Sunday, July 5, 2015

Siapa Nak Kad Raya?


Assalamualaikum.

Amalan kirim-mengirim kad raya tidak pernah luput walaupun zaman sekarang sudah canggih dengan adanya whatsApp, wechat dan sebagainya. Copy ucapan raya yang panjang lebar lepas tu forward kepada semua sahabat dan saudara-mara. Senangkan? Tetapi tidak sama seperti mengirim kad raya.

Tahun lepas sempat adakan segmen "Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah". Alhamdulillah, ramai juga blogger yang dapat kad raya tersebut. Walaubagaimanapun, masih ada lebihan beberapa keping kad raya tahun lepas. Hendak di buang, sayang. Sebab itu pertama kalinya design kad raya sendiri. Hehehe

Mahu dipendekkan cerita, daripada buang lebihan kad raya tahun lepas, baik pos untuk raya tahun ini. Nama pun lebihan kad raya tahun lepas, designnya juga pasti sama dengan yang sebelum ini. Tetapi, ada sedikit kelainan untuk kad raya tahun ini. Apa dia? Rahsiaa. Hehe



Nak kad raya? Tidak perlu buat entri bagai. Hanya perlu berikan nama penuh dan alamat surat-menyurat di ruangan komen. Jangan risau, komen yang meletakkan alamat tidak akan dipublish. Kalau risau sangat, nak beri details di fb ( Eka Tikah ) pun boleh. 

Lebihan kad yang ada lebih kurang 30 keping. InsyaAllah semua yang beri details akan dapat. Tapi pastikan beri details secepat yang mungkin. Selewat-lewatnya hari Ahad ini. Ok?

Kalau rasa nak sedekah seposen dua, kliklah bunga di bawah. Hee, terima kasih. 
  

6 comments:

Kiera Rashid said...

Kiera klik2 3 bunga kuntum merah itu... :D

Unknown said...

Eh eh akk nak blh? Hehe

fifie feyca said...

klik bunga.. huhi.. fifie nak kad raya :)

Ena said...

dah klik semua bunga tu;)

Unknown said...

comel..akak nak bleh...hehe

kakaktiricinderella said...

Eyh, dah klik 3 kuntum bunga :)