Wednesday, July 6, 2011

Ciri-ciri orang yang mencintai kamu :)


^____________________^



Owkeylah..pagi-pagi bute nie aku nak share something dengan korang semua...terutama kepada mereka yang sedang hangat bercinta-cintun nie..orang lain ngah syok nyenyak tdo, aku dok menaip ketak ketuk..nasib baik roommate aku belum tdo..hehe..korang mesti nak taukan ciri-ciri orang yang mencintai korang...yewla, takkan la korang tak nak tau ciri-ciri orang yang mencintai korangkan...cintan-cintun sampai bertahun-tahun tapi korang tak pasti adakah orang yang mencintai korang tu betul-betul ikhlas mencintai korang..So, pagi nie aku nak share somethng yang berkaitan dengan apa yang aku katakan kat atas nie tdi..
Lets cekidout :)


Ciri-ciri orang yang mencintai kamu..
  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya..
  • orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”.
  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu tidak selalu terulang.
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang remeh temeh, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  • . Dan jika kamu coba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Hee..ape macam?? ada tak ciri-ciri kat atas dalam diri pasangan yang korang sangat cintai itu? huhu..aku tak reti nak menilai pasangan korang tu mcm mane, korang yang lebih memahami pasangan korang right? so, korang sendirilah menilainya..aku just nak share apa yang aku tahu..thats all 4 today..bye :)
http://www.cute-smiley.com

4 comments:

NS said...

haissh... lepas nih kne cek ciri2 nih. :)

EkaTikah said...

@ NS : hehe..betul tu betul :P

Abang Kacak said...

owh.. bru tau.. kalu camtu lebih dari sorg camni... hahaha.. X)

EkaTikah said...

@ r.a.firdausi:..hehe..apew yg lebih dri sorang tu??..gatai naa..