Alhamdulillah, semalam pada 22 Februari 2013 genaplah 19 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah. Usia aku sekarang 20 tahun. Beza satu tahun sahaja. Hee
Semalam punya cerita hari ini baru nak update. Teruk betul. Huuh.. Tapi tak bermakna aku tak update di blog aku tak wish kat ibu dan ayah. Awal pagi semalam, bangun je dari tidur ibu call. Dah kebetulan ibu call, wish la sekali. Ye dok. Hihi
Sayang, kali nie tak dapat sambut bersama ibu dan ayah. Hanya mampu wish dan mengirimkan doa dari jauh supaya ibu dan ayah diberi kesihatan tubuh badan dan kekal bersama hingga akhir hayat.
Cakap pasal wish, malam tu aku call ayah nak wish. Tapi sebelum wish tu, aku buat-buat tanya hari ini hari apa? Boleh ayah cakap hari Jumaat. Betul la tu, tapi bukan itu jawapan yang aku mahukan. Tanya punya tanya, boleh ayah tanya ibu pula hari ini hari ape. Aku dengan ibu tergelak-gelak la.. Haha
Itu maknanya ayah tak ingat hari ulang tahun perkahwinannya dengan ibu. Its oke. Ayah memang jenis seorang yang pelupa. Bila aku cakap hari ini hari ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah, boleh lagi ayah gelak. Lupa katanya.. Haha.. Kelakarlah ayah nie..
Biasalah, ayah nie jenis yang pelupa. Tarikh lahir dia pun kadang-kadang lupa. Boleh dia tanya aku balik. Haha.. Ayahh ooo ayah...
P/s: Balik cuti nanti ingat nak belanja ibu dan ayah makan.. Selalu ibu or ayah je belanja, apa salahnya anaknya belanja pula kan? Alhamdulillah ade rezeki lebih sikit. Hee
Read More