Monday, November 26, 2012

MAHA International 2012



Entri kali ini banyak berunsurkan gambar.. Aku hanya ingin tunjuk beberapa gambar semasa aku pergi ke program MAHA International 2012, di UPM yang dianjurkan oleh MARDI..Wuu, banyak jugak gambar yang aku snap.. HIHI

"Haii, jemput makan semua" HAHA

"Apa kau nak haa??" *muke cari gaduh*
"Janganlah ambil gambar kite, malu kiteww.. Hewhew.."
"Jangan kacau kami date boleh tak? ishhh"



"Haa, apa macam bulu ekor ku? Kembang tak? HAHA"
"Cantik tak balung ku? Kau ado? HAHA"




"Nyam nyam, laparnya.. Hihi"

"Hai anda di sana. Peace yooo"
"Tengoklah buluku yang cantik ini"




"Tolong!! Saya tersepit"



Haa, apa macam? Pandai tak haiwan-haiwan tu bergambar? HeHe.. Asal nampak camera je, haa toleh sana sini, tak dok diam. Tapi untuk camera orang lain la.. Camera aku bukan main dok pandang, teleng, posing sana sini.. Haha

Kenapa semunya gambar haiwan? Sebab hanya itu sahaja tempat yang sempat aku lawati. Biasalah, hobi ayah aku, minat akan haiwan.. Ikutkan sahaja mana dia nak pergi..Weee

Jalan punya jalan, sampai jam 10 malam baru teringat nak balik.. Semua dah kepenatan.. For me la kan, masa banyak terbuang bila tunggu transport dia datang dan tunggu transport dia bergerak. Lambatnya, tak terkata.

Transport yang dimaksudkan ialah bas atau lori yang disediakan untuk para pengunjung pergi ke tempat-tempat yang dikehendaki. Al-maklumlah, jarak satu tempat ke satu tempat yang lain agak jauh. Nak pergi dewan itu, dewan ini.. Huuuh

Ok la. Kepada sesiapa yang belum pergi ke MAHA, sila-silalah pergi yew.. Macam-macam ada.. Tapi, dinasihatkan kepada mereka yang hendak bawak budak kecik, jagalah mereka betul-betul. Jangan terlepas pandang, kerana kat sana beribu orang yang datang. Terlepa sikit, padah la nanti. Harap maklum 

Bye bye 


Read More

Saturday, November 24, 2012

Pray For GAZA


 



Satu perjanjian iaitu Perjanjian Genjatan Senjata telah dibuat antara Gaza dan Israel. Ini merupakan satu kemenangan dan juga kemerdekaan bagi mereke. Walaupun ia bukan kemerdekaan sebenar ataupun kemerdekaan sementara, sekurang-kurangnya ini akan mengurangkan kesengsaraan yang telah mereka hadapi selama ini...ALHAMDULILLAH

Walaubagaimana pun, jangan mudah senang dengan kesenangan yang telah diberikan. Perjanjian yang tiada hitam putih ini tidaklah sekuat mana. Bila-bila sahaja ia boleh dilanggar. Apa-apa pun kita sebagai orang Islam mestilah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka di sana..

Hendak menghulurkan bantuan daripada segi kewangan, bantuan perubatan atau sebagainya kami tidak mampu. Hanya mampu mengirimkan doa agar mereka di sana selamat hendaknya. Amin


Gambar di atas ini menunjukkan raut wajah kegembiraan kanak-kanak di sana apabila perjanjian itu termeterai. 

Jangan pernah berhenti mengirim doa untuk mereka di sana. 

 


Read More

Friday, November 23, 2012

Jombali Cafe



Hai semua... Apa khabar? Sihat? Moga semua sihat hendaknya.. Amin.. Hee~~

Siang tadi aku dan toiletmate a.k.a bestfriend aku pergi Carrefour Wangsa Maju untuk beli sedikit keperluan harian. Al maklumlah, duit pinjaman dah masuk.. Hihi..

 Dah terlanjur pergi dalam tengah hari macam tu, terfikir nak lunch sekali kat sana.. So, dalam banyak-banyak cafe atau kedai makan kat Carrefour tu, aku memilih untuk makan di Jombali Cafe. 

Apa yang menarik kat situ? Huuh, jangan cakap.. Pelbagai jenis hidangan ada di situ. Bermula dari jenis nasi goreng-goreng, mee goreng-goreng, bakar-bakar, side order, fish n chips, chicken chop, lamp chop, wantan mee, asam laksa, spaghetti, sandwish dan macam-macam lagi la.. Dan yang paling famous makanan kat situ ialah Nasi Kebuli Supreme (made with 18 spices). Minuman pun sama juga, pelbagai jenis minuman ada. Tengok gambar sahaja sudah terliur beb.. HAHA

Makan jangan mengikut nafsu. So, aku memilih untuk makan Nasi Kebuli Supreme bersama Bandung Lychee. Manakala  kawan aku lagi seorang nie memilih untuk makan Kantonis Fried Kuey Teow, Prawn Wantan Soup bersama Manggo Lychee. Nyam nyamm..

Oleh kerana terlalu lapar tadi, tak sempat nak ambil gambar makanan.. Sampai-sampai sahaja semua order, terus ngap.. HAHA.. Tapi kat bawah nie aku sertakan beberapa gambar jenis hidangan yang disediakan atas bantuan pakcik google.. Hee~~





Nampak sedapkan semuanya? Memang tidak dapat dinafikan, sedapp.. Harganya pula berpatutan dengan kuantiti dan rasa hidangannya. Sekali sampai order, haa amek kau..sepinggan besar dibaginya.. 

Yang lebih menarik lagi tentang kedai nie ialah kedai ini merupakan salah satu cafe atau kedai makan yang telah menjadi kunjungan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Haa, hebat tak?? 

Owkeh la.. Aku dah rasa masakan kat Jombali Cafe. Korang bila lagi? Hihi..

P/s: Kedai makan atau cafe apa lagi erk yang sedap area Wangsa Maju?? Cadang-cadangkan la.. Hee 



Read More

Thursday, November 22, 2012

Benarkan Saya...





Alangkah indahnya kalau semua yang diatas dapat kite lakukan.. Tapi apakan daya. Kite hanya seorang pendatang asing dalam hidupnya. Hanya tahu pada nama, tetapi tidak pernah wujud dalam diari hidupnya 



Read More