Sunday, March 6, 2016

Suka Barang Handmade Kreatif Yang Comel? Jom Follow Sini!



Assalamualaikum.


Finally, EkatikahCraft ada akaun instagram sendiri. Bukan apa, sebelum ini share gambar semua kat akaun peribadi. Jadi, untuk memudahkan urusan supaya tidak bercampur aduk antara perniagaan dan peribadi, aku buatkan satu akaun baru. Tambahan pula, instagram sudah boleh log in akaun instagram lebih daripada dua tanpa perlu log out.


Lepas ni semua berkaitan dengan craft akan diupdate di situ selain daripada Page Fb EkatikahCraft sendiri. Pada yang nak tahu update terkini, nak tengok sample bantal-bantal atau sebarang hasil kerja, jemputlah follow. Nanti aku follow balik. Heee 

Instagram: EkatikahCraft
FB Page: EkatikahCraft

P/s: Tempahan masih dibuka pada mereka yang mahu menempah. Tapi diingatkan, tempahan urgent tidak akan diterima tau. Hehehe 


Read More

Saturday, March 5, 2016

B'Belle Instant Shawl by Bella Ammara Available At All Bella Ammara Boutique



Assalamualaikum.


Pada BellaAmmaraLovers di luar sana pasti tahu akan pengeluaran produk terbaru mereka iaitu B'Belle Instant Shawl yang menjadi bualan hangat masa kini.  B'Belle Instant Shawl telah mencapai jualan melebihi 10,000 unit dalam 1 minggu semasa pre-order dibuka pada 10th Feb lepas.


B'Belle Instant Shawl dilancarkan pada minggu lepas di butik cawangan Shah Alam dan pada hari ini pula akan direlease di semua cawangan butik Bella Ammara. Pada mereka yang tidak dapat nak grab minggu lepas, bolehlah dapatkan di butik mereka mulai hari ini.


Aku juga tidak mahu ketinggalan daripada memiliki salah satu koleksi B'Belle Instant Shawl. Waktu lunch hour tadi ajak akak office pergi butik Bella Ammara cawangan Bangi. Rata-rata mereka yang ada dalam butik mencari B'Belle Instant Shawl. 


Setengah jam sahaja duk belek instant shawl tu. Bukan apa, jadi rambang mata bila lihat pelbagai warna yang menarik. Kalau ikutkan nafsu, mahu semua aku grab. Hahaha.


 B'Belle Instant Shawl ini adalahlah daripada material Royal Quality Korean Chiffon ( Import terus daripada South Korea ) dan di datangkan sekali dengan kotak exclusive yang pasti menambat hati si pembeli. 


Ok, hakak dah memiliki salah satu warna B'Belle Instant Shawl. InsyaAllah next time boleh beli untuk ibu pula. Mana tahu dia berkenan. Hehehe

Pada mereka yang tidak dapat ke butik, bolehlah membeli secara online di website yang tertera di bawah.


P/s: Ini pertama kali beli instant shawl tau. Sebelum ni pakai shawl biasa, lilit sendiri. Hahaha



Read More

Thursday, March 3, 2016

Spontaneous Thursday #58: Biarlah Nampak Gemuk



Assalamualaikum. 


P/s: Ibu selalu pesan, kurus nanti jangan pula pakai baju ikut badan. Pakai baju biar longgar. Tapi seriusly, bila dah biasa pakai baju longgar dan tetiba pakai baju ikut badan, mesti akan rasa tak selesa. Betul tak tipu. Hehehe 



Read More

Tuesday, March 1, 2016

Pengalaman Pertama Mendaki Bukit Broga



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, akhirnya niat nak panjat Bukit Broga tercapai juga. Minggu lepas, plan dengan kawan office ajak panjat Bukit Broga. Plan punya plan, lastnya hanya 5 ketul je yang pergi. Mula-mula bukan main ramai. Hahaha

Kalau nak tengok matahari terbit, seeloknya mulakan perjalanan seawal 6 pagi. Sampai atas dalam pukul 7 macam tu. Kira sempat la tengok matahari terbit. 


Nampak tak kesungguhannya di situ? Nasib baik kotor je, tak koyak. Hahaha


Sebenarnya yang paling mencabar adalah masa nak turun bukit. Bukit yang curam, salah step kaki boleh tergelincir. Nasib ada disediakan tali sebagai pemegang.


Apabila dah penat mendaki, mesti perut kosong + tekak haus. Jangan risau, kat bawah dah tersedia menunggu anda gerai di pondok kecil. Macam-macam ada jual. Coconut shake pun ada tau. Haa jangan main-main. Hahaha


Bukit Broga dah ku daki, next? Hahaha



Read More