Wednesday, May 9, 2012

3 Hari 2 Malam Di Putra, Kuala Lumpur





Hai semua.. 

Hari nie aku just nak share beberapa gambar yang sempat aku snap semasa aku dan rakan-rakan aku hang out kat Kuala Lumpur hari tu. Tak banyak mana pun, adalah dalam 10 hingga 20 keping. Hee, itu pun banyak masa dekat Theme Park, Berjaya Times Square.

Apa lagi, jom layan ~~ 



















Okelah. Itu sahaja kot gambar yang dapat aku share. Nak share semua memang tak dapat lew.. Satu gambar nie mempunyai saiz yang besar. So, nak upload memang take a long time la kan.. HEHE.. 

Biasalah, kalau aku tuan punya camera, memang tak ada la gambar aku. Bukan apa, aku nie jenis yang TIDAK SUKA AMBIL GAMBAR SENDIRI.. HIHI. Harap maklum. Sekian.

P/s: To Aziah, Nang and Syira, best sangat hangOut dengan korang walaupun kaki aku rasa macam nak tercabut masa tu. Ala, bukan selalu kan. HEHE.. Tapi sayang hanya kite berempat sahaja. Apa boleh buat. Yang lain BUSY. InsyaAllah, next time kite hangOut dengan semua gegirls oke. HAHA. 

Minta klik iklan sini boleh? Tq 



Read More

Thursday, May 3, 2012

Spontaneous Thursday #22: True Friends



True friends are always there whether you're happy or sad. No matter what happens.
P/s: Kalau rasa statement di atas nie betul, sila klik LIKE

Minta tolong klik iklan ini boleh? Tq


Read More

Wednesday, May 2, 2012

LAKSA KATONG


 


Hai semua #sambil kenyit-kenyit mata.. HAHA

Haa, terliuar anda anda semua apabila tengok makanan kat atas nie?? .. Kepada mereka mereka yang tidak terliuar dengan makanan di atas, mesti ada something wrong tu.. Haa Haa..Tatayok.. :3

Hehe.. Btw, korang tahu tak makanan apa yang aku tayangkan kat atas nie?? Kang cakap panjang lebar, ada pulak yang terkial-kial tak faham apa yang aku maksudkan.. Sebenarnya, inilah dia LAKSA KATONG atau lebih dikenali LAKSA NYONYA..

Mesti korang tak pernah dengarkan LAKSA KATONG? Bunyi KATONG tu macam pelik je kan? Tapi kenyataannya, pelik itulah sedap. Nyum nyum :D

Aku dah lama sebenarnya nak cuba makan Laksa Katong nie.. Mencari-cari tapi tak semua kedai makan ada buat laksa nie.. So, malas nak cari cari dan cari apa lagi, buat sendirilah.. Incrediant senang dan simple sahaja. Dan gambar kat atas nie lah hasilnya.. Haa, tak percaya?? HAHA.. Ini kenyataan oke! Bukan mainan.. xD

Serius Laksa Katong nie lebih sedap dari Mee Kari sehh! Makan sekali, comfirm nak tambah lagi.. HEHE.. Bak kata ayah aku, boleh la menu Laksa Katong nie dibuat pada Hari Raya nanti. Yewla, biarlah tahun nie berlainan sedikit.. HEEE~~

So, sesiapa yang belum pernah makan LAKSA KATONG, Hari Raya nanti jemputlah datang rumah. Dapatlah merasa masakan air tangan aku sendiri.. Ceh cehh.. Tak sedap mana pun. Tapi kalau ayah makan, comfirm tambah dua tiga mangkuk lagi.. HAHA

Okelah. Itu sahaja cerita LAKSA KATONG .. Nak share resepi, aku nie bukan pandai sangat bab memasak nie. Tapi boleh la untuk diri sendiri dan family makan.. HEHE.. Alarh, senang je resepi dia. Korang just search kat Pakcik Google or Pakcik Yahooo "Resepi Laksa Katong". Mesti berderet-deret Pakcik Google or Pakcik Yahoo senaraikan.. Cer terai cer terai.. HIHI

Byebye ^^

P/s: Lepas nie nak try resepi ape plak erk? Any idea? :P

 


Read More

Tuesday, May 1, 2012

Entri 1 Mei


 



Hai semua.. 

Alhamdulillah hari nie sudah masuk 1hb5 #lagi beberapa jam dah nak masuk 2hb5. Selamat Datang untuk bulan Mei dan Selamat Tinggal untuk bulan April. InyaAllah, next year, kita jumpa lagi ok April? ^_- HEHE

Setiap hari, bulan, tahun mahupun minit atau jam, mesti ada sesuatu perkara yang membuatkan kita ingat sampai sekarang. Bak kata orang, peristiwe manis mahupun pahit, mesti ada punya.. kan? kan?

Bulan April nie tak banyak kot peristiwe manis or pahit dalam hidup aku. Al-maklumlah, banyak menghabiskan masa kat rumah sahaja. Sedang menikmati cuti sem yang semakin hari semakin nak habis.. HEE

Tapi, ada satu perkara yang bagi aku penting dan aku mesti mentionkan kat sini. Untuk pengetahuaan awak awak dan awak, #kalau tak nak tahu, takyah bace >_<' awal bulan April hari itu, #tak sure berapa haribulan blog aku nie genaplah 2 TAHUN beroperasi.. Cehceh.. Dah sebulan baru perasan yang blog aku dah berusia 2 TAHUN..HEHE

So, sekarang ada la dalam 2 Tahun 1 Bulan beroperasi kot.. HEEE, tak tua mana pun. Kalau baby 2 tahun nie, kire dah boleh berjalan dah.. Kan kan? Tapi blog aku tak la sampai berjalan berlari.. HAHA

Walau berapa usia pun blog aku nie, 100 tahun pun aku tetap sayang yang teramat kat blog aku nie.. Huuh, cium sikit.. Muah muahhh.  :3

Kat blog aku nie lah aku luahkan segala isi hati aku sepanjang aku mula berblogging. Kalau korang ikuti perkembangan blog aku, mesti korang tahu punya apa kisah silam aku dulu.. Eh, ke situ pulak aku bercerita..Opss, sorry ya.. HAAHAA

Okelah. Kalau nak bercerita panjang pasal blog aku nie, memang tak sempatlah kot. Banyak gila kalau nak diceritakan. Its oke. Kalau ada kelapangan masa, akan aku kongsikan apa kisah sepanjang aku berblogging. Hee, wait naa!

Aku akhiri entry aku untuk kali ini dengan "Welcom May. Please be nice to me yaa! Hope everything become easy. InsyaAllah. Amin"

P/s: Hari nie hari pekerjakan? So, holiday time la kan? Pergi jalan mana je? Hehe.. 
 


Read More