JERAWAT???
Siapa kat sini SUKA akan kehadiran JERAWAT? For sure la kan TAK MAU! Tapi tak tahulah kot ada yang SUKA bila JERAWAT tumbuh.
Asal JERAWAT tumbuh je, mulalah gelabah taik anjing. HiHi. Terutama kalau tumbuh di tempat yang mudah kelihatan. Macam hidung dan dahi. Merah-kemerahan gitu. HAHA
So, kat sini aku bukan nak share bagaimana mahu selesaikan masalah jerawat nie.. Tapi aku nak share something yang berkaitan Punca Wajah Berjerawat. Nak tau, meh scroll bawah lagi
Mesti ramai kat luar sana termasuk anda-anda semua tidak tahu, pemakanan kita juga boleh menyebabkan wajah berjerawat. Aku sendiri nie pun baru tahu. Heee
First : Makanan yang bergoreng
Huraian: Pengambilan lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Ini akan menyebabkan sel-sel kulit tidak berfungsi dengan baik. Dan akibatnya, jerawat dan penyakit kulit yang lain akan wujud.
Second: Makanan yang tinggi gula
Huraian: Gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan jangkitan bakteria yang merupakan salah satu sebab tumbuhnya jerawat. Gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum.
Third: Makanan yang tinggi karbohidrat
Huraian: Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hampir kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya berlebihan, maka masalah kesihatan diabetes dan jerawat boleh berlaku
Mungkin betul juga sebab kat atas nie. Tapi mungkin juga tak. Aku bukanlah doktor nak pastikan semuanya betul. Muahaha..
Ada sesetengah orang cakap, jerawat nie tumbuh menandakan orang tu sudah matang. Tak pun, terlalu banyak berangan. Berangan nak jadi sepandai-pandai orang kat luar sana ... Berangan nak bf kacak.. Berangan nak kahwin umur berapa.. HAHA.. *Itu aku*
Okelah. Seperti yang aku cakap tadi, aku bukan doktor nak bagi penerangan dengan lebih lanjut. Mana yang aku tahu, itulah yang akan aku share. Sharing is caring right? HekHek
Thats all. Byebye
Read More