Monday, January 25, 2021

Inspiration Work Space Untuk Home Office


Assalamualaikum. Hi.

Pada hari kebiasaannya Isnin hingga Khamis, aku banyak habiskan masa buat kerja editing di rumah dan manakala pada hari Jumaat hingga Ahad, aku banyak habiskan masa kerja diluar. Nama pun photographer. Waktu kerja dia memang weekend. Hahaha

Sepanjang PKP, for sure memang banyak habiskan masa kerja editing di rumah. Tiada sebarang majlis dibenarkan. Bila kene banyak habiskan masa bekerja di rumah, for sure mahukan work space yang cantik dan selesa untuk buat kerja. Baru semangat nak siapkan kerja. Betul? 

Sekarang pun dalam proses pindah rumah baru. So aku decide untuk ambil satu bilik dijadikan sebagai home office. Berikut antara design inspiration work space yang menjadi idaman.













Simple dan kemas kan?

Hopefully aku dapat buat decoration bilik home office aku seperti di atas. Tak dapat 100% sama, at least 50-60% pun dah ok. Hahaha

Apa pendapat korang? Hihi





Read More

Interface Blogger Yang Baru


 

Assalamualaikum.


Setelah sekian lama tidak berblogging, interface home blogger berubah pun aku tak perasan. Hahaha. Boleh sesiapa beritahu bila interface ni berubah?



So far bagi aku interface baru ni nampak lagi kemas dan clear. Masih senang untuk difahami. Tapi maybe ada certain setting yang berubah. Aku tak habis explore lagi.

Hopefully aku lebih kerap aktif berblogging lepas ini. Walaupun busy buat pelbagai kerja. Maklumlah, orang kerja sendiri dalam keadaan pandemic sekarang, kena kerja keras sedikit. Hihi

Stay at home, stay safe, ok!




Read More

Thursday, April 23, 2020

KYT Hellcat Frontliner - Tanda Hargai Jasa Wira Negara



Assalamualaikum. Hi.


Lain orang lain cara mereka mengolah idea kreatif masing-masing. Mohd Rozamil Mohd Yatim, 34, mengabadikan potret pemimpin negara dan para frontliner yang berjuang menentang wabak Covid-19 dengan menggunakan teknik 'air brush' di atas sebuah helmet.

Idea kretifnya kini sudah tular di media sosial dan menjadi tarikan orang ramai terutama pada golongan yang sukakan koleksi helmet. 

Lukisan itu adalah sebagai tanda menghargai jasa wira-wira negara. Karya yang dihasilkan itu mengambil masa selama 2 hari untuk menyiapkannya. Kreativiti hasil karya yang dihasilkan, sebuah syarikat berminat untuk bekerjasama dengan mengeluarkan helmet hasil lukisannya bagi tujuan amal.

Lebih lanjut boleh baca di artikel MetroTV

Lakaran pada helmet yang menarik perhatian ramai.

Bagaimana cara nak beli helmet limited edition ini? Boleh tekan link di bawah:

KYT Hellcat Frontliner

Suami aku pun beli juga sebiji. Katanya nak simpan buat koleksi. Kalau termasuk helmet ni, dah ada 5 biji helmet dekat rumah. Kepala yang ada cuma 2. Hobi cik suami. Biarkan biarkan. Hahaha







Read More

Wednesday, April 22, 2020

Trend Kes Covid19 Hari Ke 37



Assalamualaikum. Hi 


Hari ini masuk hari ke 37 PKP.  Alhamdulillah. Graf trend kes #covid19 menunjukkan perkembangan yang positif sehingga 21hb April, semalam.

Terima kasih kepada frontliner yang banyak bekorban masa dan tenaga untuk membasmi parademic yang sedang melanda neraga kita. 

Keep stay at home and stay safe!



Read More