Wednesday, September 4, 2013

Kembali Walaupun Buat Seketika


 


Di sini aku kembali. Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Moga sihat hendaknya :)

Hampir sebulan blog ini menyepi tanpa apa-apa entri. Adakah anda semua tercari-cari? Hehe. Bukan mahu menyepi terus tetapi kesibukan diri menghalangkan diri untuk update apa-apa entri. Meskipun entri contest, segmen mahupun giveaway.

Ini pun curi-curi sedikit masa. Hee Rindu yang teramat untuk menaip, bercerita, berkongsi apa yang menarik. Rindu juga untuk blogwalking ke blog-blog rakan blogger. 

Bila fikirkan kesibukan yang melampau ini, diri sendiri juga terabai. Tidur lewat setiap hari, makan yang tidak menentu, tidak mengikut jam yang betul, pelajaran juga entah ke mana. Ini pun menaip dalam keadaan mulut menguap, mata berair. Bukan sebab sedih, tetapi inilah dia yang digelar tidak cukup tidur.

Moga semua kerja dapat diselesaikan secepat mungkin, dan dapatlah aku fokuskan pada pelajaran. Final exam makin dekat. Kerja-kerja juga, pelajaran jangan terabai.

Hope pembaca-pembaca, blogger-blogger sekali tidak pernah jemu untuk melawat ke blog ini. Jejak anda akan dibalas satu persatu. Terima kasih semua 

P/s: Inilah susahnya bila buat banyak kerja. Akulah photographer, akulah crafter, akulah doodler, akulah blogger dan aku jugalah seorang pelajar. 

 


Read More

Tuesday, August 20, 2013

Random Giveaway by FD



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah pilihan: Coklat & teddy bear, MP3 dan Crumple shawl



Read More

Cerita Raya Tahun 2013



-Jangan cuba cari aku dalam gambar sebab aku tiada dalam gambar. hihi-

Hai anda anda dan anda semua. Moga sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. 

Lama rasanya blog ditinggalkan bermula seminggu sebelum raya. Maklumlah, balik rumah memang tidak berpeluang nak update apa-apa entri. Duk rumah kemas rumah, buat kuih raya, kek raya. Nak rasa? Meh datang rumah. Hihi

Raya tahun ini agak sederhana dan sibuk daripada tahun-tahun sebelumnya. Hanya berpeluang melawat ke rumah saudara-mara pada hari raya pertama sahaja. Hari raya kedua sudah ke PD, Shah Alam dan seterusnya ke Temerloh, Pahang. Buat apa? Kerja oke, kerja. Alhamdulillah, itu merupakan job pertama untuk bulan Syawal ini.

Raya sebulan, so masih berkesempatan nak beraya lagi. Last week, balik rumah. Sampai sahaja kat rumah, "Ayah, jom beraya" hehehe

Itu cerita raya aku untuk tahun ini. Tidak ada yang menarik. Bagaimana pula korang? Duit raya banyak dapat? Atau korang yang si pemberi duit raya? Hihihi





Read More

Tuesday, August 6, 2013

Doodle: Freebies Doodle Perempuan Berbaju Raya Peplum



Seperti mana yang dijanjikan, inilah dia doodle perempuan berbaju raya peplum. Mungkin ia tidak secantik mana, tapi sekurang-kurangnya ia ikhlas pemberian dari hati. Suka? Boleh ambil mana yang berkenan. Hihi

Sebelum ambil, jom klik iklan di bawah. Ikhlas, tiada paksaan 








 


Akhir kata, ucapan ikhlas dari hati sempena Hari Raya yang bakal menjelma.





Read More