Sebelum baca entry, sila baca dan fahami apa yang cuba disampaikan dalam gambar di bawah
Dah baca? Faham? Kalau tak faham, baca dua tiga sepuluh kali sampai faham.. Hekhek
Actually, aku dapat info kat atas ini melalui MukaBuku. Maklumlah, MukaBuku sekarang dah macam berita
Tak tengok berita pun boleh tahu itu ini. Info yang tak sepatutnya tahu, pun boleh tahu..
So, apa pendapat korang tentang statement dalam gambar itu

Adakah ia benar

Atau rekaan semata-mata

Secara jujur aku mengatakan, mesti ramai photographer kat luar sana agak terkejut dan tidak setuju dengan statement dalam gambar tu. Aku sendiri, sebagai photographer junior pun agak terkejut.
Nak kata salah statement tu pun tak boleh jugak. Bila difikirkan banyak kali, betul jugak tu. "Ambil gambar tanpa IZIN (Candid Photo)" "Gambar-gambar yang tidak menutup AURAT"
Tapi, bila difikir-fikirkan balik, bagaimana dengan mereka-mereka yang menjadikan bidang photography ini sebagai sumber rezeki mereka

Candid photo, gambar yang tidak menutup aurat, itu semua sudah menjadi gambar kebiasaan. Ada orang kata "Candid photo lagi cantik" Yes, itu aku akui.
Gambar-gambar yang tidak menutup AURAT

Seperti yang tersedia tahu, tak semua orang menutup aurat walaupun itu perkara WAJIB. Kan

Begitu juga model. Tak semuanya model muslimah. So, bagi photographer yang mengambil upah shoot gambar model tu macam mana

Bukan niat nak mempertikaikan statement dalam gambar tu, tapi just nak kongsi apa yang aku tahu dalam bidang photography nie. Selebihnya, diri sendirilah fikir-fikirkan. Memang agak sukar untuk menjadi photographer yang berunsurkan Islam. So, sendirilah tanggung dosa-dosa itu. Heee

P/s: Bila seorang photographer memberikan hujahnya, macam inilah rupanya.. HAHA..
*dah lama tak taip entry panjang berjeler
*
Otak-otak game. Jom try. Klik
sini
Whats next after exam SPM? let's see
here