Sunday, July 7, 2013

Doodle Selamat Menyambut Ramadhan Daripada Kak Kathy





Nampak sepasang doodle comel di atas? Itu adalah hadiah daripada Kak Kathy untuk top commenter blognya,  Diari Resepi.

Serious terharu kerana dapat sepasang doodle dengan lengkap berbaju kurung dan melayu. Tengok sahaja doodle di atas, mood raya sudah datang. Padahal puasa pun belum. Hikhik

So, atas membalas budi kak Kathy, sepasang doodle khas untuk kak Kathy.



Kak Kathy dan suami. Sweet husband and wife. Hihi 

Hope Kak Kathy terima pemberian yang tidak seberapa ini. Warna merah menjadi pilihan kerana Kak Kathy suka akan warna merah, mungkin. Hee

Thanks Kak Kathy 

P/s: Idea yang datang tanpa diduga. Agak lama rasanya tidak melukis. 



Read More

Thursday, July 4, 2013

CPUV: KL SOGO June 2013 Sale & KANEBO KATE COLLECTION




Alhamdulillah, Cik Nuffnang bermurah hati mahu bagi CPUV baru. CPUV yang lepas masih lagi melekat dan aktif di blog ini. Kalau kira semuanya ada 5 CPUV. Rezeki rezeki. Hihi

Campaign kali ini ialah KL SOGO June 2013 Sale dan KANEBO KATE SS COLLECTION. Untuk tahu lebih lanjut mengenai campaign tersebut, rajin-rajinkan jari untuk klik iklan yang sedang berlegar-legar dalam blog ini. Terima kasih 



Read More

Tuesday, July 2, 2013

FotoCamp at Lubok Manggis 2013


 


Baru-baru ini, kelab fotografi UTM, KL telah mengadakan satu camp yang di namakan FotoCamp. Camp ini bertujuan merapatkan ahli-ahli kelab baru dan lama. Camp yang disertai oleh tahun 1 dan tahun 2 ini di adakan di Kem Lubok Manggis, Hulu Langat. 

Kami sebagai fasi juga merangkap ahli jawatankuasa kelab fotografi membuat pelbagai aktiviti untuk memenuhkan masa yang ada. Well, camp yg kami adakan ini tersangatlah sempoi. Tengok pada aktivitinya pun tahu sempoinya mcm mana. Hihi

Seperti camp-camp lain juga, antara aktiviti yang kami adakan ialah LDK (Latihan Dalam Kumpulan), Sukaneka, Explorace, Night Walk dalam hutan dan yang paling diidamkan mandi sungai. Yeahhh!!

Sebagai fasi, kami diberi tugasan untuk membimbing kumpulan yang telah diberikan. Aku, Aril dan juga Fit ditugaskan menjaga kumpulan yg terdiri daripada Eya, Basya, Iqbal, Don dan juga Kyrel. Nama kumpulan kami ialah, IGUANA!


Inilah dia adik-adik handsome, cantik yang aku sebutkan tadi. Depan dari kiri, Eya, Basya, Iqbal. Belakang dari kiri, Don dan Kyrel. For your information, kumpulan Iguana ini juga merupakan kumpulan terbaik sepanjang camp berlangsung. Dapat no 1 tu. Tahniah Iguana! Chaiyok chhaiyok! 

Berikut di bawah pula ialah semasa Sukaneka. Haha, ada yang main tepung. Muka macam punti pun ada xD








Gambar di bawah ini pula ialah gambar semasa aktiviti explorace di jalankan. Aku bersama Wan menjaga check point teka-teki. Hohoh, jawab jangan tak jawab.










Muka kena calit dengan arang. Kononnya nak dapatkan klu. Hikhik, sekali arang yang dapat.

Di bawah ini pula ialah gambar semasa aktiviti LDK di jalankan. 


Banyak lagi gambar-gambar sepanjang camp dijalankan. Kalau nak upload di sini, memang jenuh nak melihatnya. Hee

Hope camp ini mendapat feedback yang baik daripada adik-adik yang join. Walaupun penginapan, pengankutan tidak seperti yang dijanjikan, sekurang-kurangnya kita dapat merasa bagaimana hidup di kem. Merasa air bukit yang tersangatlah sejuk dan menikmati keindahan alam yang tersangat indah.

Terima kasih pada adik-adik yang sudi join FotoCamp ini. Tidak ketinggalan, terima kasih juga pada urusetia dan para fasi kerana telah menjalankan program ini dengan jayanya . Semua terbaik!! 


IGUANA TERBAIK!

 


Read More

Segmen bloglist Julai & Ogos By Cik akak




KLIK BANNER UNTUK JOIN. 


Read More