Alhamdulillah, semua urusan pendaftaran perniagaan berjalan dengan lancar pada 6 Januari yang lepas. Sudah lama sebenarnya nak mendaftar. Lebih-lebih lagi bila sekarang ramai perniaga online sudah disaman kerana tidak mendaftarkan perniagaan. Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik mendaftar sebelum disaman kan?
Nak mendaftar online asyik tak lepas. Line slow la, web SSM ada gangguan teknikal la, bla bla bla. Lama sangat tangguhnya, akhirnya nekad pergi pejabat SSM di UTC Kuala Lumpur.
Untuk mendaftar, perlu isi 2 borang yang terdiri daripada list nama perniagaan, butir-butir perniagaan dan butir-butir pemilik perniagaan. Isi semuanya dengan lengkap, hari itu juga boleh dapat slip perniagaan. Cepatkan?
Dengan ini, secara rasminya perniagaan yang dibuat bermula tahun 2011 sehingga kini telah didaftarkan atas nama EKATIKAH CREATIVE.
Nak tahu perniagaan apa yang dijalankan? Boleh tengok di instagram EKATIKAH. :)
Lepas ni tidak perlu takut-takut lagi nak iklan gambar kat mana-mana. Kita sudah daftar, awak-awak yang belum tu bila lagi? Jangan sampai kena saman. Hehe
Read More
