Sunday, January 18, 2015

Pasar Tani Seksyen 9, Bandar Baru Bangi


 

Pagi tadi semangat bangun pagi sebab nak pergi Pasar Tani Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Sebelum ni pernah pergi. Tetapi pukul 12 tengah hari macam tu. Semua peniaga sudah mula kemas barang. Datang silap time la. Haha


Kebetulan sayur dalam peti sudah kehabisan, belilah sedikit untuk masak bawa bekal pergi kerja. Rajin tak rajin tak? Hehe





Takotau is my fovourite. Kalau nampak, mesti beli punya. Kebetulan belum breakfast, apa lagi kita tapau 1 set takotau chicken cheese. Hehe


Keropok lekor mai from Terengganu katanya. Diri ni pantang nampak kerepok lekor, mesti nak singgah. Nampak macam sedap. "Makcik, keropok lekor RM2" hehe


Inilah dia hasil tangkapan hari ini di Pasar Tani Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Cukup rasanya untuk seorang. Maklumlah, duduk sendiri masak pun sendiri la. Hehe

Kita masih baru lagi area-area sini. Kalau ada pasar tani atau pasar malam yang best area Kajang dan Bangi share la. Nak juga tahu apa yang best. ^^

 


Read More

Friday, January 16, 2015

Minyak Kereta



-Abaikan habuk-habuk yang kelihatan akibat sinaran matahari itu. Hahaha-

Sebelum memulakan perjalanan, semestinya akan tengok keadaan kereta terlebih dahulu. Terutama meter minyak. Penuh ke edok. Lepas ke edok nak pergi sana situ. Hehe

Setakat ini belum pernah rasanya biarkan meter minyak kurang daripada 4 bar. Asal kurang satu bar, mesti nak isi. Memang sudah amalkan semenjak mula-mula pakai kereta lagi. Orang kata itu adalah salah satu cara untuk jaga engin kereta selain daripada dapat menjimatkan minyak. 

Korang pula isi minyak kereta macam mana? Minyak dah nak habis baru isi ke macam mana? Hehe



Read More

Wednesday, January 14, 2015

Rojak Mee, Bandar Teknologi, Semenyih



Semalam masa lunch, berborak la dengan akak office tentang makanan orang utara. Kelantan popular dengan nasi kerabu dan laksam, Terengganu popular dengan nasi dagang, Pulau Pinang popular dengan pasembur


Sebut pasal pasembur, teringin sangat sebenarnya nak makan pasembur Pulau Pinang. Tengok gambar kat atas ini sahaja dah buat mulut ternganga. Haha. Please someone bring me there.

Dipendekkan cerita, untuk hilangkan rasa teringin nak makan Pasembur Pulau Pinang, lepas lunch tu pergilah beli rojak mee di Bandar Teknologi, Semenyih. Kiranya beli untuk makan masa minum petang nanti. 


For me, ini antara gerai rojak mee yang sedap selain daripada rojak mee di kedai mamak. Antara menu special yang ada, rojak mee ayam dan rojak mee sotong. Kalau nak mix rojak mee ayam dan sotong pun ada. Bagi yang tidak gemarkan rojak mee, gerai ini juga ada menu lain seperti laksa, ABC dan cendul. Laksa pun boleh tahan sedap. Lebih-lebih lagi laksa ayam. hehe


Rojak King nama gerai ini. Berada di persimpangan masuk Bandar Teknologi, Semenyih. Mana tahu lalu area situ, boleh la singgah rasa kan. Hehe



Read More

Monday, January 12, 2015

Pisang Goreng Cheese, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi




Punyalah kempunan nak makan Pisang Goreng Cheese, akhirnya tercapai juga. Hehe.

Semalam kebetulan pergi kedai Kraf Ezee di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi untuk beli barang craft. Masa pergi tu, nampak dah gerai tepi jalan jual Pisang Goreng Cheese. Bukan main banyak. Kiri kanan jalan ada. Dalam hati berkata "haishhh, time aku cari satu gerai pun tak jumpa. Ini melambak pula. " haha

Lepas habiskan duit beli barang, lupa yang niat balik tu nak beli Pisang Goreng Cheese. Sanggup pergi cari ATM keluarkan duit semata nak beli Pisang Goreng Cheese. Nampak tak nampak tak? Haha

Maklumlah, pertama kali makan. Jadi excitednya lain macam. Hehe. For me, not bad la. Rasa pisang tu lemak-lemak, dicampur dengan choco cair, cheese yang di sagat halus dan dihiasi dengan choco rise warna warni. Harga pula RM5 (4 keping pisang goreng ). Pernah juga nampak RM7. Isinya tak tahu pula berapa. 

Baru tahu macam mana rasanya Pisang Goreng Cheese yang disebut-sebut orang ramai. Lepas ni nak try buat sendiri la. Buat sendiri boleh makan puas-puas. Hehe :P

P/s: Korang tahu tak Pisang Goreng Cheese yang paling sedap area Bangi? Mana tahu lagi sedap daripada yang ini. Hehe



Read More