Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday #39: Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi




P/s: Buat sesuatu mengikut sunnah Nabi insyaaAllah diberkati dan dapat ganjaran pahala 



Read More

Tuesday, January 8, 2013

Restaurant Seoul Garden (◕‿~)




Habis sahaja kelas untuk hari ini, aku dan dua lagi rakan akrab iaitu Yana dan Dinie deside untuk lunch di Seoul Garden, KL Festival City. Korang pernah makan di Restaurant Seoul Garden? Jujur aku cakap, ini merupakan first time aku makan di Restaurant Seoul Garden. Itu pun dua orang kawan aku nie yang ajak. Kalau tidak, memang tidak tahu langsung tentang kewujudan Restaurant Seoul Garden nie.. Hikhik

First aku masuk, ternganga sekejap.. Sebab apa? Sebab pelbagai jenis hidangan yang ada. Tidak kira jenis main course, dessert mahupun appetizer. Restaurant Seoul Garden nie berkonsepkan makanan ala-ala korea gitu. Waa, bunyinya menarik bukan?

Berikut adalah antara juadah pilihan kami. Banyakkan? Hikhik 

Macam inilah cara masaknya. Bestkan? Masak sendiri ( ˘ ³˘)

Ini pula salah satu dessert yang kami pilih. 

Harga mengikut kepala. Kami student, so ada diskaun la.. Hmm, kalau untuk student macam kami dalam RM31 seorang macam tu. Itu termasuk air, dan sup yang dipilih. Boleh refill tau.

Makanlah sebanyak mana, nak tambah banyak mana pun boleh. Nampak tak kepuasannya di situ? Hahaha..

Kepada sesiapa yang belum mencuba, cubalah. Apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Kan? Pasti tak menyesal punya..
*ada gaya promoter tak? hahahaha*




Read More

Monday, January 7, 2013

Apa Hukumnya Ambil Gambar Bidang Fotografi?




Sebelum ini pernah aku buat satu entri yang berkait rapat dengan hukum atau dosa-dosa mereka yang mencuburi bidang fotografi ini. Baca entri ini ---> Dosa Tersembunyi Dari Kemera Bagi JuruFoto

Berikut masih ada lagi yang was-was dengan apa hukum ambil gambar dalam bidang fotografi..Jom kite baca dan fahaminya:

Hukum Mengambil Gambar (Bidang Fotografi) 
| Sejak akhir-akhir ini, 
ramai orang telah menceburi bidang fotografi dan menjadikannya sebagai satu pekerjaan sampingan. 
Bermula dengan era kamera DSLR, bidang ini dilihat mampu menjadi salah satu pekerjaan yang mampu meraih pendapatan yang tinggi. 
Ekoran daripada itu, ramai yang lupa bahawa setiap benda yang kita lakukan perlu mengikut syariat Islam.
Di sini terdapat koleksi soal jawab mengenai hukum mengambil gambar fotografi terutamannya dalam majlis perkahwinan.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia
diminta oleh pengantin perempuan?


Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau
objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram.
Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat
(seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang
mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid”
(hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh”
(yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil
gambar perkahwinannya?
 
[ Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja 
(memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya 
(iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). ]

[ Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 
60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya 
(dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa). ]

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. 
Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) 
dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan 
di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”

Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, 
ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu 
tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. 
Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, 
orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

Mungkin bagi korang entri ini terlalu panjang untuk dibaca. Tetapi, tidak bagi mereka yang menceburi bidang fotografi ini. 

Bagi aku la kan.. Ada betulnya juga apa yang dipersoalkan di atas. Sememangnya semua ini berdasarkan pada diri kita sendiri. Kalau kita sememangnya mahu mencari rezeki yang bersumberkan halal, semua ini akan dititikberatkan.

Itu sahaja yang mahu aku kongsi. Moga ini menjadi sumber dan info berguna untuk korang semua. Renung-renungkan dan selamat beramal. hikhik 

P/s: Kepada photographer perempuan, ini mungkin tidak menjadi masalah besar untuk korang. Kerana, selagi tidak mendedahkan aurat si pengantin perempuan, ia tidak salah dari segi undang-undang Islam. Sesungguhnya perempuan Islam sesama perempuan Islam adalah mahram.  





Read More

Anugerah Juara Lagu [AJL] Ke 27



Yuna, Aizat muncul juara AJL 27

Semalam sudah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 27 di Stadium Putra Bukit Jalil. Tema yang digunakan ialah gabungan seni dan muzik..Kepada mereka yang tengok secara live tu beruntunglah. Aku? Tengok kat tv pun tak dapat tau. Kesian kan?? T__T

Orang lain heboh huuuhaaa huuhaaa tengok AJL. Aku, dok heboh buat aiskrim satu Malaysia kat bilik.. Gambar di bawah ialah hasilnya:


Tak banyak mana pun yang aku buat. Hanya untuk diri sendiri dan juga untuk di jual sedikit.. Peti ais kat pantry tu tak boleh letak banyak-banyak barang. Kang dek muntahnya semua, habis semua barang dalam peti ais tu..

Balik kepada tajuk di atas. Korang semua mesti sudah tahukan siapa pemenang-pemenang AJL untuk kali ke 27 ini. Tak tahu? Haa, nie aku senaraikan secara ringkas siapa pemenang-pemenang AJL untuk kali ke 27 ini.

 Juara: Terukir Di Bintang oleh Aizat / Yuna
 Naib Juara: Idola oleh Azlan and Typewriter
 Ketiga: Ku Akui oleh Hafiz
 Persembahan Terbaik: Teman Pengganti oleh Black & RJ/Malique
 Vokal Terbaik: Ku Akui oleh Hafiz

Tak perlu nak hurai panjang lebar sebab sudah ramai di luar sana yang menjadi juri tidak berdaftar. Hekhek, faham kan apa yang aku maksudkan?  Apa-apa pun tahniah untuk semua pemenang. 

P/s: Beginilah cara mahasiswa mencari duit lebih. Dengan menjual aiskrim, sedikit sebanyak dapatlah jugak hasilnya. Lepas duit basuh baju guna mesin pun sudah cukup.. Hehe 




Read More