Tuesday, December 1, 2015

Diet Atkins Hari Pertama Fasa 1



Assalamualaikum.


Sebelum ni asyik baca post orang diet atkins. Sampai part orang tunjuk gambar sebelum dan selepas atkins, wahh timbul rasa bersemangat nak ikut diet atkins ni. Jadinya hari ini bersamaan 1hb Desember, bermulalah diet atkins untuk fasa pertama. Yehaa. Heee

Sebelum ni diet tu memang diet. Tapi ikut sendiri punya diet. Kira takda rules seketat diet atkins ni. Hahaha. Hari ni decide untuk mulakan diet atkins yang betul. Means ikut peraturan yang betul.




So hari ini hakak mulakan breakfast dengan telur rebus dan salad. Manakala untuk tengah hari pula, ayam goreng kunyit dan salad. Nasiblah diri ni penggemar sayur salad. So nak makan mentah-mentah macam tu je, no hal la. Hahaha

Hopefully dapat follow rules diet atkins yang betul sampai dapat hasil yang diidamkan. InsyaAllah.




Read More

Sunday, November 29, 2015

Dapur Ekatikah: Nasi Goreng Atkins + Kari Daging



Assalamualaikum.


Bila dalam proses mendietkan badan ni, nasi memang tak sentuh langsung walaupun sebutir. Tetapi bila lama-lama tengok orang makan nasi goreng, nasi lemak ushh terliur juga. Jadinya hari ini nak cerita yang kite masak nasi goreng tetapi tidak menggunakan nasi, iaitu nasi goreng atkins. Heee



Ini merupakan first time masak nasi goreng atkins. Boleh tahan sedap juga. Siapa cakap tak boleh hidup tanpa nasi? See, aku boleh. Hahaha. Lepas ni nak try nasi lemak atkins pula la. 

Oleh kerana hari ini terpaksa masuk kerja, nasi goreng tadi dibawa bekal ke tempat kerja untuk makan tengahari. Nasi goreng atkins dimakan bersama lauk kari daging lebihan kenduri rumah makcik saudara kelmarin. Aku kurang minat sikit kari, jadi hanya makan isinya sahaja. Hikhik



Resepi? Alaa masak macam nasi goreng biasa juga. Cuma gantikan nasi dengan bunga kobis putih yang direbus sebelum dibland atau dicincang. Rumah sewa takda bland, jadi cincang sahajalah. Hahaha. Kbai 



Read More

Sunday, November 22, 2015

Dapur Ekatikah: Whole Grain Wraps With Shiitake Mushroom



Assalamualaikum.


Hari ini agak sibuk sedikit. Jadinya lunchnya pun lewat petang tadi. Masak sesimple yang boleh, Whole Grain Wraps With Shiitake Mushroom. Maklumlah, orang on diet la katakan. Eh? 

Kbye 




Read More

Thursday, November 19, 2015

Spontaneous Thursday #57: Kening ORI



Assalamualaikum.



Ramai perempuan sekarang suka cukur kening. Lagi-lagi mereka yang nak berkahwin, mesti nak cukur kening. Katanya nak cantik la apa la. Sebenarnya kecantikan asli adalah pada originalnya kening awak tu. Allah dah bagi cantik molek, nak ubah-ubah pulak. Tak mau tak mau 


Read More