Friday, October 9, 2015

EkatikahCraft: HARGA MURAH-MURAH!



Assalamualaikum.




Nampak bantal-bantal comel di atas? Yeahhhh. Kita nak jual harga murah murah punyaa tau.

Harga asal RM20 setiap satu.
Harga murah murah kita bagi RM15 setiap satu.

Ready made dan sepenuhnya jahitan tangan!

Berminat? WhatsApp kite laju-laju di no 017-3050597
Stok tak banyak dah ni. Siapa cepat dia dapat! Hehe  




Read More

Tuesday, October 6, 2015

Dapur Ekatikah: Cekodok Pisang



Assalamualaikum.

Pagi tadi buat cekodok pisang sebagai bekal untuk breakfast. Macam biasa kalau nak masak, kenalah bangun lebih awal sikit daripada biasa. Kalau terasa nak masak yang rumit-rumit, malam tu dah siap semua bahan. So pagi-pagi tak kelam-kabut. Hehehe

Actually ini adalah first time buat cekodok pisang sendiri. Kalau sebelum ni nak makan, request kat ibu atau tak pun beli kat gerai tepi jalan. Tapi last week teringin sangat nak buat, haa Ahad keluar beli barang dapur belilah sekali pisang. 

Bila dah siap masak, dalam hati terdetik, "eh kenapa lain macam cekodok pisang aku ni?" Kenapa tak macam ibu buat ataupun yang orang lain buat. Ishh mushkil ni. 



Orang lain buat cantik je bentuknya, warna pun menarik. Hahaha. Pedulikan. Rasa lebih penting. Tengok je macam tu, rasa tetap sedap ok!. Hehe

Mungkin tak gebu sebab tak letak serbuk soda bicarbonat. Lagi satu, pisang yang digunakan pun tak banyak mana. Sebab fikir nak cuba dulu. So guna dalam 4 biji pisang sahaja. 

Ok, lepas ni nak buat lagi letak pisang lelebih + soda bicarbonat untuk bagi gebu-gebu. Hikhik



Read More

Thursday, September 24, 2015

Salam Aidiladha 1436H



Assalamualaikum.


Salam Aidiladha.





Read More

Wednesday, September 23, 2015

Balik Kampung Atau Pindah Rumah?



Assalamualaikum.

Hari ini kerja. Jadinya nanti lepas kerja terus gerak balik Melaka. Barang-barang semua sudah siap pack pagi tadi. Pagi tadi ok! Hahaha ><


Haa, amek kau! Penuh seat belakang dengan barang itu ini. Sure orang tengok mesti fikir macam orang nak pindah rumah. Hahaha. Bawah dan atas seat semua penuh dah. Kalau nak cari barang, sure kena punggah semua balik. 

Barang untuk guna balik raya tak banyak mana pun. Satu beg camera, satu beg laptop dan satu beg baju. Eh, macam banyak je. Hahaha. Yang korang tengok banyak tu barang craft semuanya. Mana tak penuh seat belakang, 4 kg kapas fiber dah separuh seat. hahaha

Okelah. Hakak nak siapkan kerja dulu. Siap awal, minta balik awal. Takut jalan sesak je kalau lambat-lambat balik ni. Maklumlah esok raya. Hehehe

P/s: Selain balik beraya, ada projek lain sebenarnya balik ni. Hehe. Nanti later hakak update 





Read More