Friday, June 19, 2015

Ramadhan 2015


Assalamualaikum. 


Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari kedua berpuasa. Macam mana hari pertama dan kedua berpuasa korang? Hehehe

Teringat masa kecik-kecik dulu. "Ayah ibu, kalau tahun ni puasa penuh dapat duit raya berapa? Banyak tak?" Hahaha. Puasa penuh sebab nak duit raya banyak. Masa kecik-kecik mana tahu sangat apa itu puasa selain daripada tahan lapar. Hikhik. Sekarang nak puasa penuh mungkin susah nak dapat.
Al-maklumlah perempuankan. Hehe. 

Masa kecik-kecik jugalah paling excited nak berpuasa. Sebab apa? Time puasalah dapat main bunga api. Pernah tau menangis sebab tak dapat main bunga api. Hahaha. Main bunga api ni lagi seronok bila main ramai-ramai time balik kampung. Feeling nak raya ushh. Walaupun baru seminggu berpuasa. Hahaha. Sekarang sudah besar turn aku bagi adik saudara dan anak-anak buah main bunga api.
"Kak Ika, mana bunga api?" Hehehe

Masa kecik-kecik confirmlah berkepit dengan ibu ayah. Sahur bersama, berbuka bersama, pergi solat terawih bersama. Bila sudah besar ni plus bekerja jauh nun kat Selangor ni, puasa seorang dirilah. Nak masak juadah berbuka mungkin time cuti sahaja. Hari biasa ni, bazar ramadhan je. Hehehe. Sahur pun kadang-kadang dengan segelas air kosong sejuk. Ambil berkat bersahur.

Oklah. Mudah-mudahan ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada sebelum-sebelum ini. InsyaAllah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua .




4 comments:

Dayana Z said...

Salam Ramadhan :) !

Athirah said...

Salam Ramadhan ^_^

Nina Mads said...

teringat zaman mula2 belajar puasa.. slmt berpuasa dear

Nadratul Syazwana said...

Salam Ramadhan Eka :)