Friday, July 31, 2015

Fenomena 'Siapa Diana?'



Assalamualaikum. 



Sekarang, fenomena 'Siapa Diana' sedang hangat diperkatakan di laman sosial Facebook dan Twitter. Itu sebenarnya adalah experiment yang mahu dibuat pada perempuan terutamanya, adakah perempuan lebih cepat cemburu atau mementingkan kecederaan yang teman lelakinya atau suaminya alami. Jawapannya jelas lagi nyata. Hahaha




Ok, siapa sudah terkena? Hahaha. Nasib kita takda boyprenn. hekhek.

P/s: Kesian nama 'Diana' kena pick. Padahal 'Diana' tiada buat salah apa-apa. Hahaha







Read More

EkatikahCraft: Feedback Customer (1)



Assalamualaikum.



Last week ada seorang customer order bantal untuk majlis kahwinnya tidak lama lagi. Urgent juga katanya. Ok kebetulan masa tu tak banyak order, terimalah. Hari Ahad order, hari Selasa pos dan keesokkannya sampai.

Berikut di bawah adalah feedback customer. 






Customer happy hakak pun lagi double happy. Terima kasih. Saya jual ye. Hehehe

Nak order juga? WhatsApp di no 017-3050597 



Read More

Thursday, July 30, 2015

Menu Hari Raya



Assalamualaikum.

Semestinya pada Hari Raya pelbagai juadah dihidang untuk para tetamu yang hadir. Antara juadah istimewa pada hari raya semestinya rendang, ketupat dan lemang. Aku paling suka kalau time beraya rumah orang ada rendang dengan lemang. Rumah sendiri tak buat lemang, dapat makan kat rumah orang pun ok la kan. Hehehe

Juada hari pertama dan kedua raya di rumah ialah rendang daging, nasi impit dan kuah kacang. Semua itu masak malam raya sebelum balik kampung. Nasib kampung dekat, balik malam pun tiada masalah.



Juadah hari raya ketiga dan keempat pula nasi impit dan bihun sup. Rezeki mereka yang datang awal pagi, dapatlah merasa sup panas-panas. Campur dengan sesudu kecil kicap cili. Pehhh, berpeluh kau makan. Hahaha. Kicap cili ibu memang famous dengan pedasnya. 

Juadah hari raya kelima pula, nasi putih makan bersama lauk asam pedas serta beberapa lauk sampingan yang lain. Asam pedas ibu juga famous tau. Masak asam pedas ni pun sebab dapat request daripada Pak Lang. Sesiapa datang on that day, dapatlah merasa asam pedas ibu. Hehehe

Hari raya berikutnya tak tahu sebab dah balik Kajang. Hehe. Tapi biasanya kalau tetamu beritahu nak datang, ibu masak jugaklah yang mudah-mudah. Kalau yang tak beritahu nak datang tu, makan biskut raya kering dengan air oren sahaja la ye. Hahaha

Ramai yang bertanya, "Ika masak ke?" Edok le kome nak masak. Tak reti nak masak kuantiti yang banyak ni. Hahaha.  Masak untuk jamu orang ramai ni bukan mudah. Tapi bagi ibu dah biasa. Maklumlah, family sebelah ibu dan ayah ramai. Sekali datang serbu, 3 4 kereta. Hahaha.

Ok, menu raya korang pula apa? Hehehe




Read More

Monday, July 27, 2015

Facts About University Life



Assalamualaikum.


Sesungguhnya tidak dapat dinafikan zaman belajar dahulu adalah antara yang seronok bila di ingat semula. Lebih-lebih lagi zaman universiti. Hehehe. Rindu suasana belajar, rindu lecture, rindu kawan-kawan, rindu crush. Oppss. Tersyasyul pula kita. hahaha

Ok, jom tengok apa fakta sebagai seorang pelajar universiti. Hehe

















Eh, ada yang tertinggal satu fakta iaitu tengok movie ramai-ramai. Selalunya kalau esok tak ada kelas, pakat ramai-ramai tegok movie seram. Tutup semua lampu, speaker buka high volume. Sekali kena sergah, habis semua menjerit. Hahaha




Read More

Sunday, July 26, 2015

Masa Raya, Kalau Orang Tanya " Bila Nak Kahwin? "



Assalamualaikum.

Masa beraya rumah saudara-mara, banyak sangat dah orang bertanya "Bila nak kahwin?" "Dah ada calon belum?" " Kalau dah ada jangan tungu lama-lama" bla bla blaa. 

Alaa pakcik makcik nenek atok. Kita baru umur 22 tahun. Kerja pun baru setahun lebih. Diri pun tidak cukup stabil lagi. Banyak lagi yang perlu diperbaiki diri ni. Jodoh ajal mautkan semuanya ditangan-Nya. Sudah sampai seru, sampailah kad jemputan kahwin nanti. Hehehe



Agak-agak kalau lepas ni ada makcik-makcik tanya soalan yang sama, boleh tak nak jawab macam kat atas ni?  Opsss Hahaha    




Read More

Saturday, July 25, 2015

Perut Memulas Di Hari Raya



Assalamualaikum.

Menjadi kebiasaan bila hari raya pasti akan ada orang yang sakit perut atau erti kata lain, perut memulas. Biasalah bila macam-macam makan minum. Mungkin juga perut terkejut sebab sebulan puasa sekali pagi raya hentam makan macam-macam. Ye dok? Hahaha



Ubatnya hanya pil chi kit teck aun. Masa first day raya pulak kena. Haa, nak berjalan raya ke rumah orang pun tak selesa. Jadi awal-awal standby 2 kotak pil chi kit teck au dalam handbag. Rasa lain macam je perut, haa telanlah sekotak. Haa lega sikit.

P/s: Macam mana perut tak meragam, makan sambil minum air bikarbonat. Haa





Read More

Kad Raya Daripada Blogger Azhafizah



Assalamualaikum.

: Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin :

Seminggu sebelum raya yang lepas ibu beritahu ada sampul surat berisi kad raya dan kad nama sampai di rumah. Bila ditanya daripada siapa, entah katanya. Ibu cakap daripada bloggel ke blogger apa tah. Hahaha. Bukan apa, sebelum ni pernah juga sampai beberapa kad raya di rumah. Jadi awal-awal cakap dengan ibu, kalau kad raya sampai kat rumah semua tu daripada blogger. 

Memang sengaja gunakan alamat rumah di Melaka. Kalau rumah kat Kajang ni takut kadnya tak sampai je atau berkemungkinan hilang. Duduk appartment sewa yang share 3 orang ni faham-faham sahajalahkan. Hehehe


Berbalik pada topik asal. Kad yang cantik di atas adalah kiriman daripada blogger akak Fiza kita. Tq atas kiriman tersebut. Selamat Hari Raya Kak Fiza 


P/s: Ada beberapa blogger beritahu yang mereka sudah terima kiriman kad raya yang aku janjikan nak beri pada mereka yang awal memberi details nama dan alamat. Pada mereka yang tidak dapat tu, insyaAllah next year raya ada lagi. Hee. 



Read More

Wednesday, July 15, 2015

Wordless Wednesday #55: Raya Dulu Vs Rasa Sekarang



Assalamualaikum.







Read More

Tuesday, July 14, 2015

Raya Pertama Be Like ....



Assalamualaikum.

Raya pertama be like . . . . . 

1) Bangun pagi raya

Selalunya bangun pagi raya agak lambat sikit. Sebab apa? Malam tadi pergi downtown duk mencari barang raya kononyalah. Balik pukul berapa pagi entah. Hahaha. Menjadi kebiasaan bila malam raya keluar bersama saudara-mara yang lain. Barang raya dah ada sebenarnya. Cuma nak berjalan je lebih. Maklumlah lama tak berkumpul. Hehe

2) Kasut raya hilang di masjid



Semenjak pernah hilang kasut di masjid, pergi masjid sekarang pakai selipar je. Siapa entah yang dajal duk curik kasut orang. Pernah sekali balik daripada masjid berkaki ayam. Serik ok. Hahaha

3) Baju raya

Bila sudah berjumpa saudara-mara, mesti akan ada perbualan seperti "wah, cantiknya baju raya kau. " "Beli kat mana?" dan bla bla bla. Terutama pada budak-budak kecik. Hehehe. Masing-masing nak cakap baju raya masing-masing cantik.

4) Perancangan perjalanan beraya ke rumah saudara-mara

Ini family aku selalu buat. Sebelum bertolak pergi beraya rumah saudara-mara, mesti plan dahulu. Rumah siapa nak pergi dulu, rumah siapa pergi kemudian. Maklumlah, nak raya semua rumah untuk satu hari memang patah kaki. Hahaha. 

5) Rancangan televisyen


Bila tiba hari raya, pasti banyak rancangan televisyen yang best-best akan ditayangkan. Pernah jugak tangguh nak beraya sebab nak tengok rancangan televisyen yang best tu. Hahaha. Ayah sampai cakap
" Nak ikut ke tidak? Taknak tinggal. " Ok berlari pergi bersiap. Takut kena tinggal punya pasal.

6) Duit raya



Teringat masa zaman dapat duit raya. Bila dapat sahaja sampul duit raya, perkara pertama yang dibuat mesti check berapa jumlah yang dapat. Duit biru ka, duit hijau ka, duit merah ka. Hahaha. 

Untuk lebih jelas, tengok video di bawah. Selamat menonton. hehe







Read More

Cuti Raya & Balik Kampung



Assalamualaikum.


Nampaknya ramai sudah mula gerak balik ke kampung halaman masing-masing. Maklumlah, raya tinggal beberapa hari lagi. Ada yang dapat cuti raya awal, balik kampung halaman pun awal la. Gerak awal mungkin jalan tidak sesesak mana. Tapi kalau balik malam raya ke sure sesak habis. Lebih-lebih lagi mereka yang nak balik ke Utara.



Bertuah mereka yang dapat cuti raya awal. Aku kat sini masih bekerja. Khamis baru mula cuti sehingga Rabu minggu hadapan. Adalah dalam seminggu macam tu. Itu pun apply 2 hari cuti tambahan tolak cuti tahun. Hahaha

Badan kat tempat kerja, tapi fikiran dah duk fikir kampung halaman. Mood nak beraya tu tak boleh lawan mood nak kerja ni. Buat kerja sambil dengar pula lagu raya. Pehh, lagi meronta-ronta hati ni nak balik kampung. Hahaha

InsyaAllah esok lepas kerja terus gerak balik kampung Melaka. Kalau lambat nanti takut jalan sesak. Ada juga yang berbuka dalam kereta nanti. 

Korang sudah mula cuti raya? Bila balik kampung? Atau sekarang dah ada kat kampung? Hehehe.





Read More

Monday, July 13, 2015

Pengalaman Pertama Online Shopping Di Lazada



Assalamualaikum.


Sempena Hari Raya yang bakal tiba tidak berapa lama lagi, begitu banyak sale di adakan. Tidak terkecuali online shopping, Lazada. 

Jumaat yang lepas lepas ada beli barang online di Lazada.com.my. Ikutkan ini kali pertama beli online di lazada. Sebelum ni beli barang online yang kat instagram ataupun facebook. Tapi sebenarnye jarang jugak beli barang online ni. Lebih berpuas hati beli sendiri. Baru puas hati kan? Untuk yang betul2 perlu dan memang tak dapat nak pergi beli sendiri barulah beli online.

Jadinya hari tu gatal tangan nak beli power bank. Sudah lama mencari sebenarnye tapi susah nak jumpa power bank design transfomer. Kenapa transfomer? Sebab nampak cool. Hahaha. Kebetulan nampak iklan ads di facebook, ada sale untuk power bank pineng design transfomer oleh Lazada. RM49 sahaja. Harga asal RM70 kalau tak silap. Apa lagi, tanya kawan ok ke tidak beli kat Lazada ni, boleh percaya ke, original ke? Haa amek macam-macam aku tanya. Iyalah, tak pernah beli kat Lazada. Hehehe

Setelah dapat jawapan yang positif, terus decide nak beli. Senang je sebenarnya nak beli online di Lazada. Ikut step seperti yang disuruh dan pilih nak buat pembayaran melalui apa. Aku memilih untuk cash on delivery. 



Lazada akan memberi details barang yang di shipping melalui sms seperti di atas. So korang tak perlu risau barang korang tak sampai ke ape ke. 


Order 3hb dan barang sampai 6hb. Cepatkan? Yeahh, barang sampai dengan selamatnya. Lepas ni tak perlu risau modem asyik habis bateri. Hehehe

Beli barang online biasalah kita akan ragu-ragu barang yang dibeli itu original atau tidak. Jadinya aku checklah power bank pineng ni original ke tidak dengan menggunakan code yang diberi oleh pineng. Yeahh, original. Hehehe

So lepas ni tidak perlu ragu-ragu untuk membeli barang online di Lazada. InsyAllah semuanya ok dan waranti daripada lazada juga diberi.


Selamat Shopping Online di Ladaza.com.my  



Read More

Saturday, July 11, 2015

Meow Pun Nak Baju Raya



Assalamualaikum.





Apa, ingat orang je nak baju raya baru? Meow pun nak baju raya baru ok. Hehehe. Comel tahap infiniti. Kalau aku ada kucing sendiri pun nak pakaikan baju cantik-cantik. Ishh geram geramm.   

- Kredit gambar dalam page fb kucing ^^-



Read More