Thursday, July 30, 2015

Menu Hari Raya


Assalamualaikum.

Semestinya pada Hari Raya pelbagai juadah dihidang untuk para tetamu yang hadir. Antara juadah istimewa pada hari raya semestinya rendang, ketupat dan lemang. Aku paling suka kalau time beraya rumah orang ada rendang dengan lemang. Rumah sendiri tak buat lemang, dapat makan kat rumah orang pun ok la kan. Hehehe

Juada hari pertama dan kedua raya di rumah ialah rendang daging, nasi impit dan kuah kacang. Semua itu masak malam raya sebelum balik kampung. Nasib kampung dekat, balik malam pun tiada masalah.



Juadah hari raya ketiga dan keempat pula nasi impit dan bihun sup. Rezeki mereka yang datang awal pagi, dapatlah merasa sup panas-panas. Campur dengan sesudu kecil kicap cili. Pehhh, berpeluh kau makan. Hahaha. Kicap cili ibu memang famous dengan pedasnya. 

Juadah hari raya kelima pula, nasi putih makan bersama lauk asam pedas serta beberapa lauk sampingan yang lain. Asam pedas ibu juga famous tau. Masak asam pedas ni pun sebab dapat request daripada Pak Lang. Sesiapa datang on that day, dapatlah merasa asam pedas ibu. Hehehe

Hari raya berikutnya tak tahu sebab dah balik Kajang. Hehe. Tapi biasanya kalau tetamu beritahu nak datang, ibu masak jugaklah yang mudah-mudah. Kalau yang tak beritahu nak datang tu, makan biskut raya kering dengan air oren sahaja la ye. Hahaha

Ramai yang bertanya, "Ika masak ke?" Edok le kome nak masak. Tak reti nak masak kuantiti yang banyak ni. Hahaha.  Masak untuk jamu orang ramai ni bukan mudah. Tapi bagi ibu dah biasa. Maklumlah, family sebelah ibu dan ayah ramai. Sekali datang serbu, 3 4 kereta. Hahaha.

Ok, menu raya korang pula apa? Hehehe


3 comments:

nona sani said...

uikkk, betol, kena masak kuantiti byk tu, acano laaa, hahaha~

nampakk memg sedap2, aisshhhh, terliuqqq!!!!!

meh singgah komen sini yukkkk,, jgn gelakkkkk!!! ~~~

http://nonasani.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015-nona.html?

Nurhazlin Hussein said...

Kita pun kena ad rendang daging, kalau tak, no raya! Hahaa. Lauk wajib lain, kuah lodeh, ayam masak merah, sambal kacang and of course lah nasi impit/ketupat hehee.

wan muliani said...

Menu yg wajib pada pagi hari rayaa.. Huhuhu