Assalamualaikum.
Semalam buat flexseed bread ada lebih 2 potong. Selebihnya itu ingat nak buat lain daripada yang lain. Semalam sandwish flexceed bread. Hari ini?
Yehaaa. Hari ini ada sedikit kerajinan untuk buat sesuatu yang berbeza daripada menu breakfast hari-hari biasa. Maka terhasillah Pizza Flexseed Bread Atkins. Resepi seperti di bawah. Heee
Resepi Pizza Flexseed Bread Atkins
Bahan-bahan yang diperlukan:
- kepingan roti flexseed
- timun jepun
- isi ayam
- lada benggala merah dan kuning
- bawang
- mozzarella cheese
- butter unsalted
- garam secukup rasa
Cara-cara menyediakan:
- panaskan oven selama 5-10 minit pada suhu 180ºC
- tumiskan bawang, lada benggala dan isi ayam sekali
- hiris timun jepun dan mozzarella cheese nipis-nipis
- sapukan permukaan atas kepingan roti flexseed dengan sedikit butter unsalted
- susun hirisan timun jepun mengikut kesukaan kauorang pada lapisan pertama
- dan kemudiannya letak isi ayam yang sudah ditumis bersama bawang dan juga lada benggala tadi pada lapisan kedua
- lapisan terakhir sekali, letakkan hirisan mozarella cheese
- bakar selama 20 minit dan siap!
Rasa rangup dan cheesy bila di makan panas-panas. Nak sedap lagi, makan bersama sos cili padi Taste Me ataupun mayonis kewpie. Ushh, kenyang teruk. Blurppp, alhamdulillah. Hahaha
Sukatan untuk resepi di atas agak-agak sahaja. Kalau nak olah sedikit resepi pun boleh. Makan ikut selera masing-masing. Apa-apa pun jangan terlebih sukatan pula ye. Nanti tak jadi menu Atkins dah. Hehehe.
Ok, selamat mencuba.
Read More



















Tetapi buat masa ini kami hanya menerima tempahan pada hujung minggu sahaja.





Bahan-bahan:















