Sunday, July 28, 2013

Resepi: Tauhu Kering Sumbat Special




Nampak terpangpangnya gambar makanan di atas? Haa, cuba teka apa namanya itu. Hihihi

Itu namanya, "Tauhu Kering Sumbat Special"

Menu yang simple dan bahan-bahan yang mudah didapatkan di mana-mana kedai dan pasaraya. Hee.. Sesuai juga untuk dijadikan menu untuk berbuka kerana penyediaannya tidak mengambil masa yang lama. Nak cuba? Jom ikut resepi di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan 
 Tauhu kering
 Daging burger
 Daun sup dan daun bawang
 Telur sebiji
 Black paper dan garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan 
 Mula-mula, buat satu lubang di bahagian tengah tauhu kering dan ketepikan.
 Untuk inti, satukan bahan-bahan seperti daging burger, daun sup daun bawang yang telah diracit halus, black paper dan garam secukup rasa di dalam satu bekas. Gaulkan semua bagi sebati.
 Setelah bahan-bahan semua sebati, pecahkan sebiji telur, dipukul dan campurkan sekali dengan kesemua bahan tadi. Gaul lagi dan lagi bagi semua bahan sebati. 
 Lepas siap adunan inti, bolehlah kita masukkan inti ke dalam tauhu kering yang telah kita lubangkan tadi. Masukkan sepadat yang boleh. Nanti masa makan, baru terasa intinya. Hehe
Akhir sekali, letakkan crab stick yang dipotong dua di atas tauhu kering sumbat kita.
 Setelah siap semuanya, tauhu kering sumbat special kita sudah sedia untuk dikukus selama lebih kurang 10 minit.

Inilah hasilnya, taraaaa


Mudah bukan? Semuadah satu dua dan tiga. Hehe. Selamat mencuba 

P/s: Inti dalamnya lebih kurang sama macam begedel. Cuma yang ini disumbatkan ke dalam tauhu kering. Hehe




Read More

Saturday, July 27, 2013

Simple Segment by Fatin Diana



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Oleh kerana hari raya mahu dekat, kita nak kad raya dari FD. Hehe



Read More

Wednesday, July 24, 2013

Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera



kali ini Mieya nak anjurkan segmen pencarian bloglist bagi menggantikan bloglist yang lama.

Tujuan utama Mieya mewujudkan bloglist baru ini sebagai peluang kepada blogger lain untuk berkenal-kenalan, mengeratkan ikatan silaturrahim, meningkatkan kadar trafik blog, dan memudahkan urusan Mieya untuk berblogwalking serta membalas komen di blog kalian.

Untuk pengetahuan, bloglist ini akan kekal dari bulan Julai sehingga lah ke bulan Disember 2013. Tempoh sepanjang lima bulan lebih. Lama tu!


Antara syarat-syarat penyertaan :
1. Anda mestilah merupakan Follower blog Mieya.
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera"
3. Copy coding yang disediakan di bawah.
4. Klik iklan di blog Mieya sebagai dana tambahan nak buat giveaway nanti. (tiada paksaan)
5. Dah siap? Hantar link url korang di ruangan komen entri ini.

Jadi, meh lah join bloglist di blog Mieya. Tak rugi pon sebab Mieya akan pilih :

  • 10 blogger bertuah untuk menerima topup RM5. (pemilihan dibuat menggunakan khidmat random.org)

Tamat Penyertaan pada : 31 July 2013 (Jam 12 A.M.)



Read More

Menang GA Followers 10K Mialiana.com



Alhamdulillah, menang BB Plus Collagen daripada Giveaway Followers 10K Mialiana.com


Alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan. Ini merupakan hadiah paling besar yang pernah aku terima. Hadiah yang lain dari yang lain. Hehe

Terima kasih kepada penganjur Giveaway, Kak Mia dan sponser Kak Azura Aziz  . 



Read More