Assalamualaikum.
Ketam selalunya sedap dimasak sup, kari atau goreng berlada. Tetapi untuk hari ini, sedikit kelainan. Mungkin bagi kauorang dah biasa, tetapi tidak bagi aku. Selalunya makan kat kedai je. Kali ini aku cuba masak sendiri. Bukan apa, masak sendiri lebih puas betul tak? Sedap tak sedap belakang cerita. Hahaha. Resepi Salted Egg Crab seperti dibawah.
Resepi Salted Egg Crab
Bahan-bahannya:
- bahan utama semestinya ketam. Aku beli ni tak sampai sekilo. Ada dalam 14 ekor macam tu. Cuci dan siap belah dua. Haa jadilah banyakkan? Hahaha
- 7 ulas bawang putih, daun kari 2 tangkai, cili padi 6 biji dan 5 biji kuning telur masin. Kalau nak lebih pedas, boleh tambah lagi cili padi.
- Butter 4 sudu. Butter banyak jenis. Aku beli mana yang ada kat 99 Speedmart je. Hahaha
- Tepung jagung
- Susu cair
- Gula sebagai perasa
Cara-cara penyediaan:
1- Langkap pertama ialah ketam yang sudah dibasuh bersih tadi digaulkan bersama tepung jagung.
2- Gorengkan ketam di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Selepas itu ketepikan.
3- Menggunakan kuali yang lain, cairkan butter terlebih dahulu.
4- Kemudian, tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
5- Selepas itu, masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan.
5- Masukkan 6 sudu susu cair dan kacau sehingga sebati. Tambah sedikit gula sebagai perasa.
6- Kemudian masukkan kesemua ketam yang digoreng tadi dan gaul rata.
Salted Egg Crab siap! Sedap dimakan panas-panas bersama nasi panas.
Oleh kerana aku on diet, aku makan dengan roti je. Suami aku lagi dasyat. Ratah gitu je. Hahahah
Selamat Mencuba
Read More