Friday, February 5, 2021

BROWNIES BITE KINI DIJUAL DI SHOPEE!

 Assalamualaikum. Hi.


Alhamdulillah. Brownies Bite daripada Eka Home Bakes semakin mendapat sambutan daripada orang ramai di luar sana. Paling banyak pernah terima order sehari sampai 21box. Alhamdulillah rezeki kan.


Brownies Bite ni aku dan suami usahakan sendiri daripada MCO 1.0 hingga MCO 2.0 yang sekarang. Kami lebih fokuskan pada delivery dan self pickup. Pelbagai jenis topping yang sedap-sedap belaka untuk pelanggan membuat pilihan. Antara topping yang mendapat banyak sambutan adalah Mix Topping yang terdiri daripada Original, Peanut, Choco Chip dan Nutella.

Oleh itu, bagi mengembangkan lagi perniagaan Brownies Bite ni, aku dan suami decide untuk jual online. Memang sebelum ni ada sahaja yang order online. Maklumlah, sekarang PKP. Susah bergerak ke sana ke sini. Mereka yang order online kebanyakkannya keluarga dan rakan. 

*Klik gambar untuk ke Shopee*

Cara lain untuk memperkenalkan produk kami di luar sana, kini Brownies Bite sudah ada jual di Shopee. 


Terdapat dua jenis dan dua saiz Brownies Bite di Shopee. Boleh klik gambar untuk lihat details produk. 

Berharap dengan cara ini, aku dan suami dapat kembangkan lagi jualan Brownies Bite ni. Korang yang mana teringin dan craving nak makan Brownies Bite kami, bolehlah terus order di Shopee. Jangan risau, Brownies Bite kami dibuat sebaik sahaja menerima tempahan bagi menjaga kualiti produk. 

For sure mereka yang telah rasa Brownies Bite akan repeat order lagi. Korang bila lagi? Jomlah support bisnes kecil kami suami isteri. Hee

Terima kasih




2 comments:

sophea ◇ said...

Ya Allah terliurnya tgok :( teringin brownies

Azhafizah MN said...

Ohh jual kat shopee..baik, nak pergi tengok dan bookmark dulu