Saturday, February 20, 2021

Shopee Sale 3. 3 Apple Airpods Pro RM 899.00


Assalamualaikum. Hi. 




Khamis lepas, Official Store Switch di Shopee ada buat sale untuk Apple Airpods Pro dengan harga asalnya daripada RM 1099.00 kepada RM 899.00 sempena Sale 3.3. Actually aku memang dah lama aim tau. Memang sedang mencari Airpods Pro ni. Mulanya memang takut-takut nak beli dekat shopee dengan nilai yg besar. Tapi bila tengok review yang previous buyer bagi, ok trusted seller. 


Hari Khamis order, hari Sabtu barang sampai. Pantas. Condition kotak luar ada sedikit kemek. Tapi so far yang lain semua ok. Seller wrapping pun kemas.


Kotak dalam terdapat 1 Airpods Pro, manual, cable type C, extra earbuds dan warranty Apple setahun.

Alhamdulillah, akhirnya yang aku idamkan tercapai juga. Hihihi. Berkat duit niaga Brownies Bite, nampak juga hasilnyakan? InsyaAllah next entri aku share apa yang bestnya Apple Airpods Pro ini ok.



Read More

Friday, February 19, 2021

Parcel Delivery Ikea Hanya RM10 Sahaja!


 Assalamualaikum. Hi.

Seperti yang korang semua tahu, cawangan Ikea di Malaysia hanya ada 4 buah iaitu di Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan. Dengan keadaan sekarang, PKP dan PKPB untuk certain tempat membantutkan lagi korang yang nak shopping barang perkakas rumah di Ikea.

Nak apply kebenaran untuk rentas daerah/negeri semata-mata untuk pergi beli barang perkakas rumah confirm tak lepas. Kecuali kalau korang personal shopper, boleh apply surat kebenaran polis atau guna surat miti atas nama company sendiri.


Jangan pening-pening. Ikea sekarang sedang adakan promosi RM10 sahaja untuk delivery ke Semenanjung Malaysia. Haa murahkan?! Tersangatlah murah wehh. Kalau order dengan PS pun tak dapat harga macam ni tau. Hahaha


So aku pun taknak lepaskan peluang nak dapatkan promosi RM10 delivery. Kebetulan memang tengah mencari sedikit perkakas rumah untuk rumah sewa baru nanti. 


Takde la banyak mana. Tapi bolehlah nak merasa barang Ikeakan. Hahaha. Packaging dia helok sangat. Walaupun barang sikit, kotak yang digunakan besar la juga. Disumbatkan sekali dengan kertas-kertas bagi mengelakkan barang bergerak antara satu sama lain dan barang kaca diwrapping dengan sempurna. Satu lagi jangan risau, barang akan dihantar menggunakan courier Poslaju ya.




Bila dah pilih-pilih barang, masa nak buat payment, jangan lupa tick pada yang aku tandakan merah. Takut nanti salah tick, haa melambung tinggi total yang kena bayar nanti. Hahaha. Walaubagaimana pun, ada syarat untuk dapatkan harga delivery promosi RM10 ini. Barang yang dibeli tidak lebih daripada 24kg dan panjang maksimum bagi setiap barang adalah 1.6 meter sahaja. Jika lebih daripada itu, shipping RM10 tidak available dan hanya boleh pilih truck delivery sahaja.

Haa dah tahu? Apa lagi selamat bershopping di website Ikea. Tak perlu nak serbu ramai-ramai gudang Ikea tu. Musim Covid ni takut nak pergi tempat ramai-ramai orang kan. Hihihi 



Read More

Thursday, February 18, 2021

Hanna Delisha Selamat Diijabkabulkan Bersama Imam Shah


 Assalamualaikum. Hi.


Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik manis, Hannah Delisha, 24 tahun yang berasal daripada Singapura ini kini telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Imam Shah yang juga seorang pelakon daripada Singapura tengah hari tadi.


Sama cantik sama padan. Manis sungguh Hanna Delisha bertudungkan? Sejuk je mata memandang. Hihi.

Tahniah untuk mereka. Senyap-senyap, tuptup dah kahwin. Ada yang frust nangis bucu katil ke tu? Opss. Hahaha













Read More

Upin & Ipin Tumbuh Rambut??


Assalamualaikum. Hi

Apa? Upin & Ipin tumbuh rambut baru? 


Seperti yang korang semua tahu, Upin & Ipin sudah terkenal dengan wataknya yang tiada rambut.  Baru-baru ini, pihak Lescopaque telah membawa sedikit kelainan pada episod baru yang bertajuk, "Tumbuh Rambut"


Berikut antara sedikit sedutan dalam episod tersebut. Sampai hati Fizi cakap Upin & Ipin botak. Buat hal betul Fizi ni. Tahulah rambut dah handsome. Hahaha.

Korang rasa sesuai tak Upin & Ipin ada rambut? Hahaha

Jom tengok sedikit teaser episod Tumbuh Rambut 





Read More