Friday, February 5, 2021

Cantiknya Intan Ladyana! Intan Ladyana Sah Menjadi Isteri Harris Alif

Assalamualaikum. Hi.


Perbezaan umur bukan penghalang untuk mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, pelakon berbakat lagi cantik iaitu Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada pengacara dan juga penyanyi iaitu Harris Alif.

Pasangan ini bernikah di pejabat agama Islam Wilayah Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi tadi (5 Feb 2021) dan dinikahkan oleh Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum. Mereka sepatutnya melangsungkan penikahan pada 6 Feb seperti yang pernah diumumkan sebelum ini. Walaubagaimanapun mereka mempercepatkan pernikahan sehari sebelum bagi mematuhi SOP.

Harris memberi mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Intan Nurladyana Binti Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana dilahirkan pada 2 Jun 1982. Manakala Nor Harris Alif Bin Rashidi dilahirkan pada 2 September 1999. Perbezaan umur 17 tahun ini tidak menjadi permasalahan bagi mereka untuk mendirikan rumah tangga. 


Tahniah untuk mereka.

4 comments:

sHaRiNa (opzzpinky.com) said...

Tahniah buat mereka bdua umur bkn pghalang hihi

Done follow dan add ke my bloglist

sophea ◇ said...

Tahniah

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..cantik Intan Ladyana. Tahniah untuk mereka berdua :)

anamizu said...

intan ladyana cantik sangat tak makan dek usia.


pssstt~ sy letak blog awak dlm list blog sy hehe