Friday, January 4, 2013

Memori Zaman Sekolah: Tidur Dalam Kelas




Tidur dalam kelas? Tidak kira ada guru ataupun ketiadaan guru? Yes, aku lah orangnya tu..Haha

Peristiwa ini selalu dan akan berlaku di setiap kali cikgu memulakan pembelajarannya. Lebih-lebih lagi aku duduk di bahagian belakang kelas, cikgu pun nampak tak nampak je aku kan. So, peluang nak tidur tu ada la, dalam 60% macam tu. Haha

Walaubagaimanapun, dalam ramai-ramai cikgu yang mengajar aku, ada seorang sahaja cikgu yang selalu memerhatikan aku di dalam kelas sewaktu dia mengajar. Cikgu itu ialah cikgu bahasa melayu aku, Cikgu Nora namanya.

Apa bukti yang mengatakan dia selalu memerhatikan aku? Buktinya, setiap kali aku tupang dagu atas meja, mesti dia cakap " Tikah, mengantuk ke?" Tak pun, kalau aku diam tanpa kata, " Tikah, ooo Tikah" Matanya meleret memandang aku yang duduk di bahagian belakang kelas.

Entah tak tahu kenapa, setiap kali kelas nak bermula, mulalah mata aku berair. Haishh, kalau setiap kali kelas Cikgu Nora, mesti aku cuba bulatkan mata dan tegakkan badan. Kalau tak dikatanya aku tidur nanti. Satu kelas dengar, malu aku dibuatnya..Hikhik..



Tidak kiralah cikgu yang mengajar aku tu, periang, selalu buat kelakar atau garang sekali pun. Aku akan tetap terlelap walaupun sekejap. Nak kata tak cukup tidur, awal ja aku tidur. Haishh

Walau pun aku selalu tidur dalam kelas, terutama kelas Bahasa Melayu, aku tidak pernah ketinggalan dalam pembelajaran. Buktinya, Bahasa Melayu aku lulus dengan cemerlang dalam SPM. Ada berkatnya juga Cikgu Nora bising setiap kali aku tidur dalam kelas. Hekhek

Kepasa adik-adik yang bersekolah di luar sana. Jangan ikut macam akak nie, selalu tidur dalam kelas. Kalau boleh berikan 100% perhatian semasa cikgu mengajar. Nanti kalau terlepas pembelajaran, adik-adik juga yang susah. Kene belajar sendirilah, tanya kawanlah. Tak ke payah macam tu. 

P/s: Dari sekolah rendah, sampailah sekarang aku masih mengantuk lagi kalau belajar dalam kelas. Tapiiiiii, sekarang dah kurang mengantuk dalam kelas, sebab kelas semuanya menghadap komputer. So, bulatlah mata sebab dapat online. Haha 




Read More

Thursday, January 3, 2013

Spontaneous Thursday #34: Kejahatan Dan Kebaikan




Read More

Wednesday, January 2, 2013

Hadiah Giveaway Doodle Daripada Yuyu Eyka





Comel tak doodle di atas? BUKAN AKU YANG LUKIS. Tetapi doodle itu adalah hadiah daripada Yuyu Eyka. Bukan diberi saje-saje, tetapi aku telah memenangi satu Giveaway daripada FatinHazwani yang hadiahnya berupa lukisan doodle daripada Yuyu Eyka. Terima kasih adik Yuyu Eyka atas lukisan doodle yang comel nie.. Suke sesangat. Hihi

Jom kite lihat blog adik Yuyu Eyka, Kawai Uyu 



Read More

Tuesday, January 1, 2013

Aktiviti Tahun Baru ◕‿◕。❤...



Orang ramai heboh dok update entri pada 1hb1 2013. Aku pun nak jugak. Hikhik

Hari ini bersamaan 1hb 1 2013, merupakan Tahun Baru dan juga merupakan hari terakhir tamatnya cuti persekolahan. So, aku dan family plan untuk berpicnic di pantai sementara aku juga turut cuti sekarang nie, iaitu cuti mid sem. *seminggu je pun*

Destinasi yang dipilih untuk picnic kali ini ialah pantai Pengkalan Balak. As usual, memang itu port yang biasa kami duduk kalau nak berpicnic. Hihi. Dekat, mudah, keselamatan terjaga dan kemudahan toilet dan bilik air. Semua itu mesti dititik beratkan sebelum memilih tempat untuk berpicnic.

Berikut di bawah ialah antara gambar-gambar yang sempat aku snap. Snap pakai hp jew pun. Tak sempat nak mencapai dslr kesayangan ku. Hee


Budak debab. Hihi



Ayah bersama batang pancingnya :D



Macam-macam jenis juadah ada.. Wuuu



Macam-macam ragamkan? Pasti aku akan merindui saat-saat ini bila sudah balik kolej nanti. Yewla, dah balik kolej, siap sedia dengan assignment itu ini, kuiz itu ini dan macam-macam lagilah. Tidak ada lagi hari-hari sebegini, kecuali cuti panjang..Hehe

Korang pula pergi mana je cuti Tahun Baru nie? Hee 
Berkesempatan ini aku juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua manusia sejagat dan Selamat Kembali Ke Sekolah untuk adik-adik yang akan mulakan persekolahan mereka esok hari. 
http://bit.ly/Uflllw



Read More