Wednesday, August 12, 2015

Wordless Wednesday #56: Gambar Budak Kelas Depan Vs Gambar Budak Kelas Hujung-Hujung



Assalamualaikum.


Korang ghaseeee? 


Read More

Tuesday, August 11, 2015

EkatikahCraft: Promosi Couple Pillow



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, last week banyak sungguh tempahan yang diterima. Mungkin sebab ada harga promosi. Ramai yang tidak mahu lepaskan peluang yang ada. Hehehe







Promosi masih berjalan dan insyaAllah sehingga hujung minggu ini. Maklumlah, promosi hari raya katakan. Hehe. Details promosi seperti di bawah:
HARGA PROMOSI RAYA
Couple pillow saiz A4 hanya RM30 ( exclude postage )
- boleh request design dan warna
- jahitan tangan sepenuhnya
Jika berminat untuk menempah ada ada sebarang pertanyaan boleh hubungi di:
WhatsApp: 017-305 0597
Facebook: Eka Tikah

Ramai customer yang tempah dan tulis nama pasangan masing-masing. Ada juga pelanggan yang tempah untuk majlis perkahwinan mereka. Nak letak atas pelamin katanya. Hehehe

Ok la, siapa berminat, meh cepat-cepat WhatsApp atau pm di FB sebelum harga promosi tamat 



Read More

Monday, August 10, 2015

Kad Raya Kedua Daripada Blogger Ruqaiyah Amanina



Assalamualaikum.


Ahad semalam balik rumah kat Melaka kejap sebab ada urusan penting pagi Isnin tadi. Hehe. Sampai-sampai rumah petang semalam, ibu cakap " haaa, tu ada kiriman untuk Ika " 

Yeahh kita dapat kad raya lagi. Hehehe. Kalau ikutkan raya tahun ini, ini adalah kad raya kedua selepas kad raya pertama iaitu daripada kak Fiza. Tq awak, Ruqaiyah Amanina. Bukan hanya kad raya, siap ada name card dengan penanda buku lagi. Comel sungguh .

Kita nak review blog awak kite tak pandai. Hee. Siapa nak tahu owner kepada Sehijau Blog Ruqaiyah Amanina, bloglah terjah ke blog dia  http://www.naniena.com/ . Satu yang pasti, mesti dia suka warna hijau sebab blog di diwarnai dengan warna hijau .

Ok, Terima kasih sekali lagi 





Read More

Sunday, August 9, 2015

Nasi Kerabu Wan Atik



Assalamualaikum

Tidak dapat dinafikan aku adalah salah seorang penggemar nasi kerabu. Mana-mana pergi, mesti cari nasi kerabu. Tapi.. Tengok juga lauk dan sayur yang digunakan. Kalau guna tauge, sorry to say la. Hahaha

Jadinya malam semalam pergi Pasar Malam Bandar Baru Bangi Seksyen 16 untuk beli nasi kerabu. Orang ramai kata kat sini Nasi Kerabu Wan Atik is the best! So apa lagi, beli la. Lagi pun dah lama sangat nak rasa Nasi Kerabu Wan Atik ni. Sebab kawan office duk kata sedap sedap, rugi tak rasa. Haa, orang kelantan yang kata tu. Maksudnya betul-betul sedap la tu kan.



Bila sudah rasa, not bad la. Sedap memang sedap. Tapi kalau lebih cili tu lagi bertambah sedap kot. Hikhik. Gambar di atas adalah Nasi Kerabu Ayam Percik. Seperti nasi kerabu yang lain, ada sayur, cili, budu dan telur masin. Cuma nasi kerabu ni takda keropok. Hmm. Tak pasti sama ada dah habis atau memang takde. Pergi time tu pun dah lewat. Heee

Mungkin lepas ni boleh cuba nasi kerabu daging salai pulak atau mungkin juga nasi kerabu special. Nak juga tahu apa yang specialnya tu. Hehehe

 Ikutkan Nasi Kerabu Wan Atik ni merupakan salah seorang customer kat tempat kerja. Tak tahu pula nasi kerabu dia memang sedap. Agak-agak kalau pergi cakap " Eh bang, signboard abg ni sayalah yang design" dapat diskaun tak? Hahaha 

Ok, korang tahu tak lagi mana nasi kerabu yang sedap-sedap area Kajang atau Bangi? 



Read More