Sunday, May 28, 2017

Tips Mudah Turun Berat Badan Dalam Bulan Puasa



Assalamualaikum.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu lagi dalam bulan yang mulia ini. 

berat 93kg                      berat 64kg


Gambar di atas ialah aku yang sebelumnya. Kiri gambar semasa raya tahun 2015 dan gambar kanan semasa raya tahun 2016. Alhamdulillah, ada perubahan dalam diri. Mungkin tak banyak mana tapi alhamdulillah berpuas hati dengan perubahan yang berlaku. Heee

Jadi ramai yang bertanya bagaimana aku turunkan berat badan dalam berpuasa sebabnya kebanyakkan orang masa bulan puasalah badan naik. Hahaha. Silap permikiran tu. Sebenarnya bulan puasa adalah satu cara untuk kita jaga kesihatan kita di samping dapat turunkan berat badan tau.

Seperti tahun-tahun sebelumnya memang tidak dinafikan nafsu makan aku memang teruk. Nafsu macam 5 orang makan. Hahaha. Tapi bila dah dapat kesedaran diri, alhamdulillah sekarang boleh kawal nafsu makan tu. Kalau tidak, sebelum ni berbuka mesti ada roti john la, murtabak la, air manis la. Sekarang, berbuka dengan air cincau kosong sahaja pun ok dah. Heee

Caranya mudah sahaja. 

1) Jangan makan keterlaluan mengikut nafsu.
 Maklumlah, bulan puasa ni lagi macam-macam juadah berbuka puasa ada. Nafsu nak makan itu ini mesti ada punya. Tapi ingat! Kawal! Macam aku, untuk berbuka aku hanya minum segelas air berperisa sirap atau anggur letak stevia dan segelas air kosong. Kalau terlebih rajin, buat hot chocolate unsweeted. Masa berbuka aku kurangkan makan. Jamah sikit sahaja. Contohnya makan seketul dua ayam goreng dgn hirisan timun jepun pun dah cukup. 

Untuk sahur pun lebih kurang sama. Tapi untuk minuman, aku hanya minum air kosong dan green tea kosong sahaja. Makanan pula aku makan telur goreng ke atau terlebih rajin daging burger grill atkins homemade. Hehehe

2) Minum air kosong yang secukupnya.
Orang tanya, macam mana nak minum air kosong secukupnya? Tak kembung ke nanti minum air banyak sangat? Ishh, takdanya. Aku minum alhamdulillah perut tak kembung pun. Hee. Caranya bukan minum sekali banyak. Minum sikit-sikit. Cara aku, masa berbuka minum segelas dua air kosong. Masa nak pergi tarawih tu, bawa sebotol air kosong. Sambil-sambil solat terawih tu, minumlah. Lepas balik terawih pun sama. Sampailah masa bersahur. Ingat! Air kosong dan bukannya air manis. Ini tidak, berbuka dah minum bergelas-gelas air manis. Balik daripada berterawih pun minum lagi air manis sampailah masa bersahur nanti. Haa. Tak bagus tu. Jangan ok.

3) Senaman ringan.
Siapa cakap masa bulan puasa tak boleh bersenam? Sebenarnya boleh je. Cuma senaman yang kita lakukan tidak seberat yang kita lakukan semasa bukan bulan puasa. Janganlah kau pergi berlari speed 2km. Mahu semput nanti. Silap-silap boleh pengsan. Di bawah ada panduan bersenam semasa berpuasa daripada Kevin Zahri.


Cara aku, sejam sebelum berbuka aku buat sikit senaman ringan. Lebih tumpukan pada abs, arms macam tu. Lepas balik terawih kalau ada masa, buat senaman cardio. Apa-apa pun mesti ingat, buat ikut pada kemampuan badan kita ya. Kalau rasa penat sangat hari tu, takyah buat pun takpe. Solat terawih yang kita buat itu juga dikira senaman tau. Hehehe

4) Makan vitamin atau supplement.
Sesiapa yang bua diet atkins semasa bulan puasa, sememangnya kauorang perlukan lebih tenaga untuk melakukan rutin harian. 


Seperti aku, hanya makan Multivitamin brands Blackmores sebiji semasa sahur. 
Kauorang yang tak amalkan atkins pun boleh juga ambil vitamin atau supplement jenis lain. Tapi make sure vitamin atau supplement yang dimakan mendapat kelulusan ok.

Berikut di atas adalah sedikit tips ringkas macam mana aku boleh turunkan berat badan dalam bulan puasa. Nak kurus bukannya tak makan ok. Cuma kawal pemakanan dan amalkan hidup sihat. Sesiapa yang berniat nak kurus masa raya nanti, boleh la cuba amalkan. Hehehe.
Selamat mencuba.

P/s: Puasa tahun lepas dapat turunkan berat badan 4-5kg. Tahun ni berapa agaknya? Hahaha



Read More

Wednesday, March 29, 2017

Wordless Wednesday #63 : I Wish I Had A Delete Button In My Life



Assalamualaikum.


P/s: Bukan mudah nak lupakan orang yang pernah kita sayang dan orang yang pernah jadi terpenting dalam hidup kita. Semua tu ambil masa. Masing-masing ada kisah silam. Moga aku dan dia sama-sama kuat.


Read More

Friday, March 17, 2017

Rezeki Mereka Yang Mahu Berkahwin



Assalamualaikum.


Ramai orang selalu cakap, rezeki orang nak kahwin ni lain berkatnya. Malah, makin bertambah-tambah. Apabila niat kita tu baik, InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)



Alhamdulillah, Allah swt buka satu persatu pintu rezeki aku daripada pelbagai sudut selepas aku buat keputusan mahu berkahwin. Salah satu daripadanya, dapat tawaran sebagai jurugambar sambilan untuk sebuah syarikat swasta. Ya Allah sungguh tak sangka. Sebelum ini hanya ingat untuk buat sendiri-sendiri je. Tak sangka pula sampai boleh join dengan syarikat luar. Itulah namanya rezeki kan? Heee

Kerja dengan orang, kerja juga. Kerja sendiri pun dapat sambutan yang luar biasa. Alhamdulillah, awal bulan hari tu ramai yang menempah tarikh untuk majlis bahagia mereka tidak kira untuk majlis pertunangan, perkahwinan mahupun majlis kecil seperti majlis aqiqah. Betul. Tidak pernah rasanya dapat job sekerap ini. Sampaikan terpaksa menolak beberapa customer atas sebab tarikh bertindih dengan majlis lain.

Rezeki membuat kek dan craft juga datang secara tiba-tiba. Ikutkan lama juga sebenarnya tidak seaktif dahulu. Tapi sejak dua menjak ni, kerap pula dapat tempahan. Masa diri ni sibuk dengan membuat persiapan pertunangan kelmarin pun masih ada yang mahu menempah. Maaf sangat, kita terpaksa tolak atas sebab kesuntukan masa. Heee

Tidak terkecuali kerja tempahan design luar. Majikan tempat kerja sekarang selalu beri pelbagai kerja luar sebagai tambahan. Siap cakap, "Kalau nak kerja luar lagi, beritahu. Nanti saya beri." Dapatlah juga buat duit poket walaupun tak seberapakan. 

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

Dalam masa Allah permudahkan rezeki aku, Allah hadirkan juga dia yang banyak memberi semangat disamping membantu terutama dalam kerjaya aku. Sebelum ini pernah juga terfikir, bagaimanalah nanti kalau dapat suami yang melarang aku untuk buat semua kerja yang aku buat sekarang. Terutama sekali dalam bidang fotografi. Alhamdulillah, hadirnya dia yang mempunyai minat dan fikiran yang sama dengan aku. Selain boleh share ilmu, kami juga boleh share camera. Ehhhh.  

Sesungguhnya aku bersyukur sangat atas nikmat dan rahmat rezeki ini. Percayalah, Allah akan menolong mereka yang mahu berkahwin. InsyaAllah, janji Allah itu pasti. 



Read More

Tuesday, March 14, 2017

Resepi: Murtabak Kubis Atkins



Assalamualaikum.

Lama rasanya tak share menu-menu atkins. Selama itu jugalah menu-menu yang dipraktikkan setiap hari adalah sama. Nasib diri ni jenis yang lambat jemu. Hehehe

Pagi tadi mood nak masak datang dah selepas berminggu-minggu ke laut. Masa mood nak masak takda, haa masa itulah rasa nak cheat itu ini. Hati dan akal kena kuat tau. Hahaha

Jadinya hari ini semua bahan ada, mood ada maka terhasillah Murtabak Kubis Atkins. Selalunya orang buat Murtabak Maggikan? Tapi bila kau beratkins ni, maggi di larang sama sekali. Tengok boleh, makan jangan. Hahaha. Maka terhasillah Murtabak Kubis Atkins. Resepi seperti di bawah.

Bahan-Bahan Murtabak Kubis Atkins:
- kubis diracit halus
- isi ayam dikisar halus
- telur 3 biji
- bawang merah di potong dadu
- cili hidup di racit halus. Kalau nak pedas, guna cili padi. 
- mix herbs
- sedikit garam sebagai perasa

Cara-cara penyediaan:


Gaulkan kesemua bahan sekali. Kalau nak bagi rasa mix herbs tu, perap dalam 10 minit hingga 15 minit.
 

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun. Kemudian letak bancuhan tadi dan ratakan.  


Terbalikkan bila agak-agak dah garing. Lagi garing lagi sedap. Hehehe


 Ok siap. Makan bersama mayonis Kiwpie dan sos Taste Me sedap mehh. Heee, jemput tengok dan selamat mencuba 




Read More