerita matriks, belum lagi cerita pasal adik-adik yang dapat tawaran sambung belajar di Tingkatan 6. Bersyukurlah adik-adik walaupun hanya dapat tawaran itu. Walaupun, bagi adik-adik tingkatan 6 tak best la, kene sambung belajar kat sekolah lagi la and macam-macam lagi alasan, at least adik-adik dapat peluang untuk sambung belajarkan? INGAT! Tak semua orang dapat sambung belajar tau.

Apa salahnya kalau adik-adik masuk tingkatan 6 dahulu semestara menunggu panggilan dan tawaran daripada mana-mana IPTA and IPTS. Sekurang-kurangnya, masa adik-adik tak terbazir macam tu jew.. Hee, itu hanya satu cadangan. :)

Apa-apa pun itu semua terpulang pada diri adik-adik. Siapa yang nak belajar? Adik-adik sendiri atau kawan-kawan adik? Atau family adik? Hehe.. Jangan sampai salah membuat pilihan oke. Peluang hanya datang sekali. 

Itu sahaja dari akak. HEHE.. TAHNIAH sekali lagi kepada adik-adik yang telah dapat tawaran sambung belajar. Gd Luck oke!  bye bye 

P/s: Gelaran "akak" digunakan untuk mereka yang lebih muda dari aku..hewhew  :3

Minta tolong klik iklan sini dan sini boleh? Terima kasih 



Read More

Busy Dengan Bisnes






Hai hai dan hai! #Smile sampai telinga ^__^

Sebelum memulakan entry pertama aku untuk hari ini,  #macam ada entry lain pulakkan. HEHE aku menyusun sepuluh jari meminta maaf kerana ketidak"update"tan blog aku selama beberapa minggu ini. HEE~~

Bersawang sudah blog aku nie.. Haa, kejap kejap, amik bulu ayam nak kibas sawang-sawang yang ada.. Pehh, tebal jugak debunya.. Haa, inilah padanya bila tinggalkan blog begitu lama. HEE~~ Sorry yew!


Walau apa apa pun, aku bukan SENGAJA atau MALAS nak update. Tetapi kesebukkan aku dalam masa dua bulan nie, membantutkan aku untuk update blog. Busy girls la katakan.. HAHA..

Mesti korang tertanya-tanya, apa yang aku buat sampai blog terabai?

KERJE, adalah sebab kedua. Sebab pertamanya kerana sekarang nie aku makin busy dengan bisnes yang aku sedang buat nie.. HEE, bisnes kecil-kecillan sahaja. Bisnes ape? Akan aku bagitahu di next entry oke? HEHE..

Alhamdulillah, bisnes yang aku jalankan nie dapat sambutan daripada orang ramai. Terutama kepada kanak-kanak.. Haishh, aku bukan bisnes jual barang mainan oke. HAHA.. Walaupun kecil-kecillan, dapat jugak faedahnya..

So, nak buat bisnes nie bukan senang kan? Lebih-lebih lagi bisnes yang aku buat nie, perlukan kemahiran menjahit.. Yew, menjahit. HEHE.. Cubalah teka aku buat bisnes ape? Nama pun bisnes kecil-kecillan, aku buat bisnes nie seorang diri dan bantuan serba sedikit daripada ibu aku.. Al maklumlah, time banyak tempahan tu, tak cukup tangan dibuatnya.. 

Okelah,  aku stop sampai di sini sahaja. Hee, ini pun curi-curi masa nak update tau.. Cukuplah satu dahulu daripada takda kan? Hee, jumpe di entry akan datang. Take care awak awak semua. Bye bye

P/s: Walaupun blog nie tidak ber"update", still ada pembaca yang sudi singgah kat blog nie.. #terharu rasanya.. HEHE.. Tq ya. InsyaAllah, aku free time nanti aku BW kat blog korang oke! Nantikan kedatangan ku.. Hewhew :3



Read More

Monday, April 9, 2012

Ragam ABPBH 25





Jemput makan breakfast :D
Hai semua... 

Haii, kenapa muka masam jew nie?? Pagi-pagi kene ceria maa. Barulah rezeki mudah masuk. Dah dah, senyum ^______^

Seperti yang korang semua tahu dan sedia tahu, malam tadi telah berlangsungnya majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang telah berlangsung di Arena Of Star Genting Highland. Haa, bahangnya terasa sampai ka hari ini..

Mesti tajuk utama perbualan untuk hari ini berkaitan dengan ABPBH semalam.. Kan?? Haa, yewla.. "Eh, siapa erk dapat Anugeranh Bintang Paling Popular?" "Mati-mati aku sangka Izara Aishah menang, rupanya Tasha Shila" "Siapa Tasha Shila? Berlakon cerita ape?" Dan macam-macam lagilah..

Kat TL twitter, tak payah cakap.. For sure, hampir semuanya nak jadi wartawan.. Termasuk aku..HAHA.. Kepada mereka yang tak dapat tengok ABPBH semalam, baca kat TL twitter pun dah cukup... Semuanya lengkap.. Every second mesti ada yang update siapa menang.. Dan ramai jugak tau pengomen fashion artis-artis kite. Baju ini tak kena, baju ini terlampau over dan macam-macam lagilah. Si Didie Alias dok peragakan fashion tudung saji.. HAHA

So kat sini aku nak senaraikan nama-nama yang memenangi ABPBH malam tadi.

Senarai Nama Pemenang ABPBH 25:
Artis Baru Wanita Popular Tasha Shilla 
  Penyampai Radio Lelaki Paling Popular Faizal Ismail 
  Artis Komedi Wanita Popular Didie Alias 
  Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Datuk Sheila Majid 
  Pengacara TV Lelaki Popular Zizan 
Artis Baru Lelaki Popular Johan Ariff As’ari 
Pelakon TV Lelaki Popular Fizz Fairuz 
Penyampai Radio Wanita Popular Fara Fauzana
Pengacara TV Wanita Popular Fara Fauzana 
Artis Komedi Lelaki Popular   Johan Raja Lawak 
Anugerah Seri Perak Datuk Siti Nurhaliza 
Penyanyi Lelaki Popular Hafiz 
Pelakon Filem Lelaki Popular Aaron Aziz 
Pelakon TV Wanita Popular Fasha Sandha 
Pelakon Filem Wanita Popular Maya Karin 
Penyanyi Wanita Popular Yuna 

Kat sini juga aku nak tunjukkan beberapa gambar sepanjang ABPBH 25 berlangsung:


Tahniah kepada jejaka handsome Malaya yang disukai orang ramai iaitu Aaron Aziz kerana mendapat Anugerah Bintang Paling Popular untuk ABPBH 25. Jumlah kutipan undian paling terbanyak iaitu sebanyak 87 ribu.. Pehh, ramai sehh.. Mesti ramai awek-awek kat luar sana banyak mengundi nie.. HEHE


Datuk Siti Nurhaliza juga tidak dikecualikan daripada bertanding dalam kategori Anugerah Seri Perak. Dah kalau Datuk Siti bertanding, for sure lah menangkan. Tahniah Datuk Siti..HUHU


Walaupun ABPBH 25 kali ini Lisa tidak merangkul sebarang Anugerah, dia tetap di hati peminat-peminatnya. Persembahan Ombak Rindu lakonan Lisa malam tadi nampak real. Huuh, terperanjat den.. HEHE.. 



Ini pula Neelofa.. Cantik? HAHA.. Inilah pelakon terbaru gilaan jejaka kat luar sana. Muda lagi tau Neelofa nie.. HUHU

Ini pula Dona Danish dan Liyana. Comel jew mereka berdua nie.. Aku suka tengok dress Nora Danish. Dress kembang dia, pehh cantik gile *__*

Okelah.. Kalau nak cerita pasal ABPBH 25 memang panjang entry aku nanti.. Lagipun aku nie bukan wartawan nak cerita panjang lebar semua.. HEHE.. Nak tahu lebih lanjut sila rujuk laman web Berita Harian ok?

Sebelum aku akhiri ayat aku untuk entry ini, Tahniah kepada semua artis yang mendapat anugerah dalam ABPBH 25 kali ini.. (Y) Teruskan memberi yang terbaik untuk peminat korang semua.. Tanpa peminat, mungkin korang tidak dianugerahkan. HEE

Byebye  

#Gambar credit to [BlogBulanPurnama]


Read More