Tuesday, December 20, 2016

Resepi Pizza Flexseed Bread Atkins



Assalamualaikum.

Semalam buat flexseed bread ada lebih 2 potong. Selebihnya itu ingat nak buat lain daripada yang lain. Semalam sandwish flexceed bread. Hari ini?


Yehaaa. Hari ini ada sedikit kerajinan untuk buat sesuatu yang berbeza daripada menu breakfast hari-hari biasa. Maka terhasillah Pizza Flexseed Bread Atkins. Resepi seperti di bawah. Heee

Resepi Pizza Flexseed Bread Atkins

Bahan-bahan yang diperlukan:
- kepingan roti flexseed
- timun jepun
- isi ayam
- lada benggala merah dan kuning
- bawang
- mozzarella cheese
- butter unsalted
- garam secukup rasa

Cara-cara menyediakan:
- panaskan oven selama 5-10 minit pada suhu 180ºC
- tumiskan bawang, lada benggala dan isi ayam sekali
- hiris timun jepun dan mozzarella cheese nipis-nipis
- sapukan permukaan atas kepingan roti flexseed dengan sedikit butter unsalted
- susun hirisan timun jepun mengikut kesukaan kauorang pada lapisan pertama
- dan kemudiannya letak isi ayam yang sudah ditumis bersama bawang dan juga lada benggala tadi pada lapisan kedua
- lapisan terakhir sekali, letakkan hirisan mozarella cheese
- bakar selama 20 minit dan siap!


Rasa rangup dan cheesy bila di makan panas-panas. Nak sedap lagi, makan bersama sos cili padi Taste Me ataupun mayonis kewpie. Ushh, kenyang teruk. Blurppp, alhamdulillah. Hahaha

Sukatan untuk resepi di atas agak-agak sahaja. Kalau nak olah sedikit resepi pun boleh. Makan ikut selera masing-masing.  Apa-apa pun jangan terlebih sukatan pula ye. Nanti tak jadi menu Atkins dah. Hehehe.

Ok, selamat mencuba. 



Read More

Monday, December 19, 2016

Resepi Flexseed Bread Atkins



Assalamualaikum.

Setiap kali tengok ibu ayah makan roti, ishh tergugat kau nafsu. Hahaha. Mana taknya, diet atkins dilarang tegas daripada makan roti oke!. 

Untuk mengelakkan diri daripada 'craving' terlalu lama nak makan roti, maka terhasillah flexseed bread atkins. Yeahhh. Tak perlu terliur lagi bila tengok ibu ayah makan roti. Hahaha

Resepi Flexceed Bread Atkins
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 6 sudu besar flexceed
- 3 biji telur
- 1/2 sudu kecil asen vanila
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- secubit garam

Cara-cara menyediakan:
- panaskan oven terlebih dahulu selama 5-10 minit pada suhu 180ºC
- kisar flexseed sehingga hancur
- pukul kesemua telur sehingga kembang
- campurkan kesemua bahan ke dalam telur yang sudah dipukul tadi dan kemudiannya gaul sebati
- tuang ke dalam acuan dan bakar dalam oven pada suhu yang sama selama 30 minit


Ok siap flexceed bread kita. Ushhh, bau vanila buat makin tak sabar nak makan. hahaha


Bila dah siap tu, depends la pada kauorang nak buat apa. Nak makan cecah sambal telur atkins boleh, makan dengan chocolate atkins boleh ataupun makan sahaja macam tu pun sedap tau. Aku apa lagi, terus buat roti telur flexseed, Letak cheesedale. Padu beb. Hahaha

Ok. Selamat mencuba pada mereka yang 'craving' nak makan roti dalam masa proses berdiet tu. Alaa, ada sahaja cara cuma kita perlu rajin. Hee, malas? Hadaplah telur rebus tu hari-hari ye. 




Read More

Friday, December 2, 2016

I'm Sorry...



I'm SORRY . . .
For what?

For loving you to much...
For missing you...
I'm sorry for wanting to see you everyday...
For always thinking about you before going to sleep...
For feeling upset, if I don't see you..
For wanting to be your side...
I'm sorry wanting to make you happy...
for wanting you to be part of my life...
for trying make you smile...
I'm sorry for bothering you...
for dreaming about you everyday. Yes everyday!
I'm sorry for getting mad, jealous and sad...
I'm sorry for being just a simple game...
I'm sorry for thinking that you LOVED me...
for annoying you with my call and messages...
I'm sorry for caring about you... caring SO MUCH!
I'm just.... 
Sorry for every single mistake I made.
I've tried my best.

I really really miss you, Abang. If you reading this, can you call me and said, "I miss you to my dear"?  

" Apologizing doesn't always mean you're wrong and the other person is right. It means you value your relationship more than your ego. "



Read More

#30dayschallenge : Day 2



Assalamualaikum.





Hari kedua.
 Alhamdulillah pagi tadi cuaca baik-baik sahaja. Sejuk je sebab seharian semalam hujan. Jadi, pagi tadi dapatlah jogging seperti biasa. 


Menu untuk hari ini.

Seperti biasa, lepas sahaja jogging akan minum air lemon suam ditambah dengan rendaman chia seed. Lemon suam bagus diminum sebelum makan apa-apa. Senang cerita masa perut kosong.

Salad, telur goreng dan tomato cherry di makan bersama mayonis kewpie sebagai breakfast. Tomato cherry bersukat ye anak-anak. Hehehe. Manakala untuk tengah hari pula, sup sayur ikan dorry menjadi pilihan. Ini first time ikan dorry dimasak sup. Sebelum ni makan grill je. Boleh tahan juga bila dimasak sup. Yang penting masak sendiri ok! Hahaha

Menu malam pula makan sambal telur, ikan masak singgang dan salad. Ingat! Makan malam sebelum pukul 8 malam ye. Sebelum tidur, minum jasmine green tea. Green tea bagus diamalkan sehari sekali terutama sebelum tidur. Limit sehari 1 liter sahaja ye.

Ok. Esok nak masak apa pula ye? Heee



Read More

Thursday, December 1, 2016

#30dayschallenge : Day 1



Assalamualaikum.



Alhamdulillah, hari ni dah masuk 1 Disember 2016. Ini bermakna ini bulan terakhir untuk tahun 2016. Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru kan. Sekejap sungguh masa berlalu. Sampaikan blog yang terabaikan sekian lama pun tak perasan. Ehhh. 

Ok. Setiap kali nak tiba tahun baru, mesti akan macam-macam azam kauorang kan? Ni dah hujung tahun. Apa macam dengan azam tahun 2016 kauorang? Ada yang sudah tercapai atau belum? Hehehe

Salah satu azam 2016 aku adalah untuk dapatkan berat badan ideal yang diidamkan. Heee. Hampir nak capai dah. Cuma kena usaha sikit lagi. Yeahh I know I can do it!

Jadi bersempena bulan Disember adalah bulan terakhir untuk tahun 2016 dan merupakan bulan terakhir untuk capai azam 2016, aku decide untuk beri cabaran pada diri sendiri iaitu '30 days challenge'. 

Apa yang dibuat sepanjang #30dayschallenge? Sepanjang 30 hari ini, aku akan amalkan pemakanan 'clean diet' beserta senaman kardio setiap hari. Yeahh setiap hari. Clean diet yang diamalkan adalah mengikut diet atkins dan senaman kardio pula adalah jogging atau cycling.

Pagi & tengah hari: Ayam goreng, ikan goreng dan salad hijau
Malam: Ikan bakar sekerat dan green tea Jasmine dicampurkan sekali dengan chia seed

Yes. Aku sudah berjaya buang berat sebanyak 30kg dengan amalkan diet atkins beserta senaman sebelum ni. Alhamdulillah. Bersyukur sangat. Sekarang nak sambung buat atkins bukan bermakna berat naik, tapi badan sudah biasa dengan diet atkins daripada diet-diet yang lain. Jadinya, menu untuk hari pertama #30dayschallenge adalah seperti di atas.


Senaman kardio adalah salah satu senaman cepat untuk penurunan berat badan. Yes. Semenjak bulan lepas, sebelum pergi kerja, aku akan curi sedikit masa untuk jogging ataupun cycling selama 30 minit. Tapi kebanyakkannya jogging. Jogging area kampung sambil hirup udara pagi yang segar. Heee

Kita tengok nanti hasilnya, sejauh mana #30dayschallenge ni membantu aku untuk dapatkan berat idaman sebelum 2017. InsyaAllah. Dulu 30kg boleh buang macam tu je kan dan kenapa tidak sekarang. Hehehe. 


Read More

Friday, October 7, 2016

Drama Thai Favorite: The Princess (Luerd Kattiya)



Assalamualaikum.


Siapa ingat lagi dengan drama Thailand,  The Princess (Luerd Kattiya)

Haa, mungkin budak-budak zaman sekarang layan drama seperti Suamiku Paling Sweet, Sayangku Kapten Mukhirz, Abang Bomba I Love You dan macam-macam lagilah.

Tapi zaman aku budak-budak dulu, drama Thai The Princesslah yang aku akan tengok setiap kali balik sekolah. Kalau tak silap, siaran di TV2. Sampaikan sanggup tak pergi tukar baju apa semua. Nak tengok Dalakumari yang cantik dan Anothai yang handsome punya pasal. Hahaha


Addicted dengan drama ini sampaikan aku berangan-angan nak cantik macam Princess Dalakumari dan kahwin dengan Anothai tau. Hahaha. 

Bila ingat balik, rasa nak tengok semula semua episod. Ada tu memang ada. Tapi tak lengkap semua episod. Ke kauorang tahu mana-mana link yang ada siarkan full episod? Mehh le share. Heee

P/s: Dulu berangan nak kahwin dengan Anothai, sekarang berangan nak kahwin dengan awak (Mr K). Ehh. Heee 


Read More

Tuesday, September 27, 2016

Eats And Treats Bakery



Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selain menceburi dalam bidang perniagaan craft dan fotografi, baru-baru ini dengan beraninya diri ini telah menceburkan diri dalam bidang baru iaitu bakery.



Eats And Treats Bakery nama diberi.
Orang kuat disebalik Eats And Treats Bakery adalah terdiri daripada 4 orang iaitu aku sendiri, ibu, ayah dan dia. Heee. Thanks awak sebab pilihkan nama ni. 





Eats And Treats Bakery lebih fokus menerima tempahan Kek Brownies dan Congor Bar. InsyaAllah kami akan pelbagaikan lagi jenis kek yang sedap dan menyelerakan. Stay tune oke! Hehehe 

Kami base on Alor Gajah, Melaka. Mereka yang tempah boleh direct pick up di rumah atau kami boleh delivery pada anda. Mudah dan lebih cepat bukan?  Tetapi buat masa ini kami hanya menerima tempahan pada hujung minggu sahaja.

Untuk tahu update terkini daripada kami, bolehlah follow akaun Instagram kami seperti di bawah 

Jom support Eats And Treats Bakery 




Read More

Thursday, July 28, 2016

Spontaneous Thursday #61: Only 4 Words.



Assalamualaikum.


Dalam diam, bayangan kau sentiasa muncul dalam ingatanku.
Dalam diam, suara kau terngiyang-ngiyang ditelingaku.
dan
.
.
.
.
.
.
.



Dalam dalam diam juga, nama kau sentiasa ada dalam doaku. 
Only 4 words. I still love you.



Read More

Thursday, June 16, 2016

Spontaneous Thursday #60: Jodoh Itu Rahsia Allah S.W.T



Assalamualaikum.

- Wedding Nasrul + Norhayati -

"Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, Sehebat mana kita merancang, Selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, Jika ALLAH s.w.t tidak menulis jodoh kita bersama insan yang kita kasihi, kita tetap tidak akan bersama dengannya."

Kuatkan aku dan dirinya, Ya Allah 


Read More

Wednesday, June 15, 2016

Resepi: Apam Balik Cheesy Atkins



Assalamualaikum.

Setiap kali selepas bersahur, dalam kepala akan sentiasa berfikir menu apa untuk berbuka petang nanti. Diri ini tak kisah kalau menu yang sama hari-hari. Cuma bulan puasa ni, mood memasak lain macam. Rajin bukan main. Hehehe

Jadinya semalam memilih untuk memasak Apam Balik Cheesy Atkins. Resepi penuh seperti di bawah.

Resepi Apam Balik Cheesy Atkins



  Bahan-bahan:
- isi ayam di hiris nipis-nipis (perap dengan mix herb, lada hitam dan garam selama 15 minit)
- telur 4 biji (telur saiz c)
- timun jepun
- lada benggala
- cili merah

- cheddar cheese slices Anchor 1 keping


- sesudu cheese Parmesan
- secubit garam

 Cara-cara membuatnya:


- salaikan dahulu isi ayam yang diperap dan kemudian ketepikan
- pecahkan kuning telur dan putih telur dalam mangkuk berasingan


- pukul putih telur menggunakan mixer sekuat hati sehingga likat seperti buih


- campurkan putih telur dan kuning telur dan kacau rata
- masukkan sedikit garam dan kacau rata lagi


- tuangkan adunan dalam kuali yang panas dan tutup seketika selama 5 minit


- kemudian buka penutup dan susun semua bahan-bahan seperti hirisan ayam, hirisan timun jepun, lada benggala, cili merah dan cheese


- yeahhh, adunan naik dengan kembangnya. Hehe. Cheese pun dah mula cair


- ok siap. Alihkan ke dalam pinggan dan kemudian lipat dua macam apam balik. 


Hidangkan bersama salad. Ushh, dapnyeee. Hehehe. Masa berbuka makan sepotong dan balik teraweh sambung sepotong lagi. 

Pada sesiapa yang tak tahu nak masak apa untuk juadah berbuka puasa hari ini, boleh la cuba resepi di atas. Serius, sedappp macam makan apam balik. Hikkkks

Selamat mencuba 

Kita dah share resepi, minta tolong klik love-love di bawah boleh? Terima kasih. 
    



Read More

Tuesday, June 14, 2016

Resepi Keropok Lekor Atkins



Assalamualaikum.

Siapa di sini penggemar keropok lekor? Yeahh kita geng!. Hehehe. Tetapi ada satu masalah, di mana mereka yang amalkan diet atkins tidak lulus untuk makan keropok lekor. Seperti yang kauorang semua tahu, keropok lekor mengandungi campuran tepung dan tepung sama sekali tidak dibenarkan dalam diet atkins.

Jadi untuk melepaskan teringin nak makan keropok lekor, why not kita buat sendiri. Bila dicari, wahh mudah sebenarnya nak buat keropok lekor. Cuma bahan seperti tepung, kita elakkan. Resepi penuh seperti di bawah.

Resepi Keropok Lekor Atkins

Bahan-bahan:


- 10 ekor ikan pelaling/kembung/selayang di ambil isinya sahaja
- 1 sudu lada hitam yang dikisar/ditumbuk
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- garam secukup rasa

Cara-cara membuat adunan:
- ambil isi ikan sahaja dan asingkan ke dalam mangkuk blander
- campurkan isi ikan bersama serbuk lada hitam dan garam


- blandkan semua bahan sekali sehingga hancur menjadi satu adunan


- masukkan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat dan gaulkan sebati
- biarkan adunan selama 10 hingga 15 minit
- bentukkan mengikut bentuk kesukaan dan sedia digoreng dalam minyak yang panas


Siap! Heee 

Ibu ayah siap cakap nanti nak buat menu untuk Hari Raya. Rezeki siapa datang beraya dapatlah merasa. Hehehe

Ok, selamat mencuba 


Read More