Tuesday, October 22, 2013

Booth Jualan Felt Craft



Bestnya apabila kita ada buka booth sendiri dan menjual hasil tangan kita sendiri. Bukan mahukan keuntungan semata-mata, tetapi mahukan  kepuasan daripada pengunjung yang hadir ke booth kita.


Lagi ramai yang datang, lagi meriahlah booth kita. Tidak kisahlah datang hanya mahu melihat, sekurang-kurangnya mereka lihat sendiri hasil kerja tangan kita. Kan?


InsyaAllah, Khamis ini aku akan buka satu booth kecil di sekolah rendah aku. Ini adalah booth pertama untuk EkaTikah Craft. Bukanlah untuk Hari Jualan, hanya sekadar Hari Sukan Sekolah. Ibu bapa, dan orang ramai dijemput hadir.

Tidak kisahlah sebesar mana pun booth yang kita buka, yang penting kita cuba menjual dan mempamerkan hasil kerja kita. Hihi. Semangat pula rasa bila dapat buka booth kecil Khamis nanti. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Amin 


4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

good luck dik =)

Anonymous said...

semoga berjaya ye sis...

Invisible Me said...

Makin majuu. MOga bertambah tambah majuu :)

Unknown said...

semoga terus sukses :)