Assalamualaikum.
Hampir setiap bulan, aku dan suami mesti akan makan di Medan Ikan Bakar, Kuala Sg Baru. Salah satu menu wajib adalah kerang bakar. Makan cecah kuah kicap pedas, sedap wehhh. Hahaha
Tapi kalau makan kat luar memang takkan puas. Kalau makan sampai puas pun, harga puas nak bayar. Hahaha. Jadinya sama-sama decide nak buat kerang bakar sendiri. Hihi
Kebetulan hari tu pergi pasar, jumpa kerang saiz besar-besar. Haa apa lagi, sekilo setengah aku beli. Hahaha. Kalau saiz kecik-kecik ni bercinta sikit. Susah masa nak mengopek nanti dan isinya ciput je.
Haa, besar-besarkan? Baru puas makan. Hahaha. Bakar sampai kering guna kuali je. Hee
Ok siap!
Bahan-bahan untuk kuah kicap pedas simple je. Hiris 1 biji bawang merah dan 4 atau 5 tangkai cili padi. Kalau nak lagi pedas, tambah lagi. Potong 1/3 limau nipis dan ambil jusnya sahaja. Gaulkan kesemuanya sekali bersama kicap lemak manis. Sedia untuk dihidang. Hehehe
Sebelum terlupa. Nak basuh kerang ada caranya. Bukan main basuh-basuh gitu lepas tu terus bakar. Hahaha. Banyak cara sebenarnya. Salah satu cara yang aku guna ialah rendamkan kerang terlebih dahulu bersama serbuk kunyit. Fungsinya untuk menghilangkan sedikit daki-daki hitam pada cengkerang kerang. Selain itu, boleh juga guna serai, daun betik, daun ubi dan pelbagai lagi.
Kauorang basuh kerang guna apa? Hihi
1 comments:
SEDAPNYA
Post a Comment