Friday, April 5, 2013

Jom WeChat





Sekarang sedang hebohnya sana sini akan satu application terbaru yang dipanggil WeChat. Application ini berfungsi sebagai tempat perbualan, berchatting, mencari rakan baru dan macam-macam lagi lah. Waa, boleh cari ehem ehem. Eh? Hahaha. Gurau sahaja.

Sekarang tak berapa ramai lagi kenalan dalam WeChat nie. Al-maklumlah, kite nie bukan budak famous. Hikhik. 

Korang ada WeChat? Mehh sini tinggalkan Id korang. Takpun scan sahaja bar code yang comel loteh di bawah ini. Kalau tak boleh, search Id: EkaTikah. Boleh kite berchatting di WeChat. Weee


P/s: Semenjak application Whatsapp kenakan bayaran, ramai sudah beralih kepada WeChat. Yewla, free siapa taknak kan? Hihihi



Read More

Thursday, April 4, 2013

Freebies Doodle Comel Bergaun Cantik





Semalam freebies doodle comel duduk bersila. Hari ini pula nak bagi freebies doodle comel bergaun cantik. Nampaknya makin kerap aku mendoodling. Hihi..Suka? Boleh ambil sahaja. Sesuai untuk buat header, icon shoutbox dan macam-macam lagi.












Bermurah hati? Minta derma untuk doodle-doodle comel di atas. SINI dan SINI. Terima kasih 



Read More

Wednesday, April 3, 2013

Freebies Doodle Comel Duduk Bersila







Hari ini tetiba rajin untuk bagi freebies doodle comel duduk bersila. Sesuatu yang baru telah dibuat pada doodle comel ini. Hihi. Suka? Boleh ambil mengikut warna yang korang suka. 









Bermurah hati? Minta derma untuk doodle-doodle comel di atas. SINI dan SINI. Terima kasih 



Read More

Anniversary Blog Yang Ke-3 Tahun



Alhamdulillah, hari ini bersamaan 3 April 2013, genaplah usia blog ini 3 tahun 1 hari. Eh, 3 tahun usia yang muda lagi tu. Kalau bayi, 3 tahun baru belajar bertaktih nak berjalan. Yew ke? Hehe

Mula berblog pada 2 April 2010 dengan tanpa ada apa-apa ilmu mengenai alam berblog. Pada tujuan awalnya, hanya untuk personal. But now, sudah umum. Mahu berkongsi segalanya pada orang ramai. Tak baik kedekut-kedekut nie. Hee

Yang dahulunya, jumlah follower hanya ada beberapa ketul, dan sekarang alhamdulillah hampir mencecah 2k. Memerlukan jangka masa yang agak lama untuk mencapai hingga tahap ini. 

Dahulunya juga tulisan yang entah apa-apa, dan sekarang, cuba untuk memperbaiki hasil tulisan ke arah yang lebih bagus. Serius, baca semula first entri rasa macam nak tampar diri sendiri. Nampak tak betapa teruknya di situ.

Berblog sememangnya satu aktiviti yang sangat best. Dapat tambah kenalan baru, berkongsi cerita, info-info terkini dan juga dapat menambah pendapatan sampingan. Contohnya Nuffnang, Says, Churp-Churp dan pelbagai lagi. Berblog juga memberi anda peluang untuk memenangi pelbagai jenis hadiah. Waa, menarikkan?

Itu yang positifnya. Negatifnya? Mendapat kritikan, kutukan dari beberapa "orang asing" itu sudah menjadi kebiasaan. Nampak tapi buat-buat tak nampak. Jadikan itu semua sebagai motivasi dan cabaran, bukan sebagai menjatuh semangat untuk berblog.

Akhir kata, sepanjang 3 tahun 1 hari aku berblog ini mempunya seribu peristiwa pahit manis. Berharap agar blog ini akan lebih menarik untuk dijadikan sumber pembacaan. InsyaAllah 


P/: Minta jasa baik anda semua like gambar SINI. Thanks 




Read More